Ni kisah semalam sebenarnya tapi since last week lagi Chipmunk teringin nak makan
Oreo Cheesecake. Jadi bermula lah misi men-Google resipi
Oreo Cheesecake ni. Fyi, Chipmunk ni memang gila Oreo. Sebab tu time raya mesti buat Kek Lapis Oreo. Kalau nak resipi boleh klik
SINI. Tapi before tu Chipmunk bagi tengok gambar dulu ye. Lepas tu baru Chipmunk bagi resipi ye.
Yang ni Chipmunk google je gambar tapi Oreo Cheesecake yang Chipmunk buat sebijik macam ni.
Oreo Cheesecake
Bahan-bahan
2 paket biskut Oreo
1 1/2 sudu marjerin yang telah dicairkan
500 gm Cream cheese
2 cup plain yogurt
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
1. Untuk base : Blend oreo yang telah dibuang cream. Gaulkan dengan marjerin yang telah dicairkan. Rata dan mampatkan dalam loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Untuk cheese : Pukul cream cheese dan gula. Masukkan yogurt. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, dan esen vanilla. Pukul adunan sehingga gebu. Patah-patahkan sedikit biskut oreo untuk dimasukkan ke dalam adunan tadi. Then, masukkan adunan ke dalam loyang tadi.
3. Kukus selama 1 jam 30 minit atau 2 jam sehingga masak.
4. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam peti ais selama setengah hari ataupun semalaman.
Tu yang real punya. Sorry kualiti gambar tak elok. Biasa lah guna kamera phone biasa-biasa je. Advance tau sahur makan Oreo Cheesecake. Ni mak Chipmunk yang potong. Chipmunk tak sempat lagi nak ambik gambar then potong cantik-cantik untuk masuk dalam blog, mak Chipmunk lagi cepat lah. Tengok-tengok dah ada dalam pinggan macam ni dah. Tergoda lah tu tengok Oreo Cheesecake anak dia yang menggoda tu.