31/12/2013

Sudah Sihat, Yeay!

Tengah bulan Disember hari tu, I ada bagitau yang Abang E'el tak sihat. So bawa lah Abang E'el jumpa Vet (rujuk entri INI). Alhamdulillah, berapa hari lepas tu Abang E'el dah sembuh dari flu dan ulcer. Makin kuat makan dan makin aktif. Bila dah setengah bulan ni, Abang E'el makin gemuk dan semakin memeningkan kepala Mak. Mana taknya, pagi-pagi bangun pagi masuk dapur tengok barang-barang habis tunggang-langgang. Sebab tu kat rumah ni tak boleh ada perhiasan kaca. Sedangkan akuarium kecik pun boleh jatuh dari meja. 

Ini kisah awal pagi tadi lebih kurang pukul 3 pagi. I tak tidur lagi sebab nak tengok Running Man episod latest (episod 178). Masuk dapur nampak ada sesuatu yang bergerak-gerak atas kabinet dapur. Dah lah tak buka lampu lagi. Petik suis lampu, sekali tengok Si Belut Oren ni rupanya. 


Dulu masa bawa jumpa Vet berat Abang E'el dalam 2 kg je. Alhamdulillah, sekarang ni makin berat. Cuma, bulu je yang masih pendek. Belum tumbuh balik kembali menjadi seperti yang asal. 

Cicak, mana cicak!

Dalam entri Abang E'el @ Angel Animal Clinic tempoh hari ada yang tanya. Macam mana nak bagi kucing makan pil? I tengok apa yang Vet tu buat dan follow je. Dongakkan kepala kucing, buka mulut dan masukkan pil tu terus ke dalam mulut kucing dan serta merta tutup mulut si comel supaya dia tak sempat nak luahkan balik pil tu. 


Sebenarnya nak share tips mengatasi masalah bulu kucing mudah gugur. Sebab dalam entri INI, Kak Atien ada tanya. Kalau nak sekali kan dalam entri ini, rasa macam panjang pulak jadinya. I malas taip, uolls pun malas jugak baca. Jadi tunggu I buat entri lain di masa dah hari yang lain. Hiks


p/s : 2014. Tahun meningkat, umur meningkat, lagi apa yang meningkat? 

Anime Fairy Tail Kembali pada April 2014

Siapa peminat Anime kat sini? Iolls tak lah minat pun sebenarnya. Dulu tengok lah jugak. Alah, anime-anime yang ada kat channel AXN dulu tu. Slam Dunk misalnya. Lepas tu tak tengok dah. Naruto, One Piece dan segala macam yang sewaktu dengannya tu mana ada I tengok. Jangan kata Naruto, Dragon Ball pun I tak tengok jugak. Yang I tahu cuma ini, "Dragon Ball ada tujuh biji semuanya." Itu pun masa sekolah-sekolah dulu kawan-kawan selalu sebut especially kawan baik I, Ezad Nimo yang sekarang dah jadi mak budak biarpun dulu seorang pembuli handalan. 

Okay, berbalik ke topik kita yang asal. Wahai cik kak, jangan jauh sangat menyimpangnya tu. Pusing balik stereng ke jalan yang lurus. Eh?

Satu-satunya anime yang I tengok sekarang ni adalah Fairy Tail. En. Barney yang introduced kat I lebih kurang berapa tahun yang dulu. Tapi pada March 2013, Fairy Tail dihentikan buat seketika. Dah la stop dekat episod yang best pulak tu. Bikin stress betul! Dengan alasan anime dah terlalu hampir dengan manga.


Salah satu daya penarik anime Fairy Tail bagi I adalah Happy dan Carla, dua ekor kucing comel yang pandai terbang. Dan sebab kucing comel yang pandai terbang ini jugaklah I termakan hasutan En. Barney supaya tengok Fairy Tail

Happy, Carla dan Panther Lily

Jangan tanya I sinopsis Fairy Tail, anime ini dah terlalu banyak episod untuk I rumuskan sinopsisnya. Yang pasti pasal magic. Lama jugak I tunggu, bila lah Fairy Tail ni nak ada episod baru. En. Barney pulak dah tenggelam bersama-sama One Piece nya, Fairy Tail masih jugak tak muncul-muncul.


Jadi buat penunggu setia anime Fairy Tail macam I ni, Fairy Tail akan kembali menemui peminatnya pada April 2014. Bukan sahaja episod baru, tapi ada juga sesuatu yang baru. Apa yang baru tu jangan tanya I lah. Sebab I pun tengah menanti apa yang baru tu. 

Sumber : INI
Gambar adalah ehsan Pakcik Google

30/12/2013

Bloglist Puterikasih.com 2014


Saya ingin tersenarai dalam bloglist puterikasih.com 2014 kerana saya sayang Kakak Cantik saya maka dengan ini haruslah saya cepat-cepat meng-join-kan diri sebagai tanda sokongan dan kasih sayang. 

p/s : Kakak Cantik baca ni mesti terharu sambil lap-lap air mata. Nanti saya bagi gambar chocolate cake sekeping ya. Hiks

Chocolate Cake siap ada bunga dengan warna favourite Kakak Cantik
(pinjam gambar Pakcik Google kejap)

Kenapa chipmunkandbarney?

Ehem-ehem. 
Hari ni kita selak helaian sejarah sebentar ye wahai murid-murid yang cantik menawan, yang kacak lagi rupawan. Rasanya I tak pernah explain kenapa url blog ni chipmunkandbarney dan dari mana datangnya Chipmunk dan juga En. Barney tu. So, hari ni nak ambik masa kejap untuk meleraikan kekusutan yang melanda gara-gara entri INI. Eh?


Sebenarnya sebelum blog ni wujud pada tahun 2011, Iolls ada blog satu lagi blog sebelum tu. Tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan, terpaksa delete blog yang tu. Dalam setahun jugak rasanya I berhenti blogging. Then, pada suatu hari ada orang tu bagitau I macam ni, "Jom buat blog sama-sama." Macam orang mengantuk disorongkan bantal, I pun dengan suka hatinya terus setuju. Boleh tak nak cakap, rasa lost sekejap bila delete blog yang satu tu dan tiba-tiba berhenti macam tu je. Rasa macam kena selam dalam air panas satu minit, tak boleh nak bernafas. Eh, ini tipulah. Tak lah teruk sampai macam tu sekali. 

So sejak dari awal lagi, blog chipmunkandbarney.blogspot.com memang ada dua authors pun. Haruslah I yang comel dan En. Barney yang 'kurus' tu kan. Awal-awal dulu, selalu juga En. Barney buat entri. Nak tau siapa yang tulis entri boleh tengok posted by kat post footer tu. Sekarang ni dia dah malas, so dia bagi je lah I yang handle semua. Dan earning pun haruslah I yang ambik jugak. Kumpul banyak-banyak lepas tu belanja dia makan, haruslah dia on saja kan. Ehem. Dan sebab tu jugak blog ni warna temanya biru, sebab tu warna favourite En. Barney. Kalau ikutkan I, haruslah nak warna merah kan. Tapi lama-lama tengok, berkenan pulak dengan warna yang ini. 

Sumber : Google

Kenapa pulak Chipmunk? I dapat gelaran ni masa matrikulasi pada tahun 2007. Disebabkan pipi bulan penuh I yang orang suka cubit-cubit tu la. Masa tu tengah hits dengan movie Alvin and the Chipmunk. Kawan I cakap, pipi Chipmunk tu sebijik macam pipi I. Sejak dari hari tu lah orang panggil I Chipmunk dan gelaran tu terus merebak macam penyakit berjangkit. Dari kawan I, merebak ke kawan dia pulak dan kawan kepada kawan dan seterusnya. Mula-mula tu geram jugak. Tapi bila lama-lama tu tak apa lah, I tau I comel macam Chipmunk tu. Eh? 

Sumber : Google

Dari mana datangnya gelaran En. Barney? Yang I tahu, En. Barney dapat gelaran ni masa latihan teater. I tak ingat pulak produksi teater yang mana. Rasa macam teater Bukan Dejavu untuk pertandingan Pekan Teater Universiti tahun 2011. Time tu dia tengah syok gelakkan I sebab I cerita pasal kes Chipmunk tu. En. Barney masa tu handle bahagian tatabunyi dan tak ingat kenapa lagu I love You Barney and Friends tu dimainkan. Terus I pandang dia dan cakap, I nak panggil dia Barney sebab dia gemuk macam Barney tu. So tak ada chance lah dia nak usik I, panggil Chipmunk lagi kan. Sebab I pun ada point jugak nak panggil dia Barney Gemuk. 

Jadi bila En. Barney ajak I buat blog sama-sama, malas nak fikir url lain jadi I letak je lah macam tu. Tapi sekarang ni berat sebelah lebih kat Chipmunk je. En. Barney dah lama menghilang. Entri INI semalam pun sebab I minta dia buatkan entri. Asal suruh buat entri je memanjang jawapan tak ada idea dia tu. Dulu dia jugak yang lebih-lebih. So jangan lah cakap motor dalam entri tu I yang punya sebab I nak naik motor pun scary apatah lagi nak bawa motor. Uolls semua dah confused dengan entri tu sebab TAK BACA part 'posted by' tu. 

p/s : En. Barney suka stalk and baca entri dan komen je. Taip entri dia taknak. Reply komen lagi lah dia malas. 

Review : Yamaha FZ150i

Sebelum ini Chipmunk ada cakap yang aku ada pakai motor baru kan (rujuk entri INI)? Sekarang ni, nak review sikit pasal motor ni. Kot-kot ada yang berkenan pula kan.

Motor Yamaha FZ150i ni dari segi penggunaan minyak memang jimat. Untuk motor baru ni biasanya aku akan bawa tak lebih daripada 80km/j (Kadang-kadang je lebih speed sikit). Ini bukan apa, bak kata orang lama, nak jaga enjin untuk long-term. Untuk 12 liter minyak (full tank) boleh pergi sampai 400km. Depend cara bawa juga.

Ni la motor yang aku cakapkan tu

Dari segi performance pulak, FZ150i ni tak la laju kalau nak dibandingkan dengan motor suzuki belang ke, yamaha 125z ke. Sebab motor yang aku pakai sekarang ni lebih kepada efficiency iaitu untuk jimat minyak. Maksimum speed untuk mula-mula ni dalam 120km/j sahaja.

Alhamdulillah. Setakat nie motor ni takda meragam apa. Yang penting selalu jaga minyak hitam. Aku pun baru je pakai dalam dua bulan je. Jadi, tak banyak sangat la review pasal motor ni. Tentang harga pula, agak affordable la. Tu je la review dari aku. Kalau ada apa-apa yang tak paham, boleh lah tanya kat ruangan komen. InsyaAllah, aku jawab selagi boleh jawab. :)


Antara warna lain yang dikeluarkan oleh Yamaha :



Sumber gambar : Google

29/12/2013

Tanpa Mata Kedua Part II : Amblyopia

Tadi baru sempat nak pergi kedai optik, nak tanya pasal cermin mata I yang tangkainya longgar sebelah tu (Rujuk entri INI). Dukacita dimaklumkan bahawa skru tu patah di dalam dan tak boleh nak repair dah. Kena buat baru. Pakai cermin mata since Form 1 lagi dan dalam banyak-banyak, yang ini lah paling selesa dipakai. I kalau nak pilih cermin mata punya lah cerewet. Takmau yang macam ni, taknak yang begitu. Kadang-kadang rasa macam nak custom je biar semua ikut apa yang I nak. Boleh?


I sebenarnya ada Lazy Eye Syndrome ataupun term lain Amblyopia. Mata I sebelah kiri normal, yang rabun hanya mata sebelah kanan je. 

Amblyopia - eye disorder characterized by an impaired vision in an eye that otherwise appears normal, or out of proportion to associated structural abnormalities of the eye. (Sumber : INI)
Antara simptom-simptom Amblyopia adalah :-
  • Penglihatan kabur
  • Penglihatan berganda (double vision)
  • Kesukaran dalam menganggar jarak/kedalaman
  • Kedua-dua mata tidak berfungsi secara serentak. Nak explain secara ringkas, sebelah mata tu kerja lebih sikit lah dari yang sebelah lagi. 
  • Juling

Dari pembacaan I lah kan, ada dua kaedah dalam merawat Amblyopia atau Lazy Eye Syndrome ni. Yang pertama, rawatan asas masalah mata. Contohnya pakai cermin mata lah. Yang ini setiap kali I buat cermin mata baru mesti optician akan pesan, kena pakai cermin mata untuk betulkan Lazy Eye tapi I ni dengan lazy nya nak pakai cermin mata. Haish, geleng kepala. Yang kedua pula, getting the lazy eye to work. Contohnya jadi macam lanun tutup sebelah mata. Mata yang normal tu ditutup, jadi mata yang malas itu nak tak nak kena menjalankan fungsinya untuk melihat. Yang paling menarik minat I adalah permainan Tetris membantu dalam merawat Amblyopia menurut para penyelidik McGill University Health Centre, Canada di dalam jurnal Current Biology isu April 2013. Bagus jugak I google pasal benda ni, boleh install game Tetris lepas ni. Hiks


Nak cari cermin mata yang begini lah. Style apa. Meow! 

p/s : Perlu cepat-cepat buat cermin mata baru. Banyak lagi novel yang menunggu. Sobs

Sumber : INI





Majlis Makan Malam @ Dynasty Hotel, Miri

Semalam langsung tak sempat nak blogwalking. Siang teman BFF pergi shopping. Mentang-mentang lah ada voucher Parkson bernilai RM150, sakan bershopping. Malam tu pulak, kami satu family menghadiri Majlis Makan Malam. Bapa yang ajak, anak-anak haruslah on saja kan.


Majlis makan malam sebagai penghargaan ahli-ahli dan juga keluarga mereka. Bapa I ahli kumpulan zikirama (I difahamkan zikirama bermaksud zikir berirama), jadi semalam ajaklah satu family pergi dinner. I cari jugak video kumpulan zikirama ini masa perform untuk sambutan maulidur rasul peringkat negeri Sarawak tempoh hari kat youtube, tapi tak jumpa pulak. Kalau tak, boleh share. Hari tu ada tengok tapi tak ingat pulak title video tu. 

Nombor tak bertuah. Hiks

Bertempat di Dynasty Hotel, Miri. I suka kalau dinner kat Dynasty Hotel. Sebab makanan sedap-sedap. Cafe Rosita Dynasty Hotel memang tak asing lagi lah dengan makanan yang sedap. Mak pun suka juga Cafe Rosita, even member-member I pun ramai kata makanan kat sini memang sedap. Kalau time bulan puasa best. I pernah pergi majlis berbuka puasa dengan BFF kat sini, tahun ni jugak kot, tak pun tahun lepas. Puas hati sangat-sangat lah! 

Adik bongsu dan satu-satunya adik lelaki.

Pipi bulan penuh sejak azali lagi. Badan makin kurus sekalipun, pipi tetap maintain. Jadi mangsa kedengkian mereka yang iri hati tengok pipi I yang comel sangat. Ceh, perasan comel. Nak muntah baca. Ada seorang kawan yang sampai sekarang pun wajib cubit pipi I tiap kali jumpa. Dulu masa sekolah sampai merah pipi kena cubit. Well, blusher original lah katakan. 

Snap-snap adalah suatu kewajipan.

Paling I suka haruslah Ayam Lemon! Sayang pulak before pergi tu I dah makan dulu. Kalau tak boleh melantak banyak-banyak. 

Prawn Fritter

Prawn Fritter yang nampak sedap dan menggoda. Sayang pulak I tak makan udang. Nanti ada juga yang dikejarkan ke hospital gara sesak nafas sebab makan udang. Daging kambing tadi pun nampak yummy, dan itu pun I tak makan jugak. Tak makan daging kambing, tak makan udang. Haish, rugi-rugi.

Mak, cousin dan adik.


Disebabkan I malas nak cari baju untuk dinner, sarung je baju raya tahun ni. Settle. Kasut pun rasmi kasut baru Mak. 

Jantung hati hamba

Adik perempuan I tak ikut sebab sekarang berada di Kuching. Bapa pula busy sebab dia AJK majlis. Family yang memang kecik jadi makin kecik lah. 

Sebelah lagi mana?

I ada habit tangkap gambar muka separuh. Entah datang dari mana lah habit sebegitu. Sebenarnya nak highlight lesung pipit je. Boleh?

p/s : Lupa nak pergi betulkan cermin mata. Hari ni wajib pergi! Huhu

28/12/2013

Zirafah dan Lagu Temanya

Siapa yang tengok Running Man mesti dah tau tentang Lee Kwang Soo yang sinonim dengan panggilan zirafah. Dalam ramai-ramai dalam Running Man tu, dia lah yang paling sadis sekali. Kadang-kadang kesian jugak tengok Lee Kwang Soo.


Lately hampir setiap hari ada keyword Lagu Tema Kwang Soo. Tak pernah pulak I buat entri pasal lagu tema Kwang Soo. Jadi siapa yang cari lagu tema Kwang Soo tu, nah lagu tema Lee Kwang Soo untuk uolls.


Sting
Saint Agnes and the Burning Train

Lee Kwang Soo Si Zirafah

Lagu ni sedih sebenarnya, tapi bila teringat Lee Kwang Soo automatik nak tergelak bila dengar lagu ni. 

p/s : Dulu selalu cari lagu-lagu instrumental untuk tatabunyi teater. Haih, rindu pulak nak berproduksi lagi. 

Amboi, garangnya awak!

Lama dah Cik TengTeng tak berjalan atas karpet merah blog ni kan. Sejak Abang E'el dah sihat, makin pening pulak dengan karenah si bulus dua ekor ni. Siang masa untuk tidur. Malam pulak berjaga. Kejar sana, kejar sini. Habis tunggang langgang dapur Mak. Mak masuk dapur pagi-pagi tak sah kalau tak bising gara-gara Abang E'el dan Cik TengTeng


Hobi baru, bertenggek tepi singki. Jadi supervisor tak bergaji. Supervisor yang kononnya garang. Tapi goncang kotak whiskas terus terkedek-kedek berlari dengan perut yang penuh lemak berkrim tu. 

p/s : Geram je tengok hidung tu. Rasa nak gigit-gigit je. 

27/12/2013

Tanpa Mata Kedua


Skru sebelah kanan hilang jadi tangkai cermin mata longgar sebelah. Nak pakai pun rasa tak selesa. Entah bila skru tu hilang, baru kelmarin perasan. Patut lah bila pakai yang sebelah kanan asyik jatuh je. 

I ada habit suka letak cermin mata merata-rata. Lepas tu sendiri yang pening mencari. Dan satu lagi, kalau time makan yang panas-panas tangan automatik tarik cermin mata letak atas meja. Pernah sekali tertinggal cermin mata atas meja kat food court Metro Kajang. Nasib baik lah kakak kerja kat situ tolong simpan kan. Terpaksa patah balik dari UKM ke Metro Kajang semata-mata nak cari mana I letak cermin mata. Nasib baik lah time tu bukan time jammed orang balik kerja. Kalau tak, mesti kena marah dengan En. Barney. I ni kalau ada En. Barney, memang sorry lah nak pegang stereng kereta. Padahal kereta sendiri punya. Nak naik motorsikal? Lagi lah. En. Barney bawa 40 km/sejam pun dah menangis-nangis kat belakang tu suruh slow lagi. Entah apa lah yang scary sangat naik motorsikal. Eh kejap, kita cakap pasal cermin mata kan tadi?

p/s : Bila nak pergi betulkan ni? Sobs.

The Wedding Breaker - Evelyn Rose

Sebenarnya dah lama dah habis baca novel ni. Masa balik kampung tempoh hari (Rujuk entri INI). Tapi baru sempat nak menaip. Baru rajin yang sebetulnya sebab banyak sangat nak share. Tak tau nak taip yang mana satu dulu, last-last simpan semua jadi jeruk. Eh, lari lagi dari topik yang asal. Sorry, sorry. 


The Wedding Breaker
Evelyn Rose

sinopsis :
"Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar.." - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

"What's so funny?"
"Talking to me?"
"Nah... just talking to the lizard. See.. there.. we were talking just now. I know you won't be able to understand the lizard's language."

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?

"I'm gonna miss you.. I'd rather stay by your side. Always"
"Sayang kat abang rupa-rupanya ya?"
"Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too."

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

"Satu aje kesalahan awak, Ariana.. Awak dah curi hati saya." - Tengku Adam Kamil.
Mula-mula tengok kulit novel ni ingatkan novel English. Tambah pulak nama penulisnya Evelyn Rose dan ternyata I salah. Novel melayu rupanya. Tapi kalau nak compare karya Evelyn Rose antara The Wedding Breaker dan 13 Jam A380, bagi I 13 Jam A380 lagi best dari The Wedding Breaker. Sebab The Wedding Breaker ni sweet macam gula-gula kapas dan I tak minat sangat baca cerita sweet-sweet macam ni. Makin sweet novel itu maka makin cepat jari perempuan ni nak selak helaian yang seterusnya. Langkau ayat, langkau baris dan kadang-kadang langkau muka surat. 

I tau ramai yang dah baca novel ni kan? Bagi yang belum ataupun yang malas nak baca novel The Wedding Breaker, senang saja caranya. Mulai 30 Disember 2013, uolls boleh tonton drama Ariana Rose (adaptasi daripada novel ini) pada pukul 7 malam setiap hari Isnin hingga Khamis menerusi Slot Akasia menggantikan drama Playboy itu Suami Aku. Novel The Wedding Breaker memang best dan I tau ramai yang tunggu drama Ariana Rose dengan harapan drama ini best macam novelnya. Betul tak? 

Boleh tengok senarai pelakon drama Ariana Rose di SINI

p/s : Normally tak tengok pun drama-drama adaptasi novel tapi kali ni nak tengok lah sebab ada someone yang I kenal berlakon dalam drama ni. 

26/12/2013

Buah Embang atau Bambangan

Sebenarnya tak habis lagi sesi perkenalan kita dengan buah-buahan tempatan yang uolls mungkin pernah dengar, tak pernah tahu, atau tak pernah jumpa khususnya buah-buahan yang ada di Sarawak dan Sabah. Sebelum ni, I pernah kongsikan buah-buahan yang rata-rata komen tak pernah tahu pun iaitu :-
  1. Buah Dabai
  2. Buah Terap
  3. Buah Engkalak
Jadi kali ini, I nak story-story tentang Buah Embang pula atau nama saintifiknya Mangifera pajang. Kalau di Sabah, buah ini famous dengan nama Bambangan. Kalau tak silap melalui pembacaan I, buah ini boleh didapati hanya di Borneo especially in northern and western areas of Borneo.

Fresh dari kebun nenek.

Buah Embang atau Bambangan ini juga dikenali sebagai mangga liar (wild mango). Nak senang cerita memang satu keluarga lah dengan buah mangga dan kuini. Cuma buah ini merupakan species mangga liar yang terbesar. 


Pakcik baru balik dari kutip Buah Embang di kebun nenek. Ambik sebiji terus kupas kulitnya dan makan. Rasa Buah Embang atau Bambangan ni, rasa macam kasar-kasar dan berpasir sebab isinya berserat tapi manis. Lebih kurang macam mangga jugak lah. Tapi I lagi suka buah embang daripadan mangga. Selain daripada buahnya dimakan, pucuk embang juga boleh dijadikan sayur. Dijadikan ulam-ulaman selalunya. Kalau tengok rupa, memang sebijik macam pucuk gajus. I selalu confuse, baunya saja yang membezakan. 


Lagi kuning isinya, lagi I suka. Tak tau lah kenapa. Bila I google sikit mengenai buah embang, I dapat tau yang species ini dikelaskan sebagai rentan (vulnerable) dalam International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Threatened Species. Nanti suruh nenek tanam banyak-banyak lah pokok embang, bila musim buah boleh hasilkan produk berasaskan buah embang pulak. Jem misalnya. Berangan. 

sumber : INI, INI dan INI

Spontaneous Thursday : Ada masa

Ada masa,
malasnya tiba.

Ada masa,
rajin pula menjelma.

Ada masa, 
ideanya mencurah-curah.
Tapi ada masa juga,
isinya tumpah.
Alahai...
Kosong lah sudah.

Ini bukan lagu Apokalips nyanyian Datuk M. Nasir.
Tapi ya, 
Ada masanya aku suka bersendiri.
Tapi macam setiap masa je.

Dan ini juga bukan kes tak ada idea,
tapi mood menaip entah lari ke mana.

Entah-entah Cik Kura yang bawa lari ni kan. 

25/12/2013

Wordless Wednesday : Tahniah dan Ucapan Selamat


p/s : Sekadar untuk dikongsikan bersama. Ikut apa yang I faham kat sini kalau kita mengucapkan tahniah dan ucapan selamat bersempena perayaan agama bukan Islam dengan niat untuk menjaga hubungan sesama manusia khususnya yang berlainan agama dan bangsa, hukumnya adalah harus. Pokok pangkal berbalik pada niat juga, ke macam mana? Er, kalau salah harap dibetulkan.

Korean Drama : You Who Came From The Stars

You Who Came From the Stars (juga dikenali dengan tajuk My Love From Another Star), satu lagi drama Korea terbaru yang mungkin menarik untuk ditonton selain daripada Prime Minister and I dan juga Let's Eat. Drama yang menggantikan The Heirs. Baru je mula ditayangkan pada minggu lepas dan ditayangkan setiap Rabu dan Khamis. Dalam hari Jumaat atau Sabtu dah boleh download atau tengok online.



Do Min Joon (Kim Soo Hyun), alien yang mendarat di bumi 400 tahun lalu pada era Joseon Dynasty. Tidak dimamah usia dan fizikalnya tetap sama biarpun telah 400 tahun hidup di bumi. Mempunyai deria yang sangat tajam dan kebolehan fizikal yang luar biasa terutamanya yang berkaitan dengan pendengaran, penglihatan dan juga kepantasan. Cheon Song Yi (Gianna Jun) pula merupakan seorang pelakon terkenal. Personaliti Cheon Song Yi? Well, typical pelakon hot yang terkenal kan. Do Min Joon ni senang cerita kera sumbang manakala Cheon Song Yi pula seorang yang ignorant. Namun ada sesuatu pada Cheon Song Yi yang menarik minat Do Min Joon. Lebih-lebih lagi wajah Cheon Song Yi mirip wajah seorang gadis yang diselamatkannya 400 tahun lalu. 

Siapa nak tengok Profesor hot boleh lah tengok drama ni. Eh.

Bagi peminat rancangan Family Outing, dalam drama ni ada Park Hae Jin. Memegang watak sebagai Lee Whi Kyung yang telah lama menaruh perasaan terhadap Cheon Song Yi namun Cheon Song Yi pula berharap untuk bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya suatu masa dulu. 

Satu-satunya kawan Do Min Joon

Fizikalnya yang tidak berubah menyebabkan Do Min Joon terpaksa menukar identiti setiap 10 tahun. Jadi doktor pernah, tentera pun pernah juga dan sekarang ni Profesor muda pulak. Kalau uolls tanya best atau tak, so far ni best lah. Suka karakter Do Min Joon dan suka chemistry pelakon-pelakon utama drama ni. Nampak cute. Uolls rasa lah kan, Do Min Joon pulang ke tempat asal dia tak nanti?

Download You Who Came From The Stars 

Tonton Online You Who Came From The Stars

p/s : Tahun depan ada drama Song Ji Hyo (Running Man) dan Choi Jin Hyuk (Kim Won dalam The Heirs) lah. 

24/12/2013

Riverfront Cafe, Bintulu

Semalam dah cerita-cerita tentang Riverfront Inn (Rujuk SINI). Hari ini, nak story-story tentang Riverfront Cafe pulak. Sebelum bertolak balik ke Miri, breakfast sekejap di Riverfront Cafe. Family dah banyak kali jugak datang makan-makan kat sini, I je yang first time. Yela, dulu jarang balik Sarawak. Memang jarang lah ikut family pergi cuti-cuti Malaysia Sarawak kan. 


First impression. Tengok bersih je, deco pun cantik, ini mesti harga pun 'cantik-cantik' jugak. Bila waitress tu bagi menu, tengok harga tak adalah mahal pun. Nak kata standard tak jugak. Agak murah lah. 

Masing-masing taknak duduk membelakangkan TV, terpaksalah Mak mengalah. Hiks.

Memandangkan tak lama lagi Hari Natal, jadi penuh dengan decoration Christmas. Suka interior Riverfront Cafe ni. Bersih, kemas dan cantik. Nampak lah standard sikit kat situ kan. Tak macam satu hotel 3 bintang di Sarikei, cafe hotel tersebut macam restaurant zaman tahun 1970-an. Hotel pun tak diselenggara, macam-macam rosak. Tak upgrade sungguh. 

Hot Lemon Tea, RM3.90

Sarawak Laksa

Serius tak ingat berapa harga Sarawak Laksa ni, kalau tak silap dalam RM7.90 kot. Tapi sangat berbaloi! Banyak gila. Ini kalau nak makan dua orang pun cukup. I sendiri tak dapat nak habiskan satu mangkuk ni, mampu makan setengah je. Mak order satu set Kuetiaw Goreng + Nescafe Ais (RM9.90 kalau tak silap), adik pulak Mee Goreng. Satu pinggan hidangan tu memang banyak. Kalau macam I yang jenis tak makan banyak ni, baik lah kongsi dengan orang lain. Sure tak habis punya. Ini kalau En. Barney makan pun kekenyangan jugak rasanya. Tak ada nak tambah-tambah order dah. 

p/s : staff waitress/waiter pun elok je melayan pelanggan. Wajah sentiasa dimaniskan dengan senyuman. Intonasi cantik, nada pun sedap je telinga mendengar. Kalau macam ni baru lah kenyang perut suka hati. Hiks

Pulau yang tidak berpenghuni

Atas permintaan ramai, I tergerak nak buat entri untuk perkara ni. Sepatutnya banyak lagi benda lain nak share tapi yang tu boleh hold dulu lah. Selalunya soalan-soalan yang ditinggalkan di ruangan komen, I jawab di ruangan komen juga. Melainkan, soalan tersebut memerlukan penerangan yang lebih detail lagi. Macam hal ni, ramai pulak yang bertanya dan ada yang minta dibuat entri khas. Dan ini lah, buat yang menyoal tempoh hari.

Rujuk Entri INI.

Seperti yang I cakap dalam entri tersebut, yang bertanda bulatan merah tu adalah Pulau Burung. Tanah perkuburan orang dulu-dulu (tahun 80-an dan sebelumnya). Cuma I nak betulkan balik entri INI, I tak sure sama ada pulau tersebut hanya menempatkan tanah perkuburan orang Islam sahaja. Jangan tanya pulau tu besar mana? I pun tak tau. Semua ni hanya dengar-dengar dari mulut Bapa dan makcik-makcik I cuma. 

Tanah perkuburan tu sampai sekarang ke still ada orang dikebumikan di situ? Kenapa jauh sangat? (Mime MF)

Kenapa jauh sangat? Persoalan tu hanya orang dulu-dulu je yang boleh jawab. Mungkin paling-paling pun 3 generasi sebelum ini yang tahu apa sebabnya. Sekarang ni dah banyak tanah perkuburan di tanah besar. Jadi dari tahun 1990-an (mungkin pertengahan 90-an), dengan adanya jalan raya, kaum keluarga dan sanak saudara dikebumikan di kawasan yang lebih mudah untuk diziarahi.

Kalau kubur je semata-mata, kata ada kubur atok kat sana, tak datang melawat ke bila raya atau bersihkan kubur? (Telinga Bulat)
Bapa masih sekolah lagi masa arwah datuk meninggal (Awal tahun 80-an). Nenek pulak setahun sebelum tu. Jadi datuk dan nenek sebelah Bapa memang I tak sempat jumpa. Kubur arwah nenek ada di Kuching, cuma arwah datuk je yang dikebumikan di Pulau Burung. Dalam 2-3 tahun sekali, adik Bapa akan ke sana. Nak pergi ke sana dengan menggunakan perahu nelayan memang sangat mencabar. Kalau cuaca tak elok, mendung jangan lah pergi. Laut bergelora. Bergelora yang bukan calang-calang. Bapa macam pernah bagitau rasanya beberapa tahun lepas, tak ada tempat berlabuh untuk bot-bot besar. Lagipun, orang-orang kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai petani dan nelayan kurang berkemampuan untuk mengeluarkan belanja yang tinggi untuk memiliki bot-bot besar. Yang ada hanyalah perahu nelayan kecik yang juga digunakan sebagai medium pengangkutan. 

Perahu yang I maksudkan lebih kurang begini. 

Kenapa pulau tu dijadikan tanah perkuburan? Jadi memang terbiarlah kubur-kubur di sana? (Lynn Damya)
Soalan pertama tu, I pun tak tau sebenarnya. Macam I bagitau tadi lah, hanya orang dulu-dulu je yang boleh jawab soalan tu. Tapi kalau nak relate dengan kehidupan orang dulu-dulu, rasanya faktor utama adalah disebabkan oleh pengangkutan. I sempat merasa macam mana sungai dan perahu menjadi medium pengangkutan utama. Kalau sekarang, nak keluar pergi beli barang cuma perlu masuk kereta je. Tapi dulu, bukan masuk kereta tapi naik perahu. Kat kampung I sendiri, jalan raya mula dibina selepas tahun 2000. Nak balik kampung, terpaksa tinggalkan kereta di kampung seberang sungai. Cuma baru beberapa tahun kebelakangan ini jalan raya siap sepenuhnya, ada bekalan elektrik dan bekalan air bersih. Biarpun bekalan air bersih tu macam hidup segan mati tak mahu je. Untuk soalan kedua pula, masih ada lagi kaum keluarga dan sanak saudara yang menziarahi kubur-kubur di sana. Cuma tak sekerap tanah perkuburan yang ada di tanah besar. Macam carpooling yang bermaksud berkongsi kereta, di sini begitu jugak. Siapa yang kebetulan nak ke sana, boleh lah tumpang. Cuma perlu daya tahan diri yang tinggi lah untuk bertarung dengan lautan yang bergelora. Bagi yang mabuk laut, memang tak boleh lah. 

Bila renungkan balik, betapa susahnya kehidupan orang dulu-dulu berbanding kita sekarang ni kan. Sekarang semuanya senang, semuanya di hujung jari. Tapi lebih banyak merungut dan semakin kurang bersyukur. Cuba fikirkan kalau dilahirkan 20 tahun lebih awal, boleh ke kita survive?

p/s : Taip entri ni rasa sebak pulak. Semoga roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. 

23/12/2013

The Riverfront Inn, Bintulu

Last week dalam entri INI, ada mention I pergi cuti-cuti Malaysia kejap. Mulanya family nak ajak datuk dan nenek I pergi bercuti sekali, tapi apakan daya last minute ada hal yang tak dapat dielakkan pulak. Pergi hari rabu, hari khamis tu balik lah. Lagipun Bintulu-Miri tak jauh sangat pun. Kalau guna Jalan Pesisir Pantai dalam 2 jam lebih je. Cuma kalau time hujan lebat, jalan tu banjir lah.

Bertolak hari Rabu dalam pukul 11 pagi. Disebabkan waktu tu Bapa guna Jalan Miri-Bintulu yang lama jadi perjalanan memakan masa hampir 3 jam lebih. Nak beli-beli buah kat tepi jalan punya pasal.  Sampai-sampai tu terus check-in di Riverfront Inn. Tempat kami selalu bermalam kalau berkunjung ke Bintulu. Servis, bilik dan harga memang memuaskan. 


Dah la gambar tak jelas, ada benda interframe pulak tu.

Check gambar tadi baru perasan, alahai tak jelas pulak. Time ni nak cepat, sebelum adik I dan terjun atas katil tu dengan gaya tarzan. Maka inilah hasilnya. Dari bilik, sampai lah bilik air memang sangat memuaskan. Cuma I lupa pulak nak tanya rate untuk bilik ni tempoh hari. 


Kalau datang sini memang akan request bilik yang menghadap Batang Kemena. Tengok kapal lalu, tongkang lalu. Macam-macam ada. Bila air surut, nampak ikan tembakul gemuk-gemuk. Banyak pulak tu. 

ABC, RM7+ semangkuk.

Call room service order ABC tiga mangkuk. Memang berbaloi bayar RM7+ untuk ABC yang banyak dan sedap macam ni. Siap ada buah tembikai sekali. Sangat mengenyangkan. Dinner I untuk hari tu, ABC semangkuk. Rasa kenyang macam ratah ayam KFC tiga ketul je. Okay, ini tipu tapi bab mengenyangkan itu betul.



The Riverfront Inn terletak di tengah-tengah Bandar Bintulu. Dekat je dengan Pasar Utama Bintulu dan dekat sangat dengan Terminal Bot Ekspres Bintulu. Tapi kalau uolls nak menginap di hotel yang banyak-banyak bintang jatuh dari langit tu, boleh lah stay di Park City Everly Hotel. Bagi I, ini dah lebih dari bagus berbanding hotel 3 bintang yang kitorang stay masa di Sarikei tempoh hari. Affordable, servis tiptop, bilik pun superb. So kalau nak buat reservation atau sebarang pertanyaan mengenai rate bilik terutamanya boleh lah call ataupun email seperti yang tertera dalam gambar di atas. 

p/s : Later I story pasal Riverfront Cafe pulak ya.