24/11/2012

Jawab dan Review Part I

Ingat tak entri INI. Chipmunk suruh teka 4 movie yang Chipmunk belum tengok dalam 15 movie yang tersenarai. Dan rata-rata jawapan yang Chipmunk dapat, semua ada senaraikan Batman sekali. Sedihnya. Padahal, Batman hero yang paling Chipmunk minat dari kecik-kecik lagi. En. Barney pun baru tau kalau dia ada baca ni. Jadi jawapan yang tepat adalah....

Terasa loser bila belum tengok Avatar. Dah suruh En. Barney downloadkan cuma tak ada masa nak tengok je.

Tahniah buat Syida yang dah jawab dengan tepat keempat-empat movie tersebut. Harap maaf lah ye, agak terlambat sikit. Biasalah YB baru naik pangkat memang macam ni. *perasan*


Comel je kan orangnya. Dah tu bijak lagi. Student Forensic Science tu. Chipmunk dulu teringin sangat nak course Forensic Science ni, tapi tak ada rezeki. Rezeki ke arah Genetic Science. Alih-alih course master ambik Environment jugak. Ni dah kenapa lagi banyak cerita pasal Chipmunk ni?

Berbalik pada Syida tadi, blog tersebut dikongsi dengan boyfriend beliau. Betulkan kalau salah ye. Yang bestnya, gaya penceritaan tu sempoi je, jadi kita pun rasa santai membaca. Entri semua bersifat peribadi dan baca punya baca baru Chipmunk tau selama ini ada Ninja Burger rupanya. Nak tau Ninja Burger tu apa, sila klik header di atas dan cari sendiri apa maksudnya. Senang je nak cari tu. Hehe.

Tak ada apa sangat nak komen, blog pun ringan. Cuma ada widget love love yang jatuh tu kadang-kadang agak menganggu konsentrasi nak membaca entri. Comel la kot sebab tu Chipmunk rasa lagi tertarik nak tengok love love yang berguguran tu. Tapi rasanya widget tu tak affect sangat berat blog kot. Sebab dengan internet siput yang Chipmunk ada sekarang, still lagi cepat loading bila masuk blog ni. 

Siapa yang tak pernah terjah lagi tu, rajin-rajin lah singgah melawat blog Syida ye. Dah singgah tu jangan lah lupa follow sekali. =)


Nak kena review jugak? Sila jawab soalan pada gambar terakhir dalam entri INI. Siapa jawab dengan tepat, Chipmunk review blog. Chipmunk bagi masa sehingga 12.00 tengah malam ini.

23/11/2012

Istana Gah Buat Sang Puteri

Di rumah Chipmunk ada Si Puteri yang sedang mencari-cari istana gah nya yang telah ghaib. Puas Si Puteri mencari. Chipmunk yang berasa kasihan melihat Si Puteri berlegar-legar mencari istana besarnya lalu melamar Si Puteri Bergaun Biru untuk tumpang berteduh di teratak usang Chipmunk. Namun sampai sekarang masih belum bertemu istana yang ghaib itu. 

Jadi Chipmunk bagi pihak Si Puteri, meminta bantuan kalian semua untuk mencari yang mana satu istana baginda yang telah hilang itu. Sebelum itu, biarlah Chipmunk memperkenalkan Si Puteri Bergaun Biru itu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Habis tudung mak. Ish ish ish.

Sila lah percaya cerita Si Puteri Bergaun Biru itu ye. Sebenarnya nak share something. Yelah, tak dapat nak jadi puteri, berangan Cik TengTeng jadi puteri kucing pun jadi lah. Kalau ada sang puteri, mesti ada istana nya kan. Jom tengok 10 Istana Terbesar Dunia. Kot-kot lah ada yang Cik TengTeng berkenan. 

10. Edinburgh Castle di Scotland. (35,737 meter persegi)

9. Citadel of Aleppo, Syria. (39,804 meter persegi)

 8. Himeji Castle, Jepun. (41,468 meter persegi)

7. Buda Castle, Hungary (44,674 meter persegi)

 6. Spis Castle, Slovakia. (49,485 meter persegi)

 5. Hohensalzburg Castle, Austria. (54,523 meter persegi)

4. Windsor Castle, England. (54,835 meter persegi)

 3. Prague Castle, Czech Republic. (66,761 meter persegi)

2. Mehrangarh Fort, India. (81,227 meter persegi)

 1. Malbork Castle, Poland. (143,591 meter persegi)

Kalau nak tahu macam mana keluasan tu diukur boleh rujuk SINI. Ada dibagitau caranya. Rasa-rasa kan, yang mana satu Si Puteri Bergaun Biru tu suka? 

 Siapa boleh teka istana ni dalam movie apa memang ternyata beliau seorang yang bijak! =P

sumber: INI.

Comics to Enjoy





Credit to Miss Morbids
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...