20/03/2012

Fly with Air Asia? Bagaimana?


Chipmunk perasan yang mesti ramai tak tau dan tak sure prosedur nak check-in dan sebagainya dengan Air Asia kan? Sebab bila Chipmunk bukak En. Nuffnang nak tengok keyword, mesti ada yang search mengenai Air Asia. Macam mana nak check in, boarding pass kena print atau kena gunting semua-semua. So, Chipmunk rasa better juka Chipmunk terang satu-satu sebab prosedur Air Asia ni lain daripada yang lain dan agak samar-samar. Chipmunk first time kaedah ni bertukar pun Chipmunk google jugak cara-cara dan keadah nak check-in ni.

1. Check-in
Terdapat tiga option macam mana nak check-in. Kalau dulu, kita just pergi counter yang ditetapkan, provide Kad Pengenalan, letak beg, then dapat boarding pass. Dah siap dah, tapi sekarang lain. Semuanya dah berubah. Kita tengok apa tiga option tersebut


  • Web Check-in : Nampak tak anak panah tu tunjuk mana? Boleh klik kat situ dan masukkan. Kalau tak pun nanti Air Asia akan send email. Nanti kita just buka email tu dan klik terus untuk Web Check-in (yang ni yang Chipmunk selalu buat).
  • Mobile Check-in : Yang ni senang kalau phone tersebut adalah smart phone. Bila kita check-in via mobile, ada barcode yang kita kena download (contoh : gambar di bawah). Lepas tu, di airport nanti ada kiosk di mana kita boleh scan barcode tersebut. Chipmunk tak berapa suka cara ni sebab mesti failed je nak scan barcode tu. Kenapa entah. Chipmunk tak berasa sure pulak kalau kita boleh pergi counter untuk scan barcode ni jugak. Dan untuk pengetahuan, ada certain airport je yang dilengkapi dengan barcode scanner ni.
  • Counter Check-in : yang ni yang biasa kita guna sejak dulu-dulu lagi. Tapi sekarang, Air Asia telah mengenakan charge RM10 untuk perkhidmatan counter check-in ni. Dan mesti ramai yang terfikir, kalau kita boleh check-in free melalui web dan mobile check-in, kenapa pulak kita nak kena bayar semata-mata nak check-in?
2. Boarding Pass
Chipmunk selalunya akan dapat email right away after web check-in dan email tu mengandungi boarding pass kita. Boarding pass tu kita kena print tau. Just print sahaja. Tak perlu nak gunting-gunting sebagainya. Macam tu agak leceh. Macam mana yang kita print tu, macam tu lah boarding pass kita. Tapi untuk mobile check-in Chipmunk tak berapa sure. Kalau tak silap Chipmunk, barcode scanner tu dilengkapi dengan perkhidmatan printing boarding pass sekali.

3. Baggage Drop-Off counter
Bila dah check-in dan boarding pass di tangan, beg kita macam mana pulak kan? Yang ni agak confusing sikit. Dan bagi Chipmunk tak berapa sistematik. Yang ni kita boleh pergi mana-mana saja counter yang kita nak, tunjuk IC dan jugak boarding pass, serahkan beg dan settle.

Yang di atas ni untuk penerbangan domestik tau, kalau antarabangsa Chipmunk tak sure. Nak kepastian boleh masuk website airasia.com dan rujuk FAQ atau boleh tanya terus. Chipmunk sebenarnya dah naik bosan turun naik flight nak balik rumah. Yela, hampir 5 tahun belajar kat tempat orang. Dah terbiasa dengan Air Asia ni. Jadi Chipmunk saja nak kongsi apa yang Chipmunk tau. Kalau ada information yang salah atau tak tepat, bagitau lah ye. Boleh lah Chipmunk betulkan.

13 comments

3/20/2012 11:02:00 am

wowww. macehh kak. hehehe
tapi dont knowlahh kalau dpt kat mana2 :D

3/20/2012 11:03:00 am

wowww. macehh kak. hehehe
tapi dont knowlahh kalau dpt kat mana2 :D

3/20/2012 11:03:00 am

wowww. macehh kak. hehehe
tapi dont knowlahh kalau dpt kat mana2 :D

3/20/2012 12:01:00 pm

baru 3 kali naik flight.. free lak tu :DDD ngeh3.. bukan ngan parents la.. hehe

Anonymous
3/20/2012 02:02:00 pm

still blur2..coz tiket pun abg long mas yg uruskan.hahaha

3/20/2012 02:05:00 pm

info berguna ni..mekasih

3/21/2012 07:19:00 pm

last skali gi sabah thn 2006 naik air asia :)

3/22/2012 03:14:00 am

@Detective Fiqa

same2.. =)

3/22/2012 03:14:00 am

@Haruno Hana 하나

bestnye naik free.. =)

3/22/2012 03:15:00 am

@MaYa MustWany

hehe.. xpe, kalau dh biasa jd senang..

3/22/2012 03:16:00 am

@Alin Marlini

same2.. =)

3/22/2012 03:17:00 am

@Miss Purple Ungu

dah lame jgak dah tu.. =)

1/02/2017 08:44:00 pm

Yg beg tu kita kena print bag tag dulu bru ke kaunter drop off lugage

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...