02/02/2012

Bukan sekadar telur dinosaur


Dalam entry INI, Chipmunk mention yang dalam gambar tu adalah telur dinosaur. Dan sebab Chipmunk panggil telur dinosaur adalah kerana bentuknya yang sekali tengok macam telur dinosaur. Chipmunk terkejut jugak bila orang tak dapat cam yang ni buah apa. Bila mak buka buah ni Chipmunk saja je letak kulit buah ni atas kepala Cik Tengteng. Nampak macam topi la rupanya.

Sebenarnya telur dinosaur tu buah limau bali atau orang putih panggil pomelo. Bukannya tembikai mahupun kuini. Ni adalah salah satu buah-buahan favourite Chipmunk.


Tau tak yang buah limau bali ni ada banyak khasiatnya terhadap tubuh badan kita? Ni Chipmunk nak senaraikan antara khasiat-khasiat telur dinosaur limau bali ni.

  1. Membantu dalam menentang atherosclerosis (Pengerasan salur darah arteri
  2. Mengawal tekanan darah yang normal.
  3. Mengandungi Vitamin C yang mengukuhkan dan mengekalkan sifat arteri.
  4. Bioflavonoid yang terdapat dalam buah limau bali ni mampu menghentikan penyebaran sel-sel kanser payudara dengan menyingkirkan hormon estrogen yang berlebihan dalam badan.
  5. Mengelakkan penyakit diabetes, demam, sakit tekak dan jangkitan.
  6. Boleh membantu dalam mengurangkan berat badan kerana mengandungi enzim yang  membantu dalam penyerapan dan mengurangkan kanji dan gula dalam badan.
  7. Membantu dalam sistem pencernaan dan menentang sembelit.
  8. Meringankan kolesterol badan.
  9. Membersihkan sel darah merah yang mengumpulkan toksin dan kekotoran.
  10. Dipercayai boleh merawat asma.

Siapa yang nak berdiet atau nak merawat penyakit asma dan banyak lagi khasiat yang Chipmunk dah senaraikan tadi tu, boleh la makan buah limau bali ni. Sedap pun sedap. 

p/s: pakcik google! pinjam gambar...

14 comments

2/02/2012 12:56:00 pm

lama tak makan limau ni .

2/02/2012 01:23:00 pm

wahhh. my fav. tooo :D sedap kan kan ?

2/02/2012 02:12:00 pm

suka limau baliiii

2/02/2012 03:23:00 pm

aida suka makan limau bali nie..best sebab dia macam berbiji2 je duduk dalam mulut...hehe. Banyak khasiat rupanya pamelo nie..baru tahu :)

2/02/2012 04:57:00 pm

tapi susah la nak cari buah tu. kalu ade pun kat cameron je.. hurmmm

2/02/2012 08:38:00 pm

laaa....ingatkan tembikai haha ;)

2/03/2012 04:54:00 am

eii sedapnya..da lame x makan..nyum2..boleh ngap gtu je....kecur air liru ni..="

2/04/2012 12:14:00 am

@Cik FaRiZaM

sama la.. hari tu pun org bagi.. =)

2/04/2012 12:14:00 am

@Detective Fiqa

tau xpe.. hehe

2/04/2012 12:14:00 am

@Fathiah Hamim

sama laaaaa.. hehe

2/04/2012 12:15:00 am

@Aida Omar

boleh terleka mkn buah ni.. hehe.. sama la, baru tau jugak.. hehe

2/04/2012 12:15:00 am

@Miss Purple Ungu

xpe2.. hehe.. sekali sekala..

2/04/2012 12:18:00 am

@sara E a.k.a ct

hehe.. sedap kan?

2/16/2012 04:01:00 pm

@Ejam

ye ke ?? xtaw plak...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...