100Plus Berry. First time tengok masa on the way ke Kuala Terengganu weekend lepas. Bertolak dari KL hampir pukul 4 petang. So kira punya kira, berbuka puasa dalam perjalanan lah jawabnya. Menurut En. Barney, kalau nak cari makanan untuk berbuka di LPT2 memang tak jumpa lah. Jadinya singgah lah sebentar di R&R Gambang beli nasi lemak kerang dua bungkus. Beli air mineral, nescafe dua tin untuk En. Barney dan sebotol 100plus untuk I di Petronas R&R Gambang.
Masa nak memilih 100plus yang mana satu - activ, original, orange, lemon lime or non-carbonated 100Plus Edge, terpandang pulak satu warna yang macam tak pernah dilihat sebelum ni. Macam pinkish red gitu. Tak pernah pulak nampak 100Plus warna tu.
Ambik sebotol sebab nak try. Sempat lagi En. Barney pesan, kalau tak sedap jangan tolak kat dia. Bila rasa, memang jangan harap lah nak bagi dia. Sedap kot!
Rasa macam strawberry tapi bukan, sebab ada lagi campuran buah beri yang lain. Tak boleh nak describe lah rasa 100Plus Berry ni macam mana. Yang penting sedap!
Sebab sedap lah keesokan harinya I cari lagi 100Plus Berry sebelum bertolak ke KL. Malangnya yang botol tak adalah pulak. Yang ada cuma yang tin je. Satu tin mana cukup kan, tapi takkan nak beli dua tin pulak. Tak apalah, tak ada rezeki katanya.
I dengar-dengar macam susah jugak nak cari 100Plus Berry ni tapi tak sure lah pulak sebab I pun baru perasan dengan kewujudan 100Plus Berry. Yang botol besar 1.5L setakat ni tak jumpa lagi lah. Kalau ada, sure Iolls ambik sebotol besar terus. Yummy!
p/s : Nak pergi cari sebotol lah untuk berbuka hari ni. Hiks
7 comments
nampak sedap tu! :)
Salam, haa ini perisa baru, nampak kat iklan...tp belum penah try lagi..kalau sedap, nti aku try! haha
kena cari jugak la kalau sedap macam tu.
baru perasan ada perisa baru ni
salam...
wahh yy pon xtau ada berry ni..
mcm sedap je.klo yy jmpe ni cnfirm beli 2-3..huhu
sy tak minum 100 plus sebab tak tahan bau dia. bagi sy bau tu kureng sikit. hihi
1st time plak dgr org tak tahan bau 100 plus ni. Hehe