26/09/2013

Dia Bukan Arissa - Syaida Ilmuna

Jom sembang tentang novel pulak hari ini. Sebenarnya ada banyak novel yang I dah habis baca cuma tak kongsikan kat uolls semua. Sebab tak ada novel yang best nak dikongsikan, semua rasa macam biasa-biasa je. 

Semalam mak update stok novel kat rumah. Maksudnya beli baru lah memandangkan stok novel yang sebelum ni semua dah habis baca. I ni apa lagi, menumpang lah sekaki baca novel best-best. Selalunya kalau mak beli novel, dia suruh Chipmunk yang pilih sebabnya kalau dia pilih semua nak cover yang cantik-cantik tapi isi hampeh, sinopsis pulak rasa macam copy paste novel lain je. Ini mak sendiri yang cakap bukan I yang memandai. Ehem. 

So pagi tadi maybe around 3 pagi dah berjaya habiskan satu novel. Novel ni nipis je. Sebab tu berjaya habiskan dalam masa beberapa jam. Tips baca novel dengan cepat, skip bahagian yang tak best. Tapi kena skip dengan bijak sebab takut nanti tak paham pulak ceritanya. Tips ini juga boleh digunakan untuk mengelakkan kebosanan membaca novel.


Dia Bukan Arissa
Syaida Ilmuna

Sinopsis :
Arissa mati dibunuh? Arlisa panik setelah melihat kakak kembarnya yang sudah dua tahun menghilang dan kini muncul semula, terbaring berlumuran darah di rumahnya. "Kalau kau taknak dituduh membunuh kakak kau dan meringkuk dalam penjara, kau kena ikut cakap aku. Kau mesti menyamar jadi Arissa! Mayat ini biar aku yang uruskan," ujar lelaki tak dikenali yang datang tiba-tiba.

Arlisa terpaksa menurut. Dia ke rumah'mertua'nya dan menyamar sebagai 'menantu' Puan Murni, 'ibu' Ameera dan 'isteri' Adam. Barulah dia tau siapa Arissa selama menghilangkan diri. Satu rumah membenci Arissa kerana kejahatannya. Sedangkan sifat Arlisa berbeza dengan Arissa. 


Bagaimana Arlisa hendak berhadapan dengan semua ini? Bagaimana dia hendak berhadapan dengan Adam? Adam melayannya mesra sebagai seorang suami. Ahh.. Payah! Memang Payah!


Arlisa perlu lakukan sesuatu.. tapi apa? Dia adalah dia dan bukannya Arissa. Dan dia mula jatuh cinta pada.. Oh, tak mungkin. Adam tak cintakan dia. Adam cintakan Arissa yang sebenar. 


Tanpa mereka sedar, semua yang terjadi adalah komplot yang dirancang. 

Menarik juga novel ni. Kembar tapi perwatakan yang sangat berbeza. Bagai langit dengan bumi. Kalau dah perwatakan pun berbeza. macam mana mampu menipu mata yang melihat kan? Persoalannya, siapakah lelaki misteri yang menyuruh Arlisa menyamar sebagai Arissa yang jahat tu? Komplot yang dirancang? Oleh siapa? Dan untuk apa?

19 comments

9/26/2013 08:43:00 pm

menarik sinopsisnya aisya.. boleh buat drama pula lepas ni dari novel ni..

9/26/2013 08:43:00 pm

bestnyaa baca novel..banyak koleksi novel aisya ni..

9/26/2013 08:58:00 pm

rindunya nak baca novel... mama ada 2 novel tak habis lagi ni...

9/26/2013 10:01:00 pm

Akak dh lama tak baca novel..huhuhu

9/26/2013 10:47:00 pm

hurmmm interesting...sabtu ni sis gi cari..hehehe

9/26/2013 10:50:00 pm

Wah, ada unsur mistik lak ni. Tapi boleh pulak tips baca novel main skip2 ek? Klaka je akak ni... Hehe.

9/27/2013 07:56:00 am

sama la ngan kmk
slalu baca skip
tp depends juak la
mun ayat ya gramatis kmk akan baca full..mun ayat ya x bez kmk akan baca skip

kengkadang nak tangga kulit cover ya kemain gik gah..tebal, kacak bling2, sekali ayat dlm ya x bez nak dibaca, x terasa terawang-awang, rs mcm kecewa juak

ria tek kmk dpt adiah dri cik akak naomei. hehe..dpt 2 novel. hehe..free. rasa rindok ati.

ya la tek. sigek novel ya bez, sigek gik ayatnya x bez. rasa xda suntikan jiwa jak dlm novel sigek ya. next time mun kmk beli novel xmok la kmk pilih penulis ya.

9/27/2013 11:26:00 am

macam best ja novel ni..nak cari la nanti kot kot ada hehe

9/27/2013 12:50:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

siapa agaknya yg boleh bawa watak Arissa/Arlissa ni agaknya ya.. hehe

9/27/2013 12:50:00 pm

@azizah :)

koleksi mak je banyak
hehe

9/27/2013 12:51:00 pm

@Mama

lepas Sufi sihat boleh lah mama sambung sikit2.. :)

9/27/2013 12:51:00 pm

@♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH)

bz dgn hal2 lain.. hehe

9/27/2013 12:51:00 pm

@puteri kasih

terus g cari tu.. hehe

9/27/2013 12:53:00 pm

@Yumida Huda

sebab ya la dont judge a book by its cover. cover kacak tapi isinya hampeh..

novel nok ne tok kah? huhu

9/27/2013 12:54:00 pm

@Cik Itah@RRP

novel ni nipis je.. jadi sekejap je nk bace tp isinya padat. hehe

9/29/2013 03:40:00 pm

novel lg...hihihi..caya lah aisya..tegar btul dgn novel :)

9/30/2013 02:07:00 pm

@ayut

haha.. well. hiks

10/21/2013 03:21:00 pm

Syaida Ilmuna tu kawan I tau. Dia ni memang kreatif. Pernah sekali kitaorang ada assignment penulisan skrip drama. Skrip yang Syaida tulis memang sangat menarik, kreatif dan lain dari yang lain. I syorkan siapa yang belum beli lagi tu, pergi la beli. Tak menyesal tau.

10/23/2013 01:11:00 pm

@Iyka Sobri

betul tu.. menarik karya beliau.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...