17/08/2013

Kalaulah Aku Tahu - Ayu Emelda

Nak story mory tentang satu lagi novel yang I baru je habis baca. Actually tak lah baru habis, dah hampir seminggu jugak lah. In fact, dah habis baca lagi dua lagi novel kalau tak silap. Now, tengah habiskan novel Hlovate yang berjudul Anthem. 


Kalaulah Aku Tahu
Ayu Emelda

Macam baca Iolls malas nak taip sinopsis so Iolls snap gambar dan uolls boleh la baca sendiri. Lagipun gambar lagi menarik daripada taipan yang berjela-jela hendaknya. 

Klik untuk lebih jelas

Heroin novel ni Iolls tak suka sangat perangainya. Bila baca rasa menyampah pulak tapi bacaan tetap diteruskan dengan gear 5. Baca sehari je dah habis dengan kelajuan lebih daripada 180 km/h. Perangai Keyra tu macam tak sedar diri je. Tak sedar yang diri tu dah jadi isteri orang. At first boleh lah faham lagi. Dia koma setahun dan mengalami amnesia. Kotak memori selama 6 tahun disorok dan disembunyikan entah di mana. Perlu dicari, tapi perlahan-lahan. Perangai yang pentingkan diri sendiri, menyakitkan hati ramai pihak. Ingat sakit hati sendiri, kehendak sendiri tapi hati dan kemahuan orang lain diketepikan. Semua nak cepat. Tak suka yang ini, terus buang. Bila teringat semula kenangan yang lama dengan senang nak ambik semula apa yang dibuang. Emosi sendiri tetiba. Kalau Iolls membebel pasal heroin novel ni, agaknya sampai subuh esok pun tak selesai menaip. Apa-apapun tahniah buat penulis sebab berjaya buat hati I yang tenang ni kucar-kacir dengan perangai heroinnya. Rasa macam nak lenyek-lenyek je dengan lesung batu dan belacan. Kita buat sambal!

p/s : Hari ni makan sambal petai, tambah nasi dua pinggan. Plus ada dua lagi open house. Ish ish ish. Makan serupa naga. Grrrr. Total 4 pinggan, satu pinggan 3/4 senduk jadi still tak banyak mana pun kan? *Sedapkan hari sendiri*


Giveaway Topup Syawal by Munirah Rahman

Malas nak cakap panjang, dan Iolls pun malas nak taip banyak-banyak. Nak join GA, so siapa-siapa yang nak join sekaki boleh klik banner di bawah ye. 


Tarikh Tutup : 22 Ogos 2013

16/08/2013

Projek Mr. Crab

Busy sekejap di dapur mengerjakan sesuatu. Projek baru. Sayang pulak projek baru Iolls ni lepas raya. Kalau before raya boleh hidang untuk tetamu yang datang. *wink*




Siapa nak teka apa lah yang Chipmunk nak buat ni sebenarnya?

p/s: Sudah semestinya bukan Mr. Crab dalam kartun Spongebob tu ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...