17/09/2013

Kan Kukejar Cinta Kamu - Fauziah Ashari

Dalam entri lepas Chipmunk ada mention penyakit tak boleh tido yang kembali menyerang. Memang kucar-kacir hidup jadinya. Ada satu hari tu, jam dah pukul 9 pagi mata Chipmunk masih lagi membulat dengan jayanya. Salah satu cara nak buat mengantuk, ambik novel dan baca sambil terlelap. Tips susah tidur yang selalunya menjadi bila mata dah terlampau berat. Tapi lately, tips ni memang tak boleh pakai langsung. Makin celik pulak mata sebab sakan membaca, excited nak tau apa jadi dalam halaman yang seterusnya. Dan hasilnya, Chipmunk dengan jayanya mampu menghabiskan novel ini dalam masa satu malam. 


Siapa tak kenal Novelis Fauziah Ashari. Kalau tak kenal pun, siapa yang tak tau filem adaptasi novel Ombak Rindu. Chipmunk suka karya-karya beliau. Kadang-kadang walaupun jalan cerita biasa-biasa je tapi cara penyampaian penulis yang cukup menarik juga mampu buat I bersengkang mata membaca sehingga ke noktah yang terakhir. Kali ni baca novel Kan Kukejar Cinta Kamu pulak. Macam tak biasa, boleh klik gambar berikut untuk baca sinopsis novel Kan Kukejar Cinta Kamu untuk lebih jelas.


Chipmunk baca novel ni, rasa kesian pun ada jugak kat watak perempuannya, Alma. Kahwin dengan Raiyan secara senyap-senyap di Ireland. Pulang semula ke tanahair, si suami pulak hilang ingatan bertahun-tahun. Yang tak syoknya, keluarga Alma dan keluarga Raiyan ni memang musuh ketat. Dan Raiyan ni pulak dah lah hilang ingatan, diracun pulak fikirannya. Disuap dengan cerita-cerita yang tidak elok dan tidak diketahui kebenarannya mengenai keluarga Alma. Eh, cerita panjang-panjang nanti tak best pulak uolls nak baca. Dah baca nanti uolls tau jugak apa punca keluarga mereka ni bermusuh. Besar sangat ke silapnya sampai 7 keturunan pun tidak mungkin dimaafkan? Dan apa agaknya rancangan Alma untuk selamatkan rumah tangga sedangkan suami sendiri tak ingat langsung pun siapa dia?

p/s : Baru tau novel Ombak Rindu ada sampai Ombak Rindu 3 rupanya. Ingatkan habis takat novel yang kedua je. Tapi kalau dah novel pun siap ada 3, agak-agak nanti ada tak filem Ombak Rindu 2 dan Ombak Rindu 3?

34 comments

9/17/2013 08:09:00 pm

Haha! Kmk dah baca novel tok. Memang terbaikkkkk! ;) Best ;)

9/17/2013 08:47:00 pm

novel tu best + sweet + sedih . perfect .

=)

9/17/2013 09:49:00 pm

Salam.

Ombak rindu dah smpai tiga? Woww, dah trilogi la jadinya..

Lana pernah baca yang pertama je..hehe

9/17/2013 10:04:00 pm

ombak rindu 3?? ada ke? laa baru tahu. kena carik nie. haha

9/17/2013 11:07:00 pm

ohh patut la cam familiar nama Fauziah Ashaari tu.. perghhh habiskan novel dalam satu malam? kalo cikna boleh juling mata.. hehe..

9/17/2013 11:32:00 pm

minat baca novel ye? sulu sy rajin..skg satu novel pun xde..hehe

9/18/2013 01:18:00 am

rajin membaca novel =) sy ni cpat mgntok kalau bca tebal2 dan bab cinta..sbb 2 xpnh hbiskn 1 novel..

9/18/2013 07:35:00 am

Hi aisya
azie dah baca lama rasanya novel nie
bole lah jalan cerita...yg paling best mcm mana mereka nak memberi tahu hubungan suami isteri tu...kekeke

9/18/2013 08:36:00 am

nasib baik ada peneman di saat tak boleh tidur.. menarik sinopsis novel tu aisya..

9/18/2013 10:48:00 am

wah siap habiskan dalam satu malam yer..Sis pun suka karya Fauziah Ashari..memang best :)

9/18/2013 11:07:00 am

terbaru ke ni? mesti cerita dia pun hot macam ombak rindu..

9/18/2013 11:26:00 am

minat jgk baca novel cmni. tapi sekarang baca yg english punya je. :)

9/18/2013 12:22:00 pm

@Sally Yatiey

best nak.. hehe

9/18/2013 12:22:00 pm

@Maisarah Aisya

betul2. hehe

9/18/2013 12:23:00 pm

@Tinta Lana

tu la.. baru tau jugak.. baca 1 dan 2 je..

9/18/2013 12:23:00 pm

@asha hana

ada.. tajuk ape entah.. tapi ada tulis jugak kat situ ombak rindu 3

9/18/2013 12:23:00 pm

@Chic Na

takleh tido cikna.. tu la hasilnya.. haha

9/18/2013 12:24:00 pm

@chicken_floss

mak yg byk beli novel lately. klau ada best tu yg baca jugak. hehe

9/18/2013 12:25:00 pm

@Azie Namico

novel tahun lepas ni kalau tak silap. hehe

9/18/2013 12:25:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

itu la kak. kalau tak pandang dinding kosong je lah

9/18/2013 12:25:00 pm

@puteri kasih

tu la sis.. suka.. hehe

9/18/2013 12:26:00 pm

@Cik Itah@RRP

tak lah baru sgt rasanya.. klau tak tahun lepas, awal tahun ni. :D

9/18/2013 12:26:00 pm

@Liza Licha

prefer English novel juga sebenarnya. senang nak cari kelainan. hehe

9/18/2013 12:30:00 pm

@S.K.A

tengok jugak.. sy kalau dah jiwang sgt tu sy skip je.. hahah

9/18/2013 01:06:00 pm

Bestnya

9/18/2013 06:46:00 pm

Dah lama tak baca Novel..jangankan novel..blog pun lama dah tak buka.. :D

9/18/2013 07:59:00 pm

Wau..biar betol sebiji novel semalam..pembaca novel tegar nih..akak paling cepat 4 hari..

9/19/2013 12:58:00 am

kak lea tak pernah boleh pakai tips,kalau nak mudah tidur baca novel.lagilah tak boleh tidur kot,sebab berdebar2 nak tau cerita seterusnya he3....

wah,macam best je novel ni.officemate kak lea gila novel cinta,kak lea pulak RAM he3...

9/19/2013 07:53:00 am

sambungan ombak rindu rupanya...
novel ok lah dari filem. filem boring kot. jangan mara ombak rindu fans

9/19/2013 01:52:00 pm

@Isabel Diaz

best juak.. hehe

9/19/2013 01:52:00 pm

@LiLy @ MaMaQiStInA

itu la.. tunggu jugak bila kak lily nak update blog. huhu

9/19/2013 01:53:00 pm

@Mieza Jhaa K

ini kes takleh tdo kak.. tengok2 dah cerah dah.. huhu

9/19/2013 01:54:00 pm

@.::: Princess MOMOY :::.

novel yg ni bukan sambungan ombak rindu tp novel lain.. hehe

p/s : sama lah.. part satu panggung bertangisan sy boleh gelak2 lagi.. gelak hairan ape yg sedih sgt nye..

9/19/2013 02:02:00 pm

@||aLeaSaRa||

sy pun gila novel RAM jugak kak.. hehe..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...