warning : Ini entry berbaur kemarahan dan ketidakpuasan hati. (Kalau anda tidak begitu, buat apa nak terasa hati. Tepuk dada tanya selera).
Hal ini terjadi semalam di area Pasar Malam Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Seperti biasa, lebih kurang 5.45 petang Chipmunk dan En. Barney serta beberapa orang kawan lagi bergerak la menuju ke pasar malam. Bila dah pergi tu mesti la nak balik pulak kan.
Nak dijadikan cerita, masa nak balik tu terpaksa la lalu jalan yang sempit. Tu pun sempit sebab kereta parking kat bahu jalan. Nak senang katanya, tak payah jalan jauh-jauh. Biasalah, kita ni pergi pasar malam memang memborong sampai 10kg barang tu. Tu yang payah sikit nak jalan jauh-jauh ni. Tambah pulak orang Bangi ni semua kaya-kaya. Kereta besar-besar je yang ada. Lagi la bertambah sempit jalan yang sedia ada sempit tu.
Jujur Chipmunk cakap, even kalau jalan sempit mana pun kalau driver tu masing-masing faham maksud tolak ansur tak apa. Ni tak, harap belajar tinggi-tinggi tapi tolak ansur pun tak paham. Malu la wei, dah besar panjang kot. Budak darjah satu pun paham tau apa itu tolak ansur. Yang dah besar panjang ni pulak yang tak paham. Tak ke malu?
Yang paling buat kitorang panas. Bukan sahaja kitorang ni, kereta belakang pun sama dan even kereta yang bertentangan arah pun sama. Gara-gara satu kereta alza putih dengan driver perempuan plat kereta bernombor WTR 6184. Siapa tak bengang, masa kitorang tengah menyusuri laluan yang sempit tu dengan deretan kereta di belakang. Perempuan ni boleh pulak drive dengan lajunya around 40km/j - 60km/j di jalan yang sempit-sempit tu. Alasan dia, nak suruh kitorang bagi laluan kat dia la tu. Sebab before tu memang dah bagi laluan kat banyak kereta. Tapi kereta bangang ni drive laju-laju pun tak sedar yang kereta dia tu besar, nak lalu pun tak muat. Tadi bukan main laju, sekarang tak boleh jalan. Tak ke bangang namanya tu? Punya la ego taknak reverse balik sebab kat belakang tu memang tak ada kereta langsung! Nak kitorang dengan deretan kereta kat belakang tu jugak yang reverse. Ni la dasar orang fail bahasa melayu, tolak ansur pun tak paham. Dia nak tunggu kereta berderet kat belakang dia baru nak reverse balik. Eh perempuan, kau ingat kereta kau tu boleh terbang ke?
Tengok! Sampai motorsikal pun tak boleh nak lalu tau. Kereta alza putih tu KECIK sangat. Time ni memang dah bengang gila la. Kalau dia reverse masa awal-awal tadi memang tak akan stuck sampai macam ni la. Ni dah la menyusahkan semua orang. Yang lagi buat kitorang panas hati, setiap motorsikal yang lalu di sebelah kereta WTR 6184 ni, dia turunkan cermin tingkap lepas tu cakap apa entah. Tu yang kitorang cakap, ni mesti nak salahkan side kitorang sebab tak bagi dia lalu ni.
Last-last, side kitorang ni jugak yang mengalah. Yang kelakarnya perempuan ni, bila lalu sebelah kitorang boleh pulak buat-buat bercakap dalam phone tapi ekor mata pandang kitorang. Kalau memang yang perempuan tu betul, mesti dia berani nak pandang kitorang balik kan? Tadi bukan main lagi tunjuk-tunjuk, sekarang mengecut pulak. Kitorang memang dah sedia perhatikan perempuan yang tak reti nak bertolak ansur ni.
Entry ni Chipmunk taip bukan nak menjatuhkan perempuan tu. Tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri dan yang lain. Kalau perempuan ni baca pun, maaf la ye sebab terkasar pulak. Tapi sedar-sedar la sikit dan ingat-ingat lah. Kita ni hidup bermasyarakat. Kena saling bertolak ansur sesama sendiri. Tak elok pentingkan diri sendiri. Tak ke mana pun dengan sikap pentingkan diri sendiri tu. Dan bukan rugi apa-apa pun kalau kita bertolak ansur dengan orang lain. Dapat pahala lagi adalah.
17 comments
waaa.. siap letak no plat perempuan tu.. camne eyh kalo dia terjumpa dlm blog ni? hehe ^_^ kdg2, org yg terlebih educated pun akn jd camni.. ;)
waaa.. siap letak no plat perempuan tu.. camne eyh kalo dia terjumpa dlm blog ni? hehe ^_^ kdg2, org yg terlebih educated pun akn jd camni.. ;)
i'm a terrible driver hehe. so if jalan2 sempit mcm ni confirm panik. the alza is so close to u.
huhu...sabar ye~~
apa yg terjadi ni? kesian penungggang moto tu
betol... hidup bmsyarakat harus bertolak ansur. hehe. banyakkan bersabar ^_^
memang geram dengan pemandu yang selalunya tak reti nak bertolak ansur..macam jalan tu milik dia
Aku terasa bengang jugak baca entry ni... memang bodoh la pemilik kereta tu... kenapa tak turun kereta maki jer? kalau kebanyakan orang, dah lama kene maki... maki sampai puas hati...hahaha...sampai dia nangis pun tak apa... mesti dia tak kompeten lagi...pakai sticker P lagi ker? hahahahaha....
btw, sy first time datang sini...
jemput blog saya...
-http://nazrihanafiah.blogspot.com
-http://blognazc.blogspot.com
@Haruno Hana 하나
begusla kalau orang tu baca.. hehe
@SimplySeoul
tak sempit mana pun kalau tak ada kereta 'kecik2' parking kat bahu jalan.
@Yana Libra
payah nak bersabar dgn org yg pentingkan diri mcm tu.. huhu
@Cik FaRiZaM
laaa, penat2 je taip full detail dalam entry tu.. huhu
@ciksukaberangan
betul tu.. cuma kadang2 org tu fikirkan kepentingan diri sendiri je.. tp x sedar menyusahkan org lain...
@puteri kasih
tu la sis.. klau tak menyusahkan org tu xpe la.. consider jugak.. ni, kita pun terlibat skali.. huhu
@Nazri Hanafiah
hahaha.. klau dia pandang aku mase selisih tu, mmg nk tunjuk fuck kat die.. (emo lebih nie)
by the way, thanks sbb sudi singgah :)
~huh!panas2..xpatut betul
@BlueiceButterfly
hehe.. skrg dh cool down dh.. tp klau tpndang kereta tu lg mmg berasap lagi la.. hehe