07/07/2015

Sebelum dan Selepas : Abang E'el, antara gebus atau tidak?

Oh by the way, ini entri merepek sebab idea kontang. Belek-belek gambar dalam phone, jumpa gambar Abang E'el, masa kurus dan kemudian menggemuk dalam hari yang sama. Magik? Sudah semestinya tak.  

Kucing gebus, kebiasaannya boleh dibahagikan kepada dua kategori. Gebus dek kerana bulu ataupun gebus dengan lemak. Salah satu cara nak tahu kucing uolls dalam kategori yang mana satu itu sangat mudah. Campak dalam kolam je. Eh, bukan-bukan. Mungkin simbah dengan air? Alah, terpulang lah macam mana cara sekalipun yang uolls gunapakai untuk memandikan si gebus mengiau ni. 

Tak payah cerita lah sebab semua orang sure dah tau. Cara konvensional untuk menentukan kegemukan, kegebuan dan segala ke-an yang lain lagi lah bagi seekor kucing. Senang, mandikan aje. 

Macam Abang E'el.

Selepas


Tayang gambar selepas dulu kekononnya nak suspens lah tapi tak ada lah suspens mana pun kan. Bukan main posing tunjuk muka nak kena lempang. 


Sebelum


Tunjuk muka sedih bajet kita kesian lah tengok? Sudah lah Abang E'el, dah tau dah taktik tu. Buat muka comel sikit orang mesti cair punya lah. 

So konklusinya, Abang E'el ni masa mandi nampak je kecik tapi berat oh! Banyak muscle kot, abang sado katanya. Bulu dah kering, hilang lah macho nampak muscle tu. Tersembunyi disebalik bulu dah. Eh, macam lah sado sangat Abang E'el oi!


Ini bukan Abang E'el tapi gambar culik dari Pakcik Google. Tapi rupa dan macam Abang E'el Iolls tengok. Ini bukan pelanduk dua serupa tapi kucing dua serupa.

p/s : Minggu depan boleh lah buli Abang E'el puas-puas!

5 comments

7/07/2015 11:25:00 am

haha.. comel abg e'el!

7/08/2015 08:50:00 am

Uiii ni memang gebus gebas sangat. hehehe

7/08/2015 11:07:00 am

Abang Eel mandi wangi wangi ea..huhuhu..

7/08/2015 03:39:00 pm

sama macam si Pak Janggut la...hahahaha

7/10/2015 07:42:00 am

haha ye la...mcm abg eel daaa

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...