09/03/2012

Review : Woman In Black

Hari rabu lepas, aku dengan chipmunk tengok Women In Black nie. Selalunya kitorang tengok kat alamanda je. Tapi sekali-sekala nak ubah angin tengok wayang kat tempat lain jugak. Destinasi kitorang kali nie kat Mines, Serdang. (macam baru 1st time kau pergi kan..)


Poster Woman In Black

Nie poster dia. Daripada poster nie pun, korang dah boleh teka filem nie genre apa. Yup, nie filem genre horror. Kalau nak hint sikit pasal citer nie, ada trailer kat bawah nie. Dipersilakan tengok. ^^


Trailer Woman In Black

Ok. Sinopsis citer nie pulak. Filem nie mengisahkan seorang peguam, Arthur Kipps (Daniel Radcliffe - bekas pelakon Harry Potter) yang ditugaskan untuk mencari pembeli sebuah rumah Eel Marsh House yang terletak jauh ke pedalaman. Masa dia sampai ke bandar tersebut, beliau berjumpa dengan Mr. Bentley (Roger Allam) yang banyak bercerita tentang keadaan di kawasan tersebut. Apabila Arthur Kipps sampai ke rumah tersebut, banyak perkara misteri yang berlaku. Misteri perempuan hitam, anak-anak yang mati, dan mengapa orang2 di kawasan tu, sangat tak sukakan rumah tu. Kalau nak tahu apa yang jadi, sila2 lah tengok.



Bagi aku, filem nie pada mulanya memang banyak sangat persoalan yang timbul. Memang banyak. Dan permulaan cerita nie slow. Takpelah. Citer horror kadang2 camni. Lepas tu, filem nie dialog dia memang tak berapa banyak. Banyak part suspen. Bila part suspen yang takda hantu, boleh dikatakan seram jugak. Bila keluar hantu tu, rasa macam kurang pulak rasa seram tu.

Ending cerita nie pulak, persoalan dari permulaan cerita hanya terjawab sedikit je. Kadang2 tak tahu apa kaitannya dengan permulaan cerita tadi. Ending filem nie habis camtu je. So, overall biasa2 je. Rating citer nie bagi aku 5.5 je.


Screenshot Woman In Black







Sumber : IMDb
Gambar : Google

13 comments

3/09/2012 07:24:00 am

mcm seram je cite ni
rasa nak tgk je ;)

3/09/2012 07:38:00 am

pergh , mcm best jekk . boleh masok the next list nih . ngee ~

3/09/2012 10:28:00 am

wooo... nmpak best je citer ni.. :D setting zaman dolu2 rupanya...

3/09/2012 12:02:00 pm

baru teruja nk tgk tapi kalo dah biase2 tu, malas la,hikhik

Anonymous
3/09/2012 01:08:00 pm

macam tak best je.semalam tengok thriller pun xrasa seram sangat.ni dh bca review..adess lagi xrasa best.tak jadi tengok.hihihihi

3/09/2012 10:07:00 pm

wowow! baru tau ni..cm best je tp horror ke? bkn magic2? hehehe :P nak magic dak sbb dan radcliffe blakon haha..hurm tgk la cm ne..gi wyg ke, donlod je ke..

Nice post... visiting back here again... Smile!!!

3/11/2012 10:44:00 am

@Miss Purple Ungu

before hantu keluar seram.. tapi bila hantu tu keluar hampeh..

3/11/2012 10:44:00 am

@hudahassan ^^

xbrape sgt la..

3/11/2012 10:45:00 am

@Haruno Hana 하나

tp ending die xbest. huhu

3/11/2012 10:45:00 am

@Ayumi Comot

tgk download ok la.. nk tgk wayang tu mcm xberbaloi sgt...

3/11/2012 10:46:00 am

@MaYa MustWany

download je la mas.. jgn x tengok..hehe

3/11/2012 10:46:00 am

@misyamissyou

asal tgk daniel radcliffe je ingat magic2 kan.. hehe.. dah terbese dgn HP..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...