05/03/2012

Review : Thanks For the Memories


Hari ni nak buat review novel pulak. Novel ni dah lama beli sebenarnya, habis pun dah lama dah cuma tak sempat nak buat review lagi. Dan kali ni nak review novel English pulak.


Sebelum Chipmunk cakap pasal novel ni, Chipmunk nak story mory sikit mengenai penulis novel ni. Mungkin ramai yang tau movie P.S. I Love You yang pada asalnya movie tersebut adalah novel karya seorang penulis terkenal. Dan penulis tu merupakan penulis favourite Chipmunk, sebab novel-novel beliau sangat menarik. Siapa lagi kalau bukan Cecelia Ahern.


Berbalik pada review pulak, gambar novel di atas tu adalah novel bertajuk Thanks For The Memories. Sebenarnya novel ni novel lama, tahun 2008 tu. Baru sekarang nak baca, lambat sangat kereta api Chipmunk ni.

Yang menariknya cerita ni, titik permulaannya sebenarnya hanya dengan pemindahan darah je. Tapi tu la yang merubah kehidupan hero (Justin Hitchcock) dan heroin (Joyce Conway) dalam novel ni. Sebab pemindahan darah tu bukan sekadar pemindahan darah yang biasa. Semua memori Justin terpindah sekali, sebab Justin yang donate blood beliau kat Joyce. Sekarang ni Joyce seolah-olah berfikir macam Justin. Memori-memori Justin, dan juga pengetahuan Justin semuanya ada dalam kepala Joyce padahal diorang ni bukan kenal pun. Justin ni orang Amerika dan Joyce ni pulak memang asal Ireland. Macam mana semua ni jadi? Dan kemudian apa yang akan jadi dekat diorang ni? Diorang ni nanti akan berjumpa atau tak? Banyak soalan kan? Kalau nak tau jawapan, boleh la baca novel ni. Tapi Chipmunk tak tau pulak senang jumpa atau tak novel ni. Yela, novel dah lama kan? Yang ni pun, Chipmunk beli masa Big Bad Wolf Book Sale tahun lepas. Ha, lama tak lama dah buku ni.

8 comments

3/05/2012 06:47:00 am

novel Cecelia Ahern memang best :D tapi Hana tak sempat lagi baca yg ni.. Judith McNaught pun Hana suka ^_^

3/05/2012 10:05:00 am

interesting ! yeah ! nak cari la~ haha

3/05/2012 10:38:00 pm

hua!! nangis terus bila nmpak tajuk entri :'(

ritu nmpak buku ni..macam nak amik tp xamik pulak..um mcm best cte ni..t nak beli gak la..haha..ketinggalan..

3/06/2012 12:43:00 am

macam best jalan citernya

3/06/2012 08:44:00 pm

@Haruno Hana 하나

kan kan kan.. semua best2.. Judith McNaught xpernah baca pulak.. kalau tak Cecelia Ahern, cari novel Jodi Picoult..

3/06/2012 08:45:00 pm

@ciksukaberangan

cari2.. hehe

3/06/2012 08:45:00 pm

@misyamissyou

best2.. tu la rugi xbeli.. hehe

3/06/2012 08:45:00 pm

@MaYa MustWany

mmg best pun.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...