Tajuk memang tiada kaitan dengan entri pun.
Salah satu hobi Chipmunk di masa lapang, tengok drama korea. Chipmunk start minat tengok drama korea ni masa lepas habis matriks berapa tahun lepas. Before habis matriks copy drama dan movie banyak-banyak untuk bekalan cuti panjang sementara tunggu tawaran masuk universiti. Masa matriks Chipmunk tak tengok pun drama korea ni. Sebab banyak sangat episodnya, taknak terleka. Kononnya budak baik lah. Tapi nakal bukan main. Setiap malam sabtu dan malam ahad tak pernah lekat kat bilik. Berkampung di bilik member tengok movie ramai-ramai, movie night katakan. Biasalah weekend masing-masing tak balik. Tak berbaloi naik flight Miri-Labuan semata-mata nak balik weekend je.
Hobi tengok drama korea lepas habis matriks ni kemudian terbawa-bawa sampai sekarang. Masa degree dulu Chipmunk tak tengok sangat, bila cuti mid semester atau cuti panjang baru tengok. Tak pun weekend tengok lah 3-4 episod. Masih lagi boleh dibendung. Tak macam roommate Chipmunk. Drama korea yang ada 16 episod tu dia boleh habiskan selama sehari setengah. Rela bertapa dalam bilik tak makan, tak tido semata-mata nak habiskan satu drama tu. Dahsyat. Kadang-kadang I pun takut tengok dia macam tu.
Sekarang ni pun, Chipmunk lebih suka tengok drama yang masih lagi disiarkan. Sebabnya bila satu minggu hanya ada 2 episod je yang disiarkan maka satu minggu tu Chipmunk just boleh tengok 2 episod je lah. Tak boleh lebih-lebih, nanti semua kerja tak jalan.
Sekarang dah ada orang terjebak sekali tengok drama korea ni. Siapa lagi kalau bukan En. Barney. Mentang-mentang dah habis praktikal, nak tunggu konvo je lagi. Huh. Dulu Running Man pun sama jugak. Bukan main lagi dia soal kita "Apa lah yang best sangat Running Man tu, tak la lawak mana pun". Sekali tengok, sekarang ni dia yang lebih-lebih. Gara-gara tengok episod Running Man yang Jackie Chan jadi guest tu. Sekarang ni taknak terlepas satu episod pun. Siap tengok dari episod yang awal-awal pulak tu. Dulu orang ajak tengok sama-sama bukan main lagi mengutuk. Tengok sekarang dia jugak yang sangkut.
p/s : Tak hairan lah kalau dia sangkut tengok drama korea jugak. Dulu pun bukan main lagi kutuk kita tengok drama korea sampai tak peduli dia. Tengok sekarang dah jangkit kat dia. Tengok jugak drama korea.
32 comments
haha. memang berjakit betuk penyakit ni. tapi runningman mmg btul2 addict. best gileee~
Hahaha, kamek pun sama. Kamek nangga dari jauh kawan mewk nangga RM macam wasting of time jark. Tapi bila kamek pun nangga, nang tetak jark2 kamek.
amboi..:)
akk kalau tgk korea.mmg xleh tinggal dh.sanggup tinggal blog.hehehehe
ingatkan penyakit berjangkit apa tadi...penangan drama korea rupanya yer...hehehe
akak ingatkan penyakit apa tadi aisya.. hehe.. kalau orang tu rapat dengan kita memang mudah je berjangkit hobi dan minat..
citer korea ada tarikan tersendiri
sbb tu ramai yg terjebak kan :)
@sha (chirp chirp)
kan.. hilang semua masalah tengok running man. haha
@Isabel Diaz
kmk pun fikir cmya juak dolok.. gerek kmk pun sama.. apa la best gilak ya.. tp bila dirik mpun dah sangkut.. tetak punya besar mun nangga runningman. haha
@Normi Nieza
hehe
@Cik Puan Rara
sama lah kak.. kadang2 malas update blog sebab tgh syok melayan drama korea. haha!
@puteri kasih
hehehe.. agak bahaya jugak penyakit berjangkit ni. hehe
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
tau takpe kak.. terpengaruh sekali. hehe
@Sop
memang pun. tak macam drama melayu yg rasa mcm agak meleret dan mendorong kita utk menyumpah seranah watak jahat dlm drama tu.. dosa kering dah kat situ. hehehe
betul tu..memang berjangkit..skrang mak mun pon dah join tgk cite korea..
akak memang bukan peminat drama korea..hehehe
hihihi.. berjangkit sudah. okla tu hobi sama. hikhik.. cikna pun layan jugak tp on off.. ikut kelapangan.
Family elie semua layan Korea. Elie nak duduk memanjang depan tv dengan lappy tgk Kpop memanjang memang taklah. Tapi kalau tgk running man, mmg gelak tak hingat! :)
haaa.. kann.. drama korea da best ever! dah tengok cter flower boy next door x?? best kot. huhu (hantu kdrama)
Assalamualaikum.
hahaha, terasa jap. Time study, memang lana tak suka langsung demam korea ni, baik drama,filem,yg menyanyi2 tu lgi la.
Tapi, since thun lepas..cuba lah dengar satu dua lagu k-pop ni..last2, terheret semua skali. Drama, filem, diorg punya show pun semua tgk,ekekeke
wahh memang bhya penyakit mcm ni kan..
nsib baik la yaya nye 'antibodi' kuat...haha ;p
me too...addicted dengan drama korea :)
hahaha. kmk lah sik pernah lalu tga running man. tapi drama korea memang sukalah. now jak sikmok tga drama korea, takut klak ketagih & leka ;D hehe
@Cik Mun
sama lah.. mak sy siap tertunggu2 lagi nak tengok running man. download sendiri pun pandai.. adoii.. haha
@noornazuha
sekali dah terjebak susah nak berundur kak.. hehe
@Chic Na
betul tu cikna.. hehe.. tgk jugak.. klau byk free time tgk lebih satu dua episod.
@Elie Lily
kpop tak berapa sgt.. suka tengok SNSD je. yg lain kurg.. pengaruh adik yg gila SNSD punya pasal. haha
@Tinta Lana
sy tak minat sgt kpop. sekadar dgr2 gitu je.. hehe
@Cik Yaya
baguslah.. hehe.. nnti susah.. lg2 kalau org takleh nak control..
@efatin eman
tak minat plak cerita yg mcm tu.. tp ramai kawan kata best. hehe
@Cik Itah@Rama Rama Pendek
high five sikit. hehe
@Sally Yatiey
nang pun melekakan.. ya lah kmk control seminggu nangga berapa episod. haha