30/09/2013

Penyebab dan Parut sebuah Luka.

Semalam tengok keyword, Chipmunk nampak ada yang search tentang tarian lilin. Teringat pulak, dulu pernah jugak belajar gerakan asas tarian lilin. Tapi menari tarian lilin yang betul-betul tu tak pernah lah pulak. 

Tapi dalam banyak-banyak tarian yang Chipmunk belajar, satu je yang Chipmunk tak boleh lupa. Tarian Piring Lambung yang telah meninggalkan kesan di pergelangan tangan.

video
Tarian Piring Lambung Kolej Tun Hussein Onn, UKM
credit : Penerbit UKM

Inter-College Art Festival (ICAF) 2013. Video ni lama sebenarnya, lebih kurang dua jam lebih tapi Chipmunk cut tunjuk tarian piring lambung tu je. Kalau nak tengok video full boleh search kat youtube ICAF 2013 Closing Ceremony. Cepat carik mana satu I kat dalam video tu? Hiks. Ini adalah tarian kreasi (creation). Kalau ikut apa yang I faham, tarian kreasi ini tarian yang menggunakan gerakan-gerakan asas tarian (dalam hal ini, gerakan asas tarian piring lambung) yang telah dikreatifkan bagi menyampaikan sesebuah jalan cerita. 

Kenapa Chipmunk kata tarian ini meninggalkan kesan di pergelangan tangan? Mungkin ada yang masih ingat Chipmunk pernah share mengenai ini dulu. 


Luka yang paling dalam adalah luka di pergelangan tangan. Sehingga sekarang meninggalkan parut. Nasib baik tak jelas sangat kelihatan. Kalau tak, silap haribulan mesti ada orang fikir yang perempuan ni pernah cuba untuk bunuh diri. Astaghfirullah. Macam mana boleh luka, Chipmunk ada cerita dalam entri INI.


Contoh piring durhaka. Yang telah menjahanamkan tangan Iolls dah hancur berderai. Apa punya ayat lah perempuan ni guna. Nak bagi effect sikit masa persembahan, piring tu kitorang spray dengan spray yang berwarna fluorescent. 

Syukur Alhamdulillah luka tersebut tak lah dalam sangat sehingga membahayakan nyawa tapi cukup dalam untuk meninggalkan segaris parut

Alah.
Macam hati manusia jugak lah. Terguris sikit dengan kata-kata atau perlakuan seseorang pun ada jugak meninggalkan parut. Ini kan pulak luka yang dalam. Mesti memerlukan masa untuk sembuh. 

Lukanya memang lah sembuh tapi parutnya, akan ada sampai bila-bila. Tapi sekarang zaman dah moden, dah canggih. Nak hilangkan parut pun senang. Macam-macam kaedah kita boleh guna. Tapi parut di hati boleh ke dibuang atau dihilangkan begitu je?

sumber : pakcik google

16 comments

9/30/2013 08:55:00 pm

Boleh guna produk by House of Healin, adik dulu patah tangan masuk besi. Area yang berparut masa pembedahan dulu mama sapukan gel gamat dari HoH. Alhamdulillah, hilang juga laa parut kat tangan adik tu, parut kecil2 laa, parut jahitan tu kekal. HUHU

9/30/2013 11:53:00 pm

menarik nama tarian lilin tu.. akak tak pernah dengar lagi..

10/01/2013 03:02:00 am

mcm bahaya je tarian ni..tgok video 2 pn dah seram he3 =) ade ke chipmunk dlm vdeo 2??

10/01/2013 05:50:00 am

Kamek paling takut lukak area tangan. Huhu.

10/01/2013 11:54:00 am

@Affy Afiqah

parut tu kenangan.. bila tengok, automatik teringat memori yg lepas..

10/01/2013 11:55:00 am

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

kalau tarian lilin mcm tarian piring jugak.. bezanya, kat dalam piring tu kita letak lilin.. hehe

10/01/2013 11:55:00 am

@S.K.A

bahaya kalau kita silap perhitungan je..

haruslah ada dalam video tu. hiks

10/01/2013 11:56:00 am

@Isabel Diaz

mun rah tapak tangan sikpa.. rah pergelangan tangan ya gelik jak rasa.

10/01/2013 01:41:00 pm

oohh tidak! parut pembedahan ku masih ada di situ..huuu

10/01/2013 11:15:00 pm

bahaya jugak eh tarian lilin.. kenangan tu aisya, nampak parut tu teringat tarian lilin. hihi..

10/02/2013 01:14:00 pm

@azizah :)

hehehe.. parut kebanggaan tu kak..

10/02/2013 01:14:00 pm

@Chic Na

tarian lilin tu intro je cikna.. yg ni tarian piring lambung.. hehe.. kita main lambung2 piring.. hehe

10/02/2013 01:17:00 pm

setiap parut tak kira luar atau dalam pasti akan menjadi kenangan kan

10/03/2013 11:52:00 am

@puteri kasih

betul tu sis.. :)

10/03/2013 02:37:00 pm

bak kate org yg pth hati - walaupun lukanya sudah sembuh, tapi parutnya masih ade....

huuuu..sadis sungguh...

10/04/2013 02:37:00 pm

@Cik Yaya

dah sembuh pun kadang2 msti teringat jugak kan?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...