Dah sebati dengan hidup masyarakat sekarang.
Kipas besar, anginnya kuat.
Maka semakin tinggi lah kedudukannya.
Kipas kecil, angin sepoi-sepoi bahasa.
Ibarat layang-layang.
Ada masa cantik terbangnya,
Tapi ada masa, boleh putus talinya.
Yang tiada berkipas?
Bergelap lah diceruk sana.
Tiada kelihatan.
Semakin tenatnya hati manusia.
Masing-masing terkejar-kejar menjual diri.
Bukan dengan tanggungjawab,
tapi berserta mulut manis penuh gula.
Ikhlas?
Semua hilang entah ke mana.
Yang ada cuma kepentingan diri sendiri.
6 comments
indeed..zamn sekarang
Penyakit yang sukar diubati..kecuali kehendak diri sendiri..
AA kena beli kipas lagi besar...huhu
salam jumaat ...
btul.stju..
dan yaya bkn jnis suka kipas ni,,dri sdri pon 'panas' lg nk kipas kt org....haha lol
tak tahu macam mana orang lain pandai untuk membodek tapi diri ini tak pandai untuk menipu
@iryanty ahamad
kipas kecil pun dah satu penyakit. apatah lagi kipas besar. hmm