20/09/2013

Thanks Mr. Nuffnang : Olay JAS Bundle

Check earning Nuffnang semalam. Tengok-tengok Mr. Nuffnang pun ada bagi hadiah birthday kat I. Apa lagi kalau bukan CPUV baru. Alhamdulillah.


Olay JAS Bundle

Chipmunk tengok ramai juga rakan-rakan blogger yang lain dapat CPUV yang sama. Tak tau lah pulak iklan baru ni tentang apa. Mungkin ada la tu kot promotion ataupun produk baru dari Olay. Chipmunk tak pernah guna produk-produk Olay jadi tak pandai nak cakap banyak-banyak. Bagus atau tak atau yang sewaktu dengannya. 


Macam biasa, kalau ada ternampak iklan ni menari-nari kat blog I ni, kalau rajin jangan lupa klik-klik ye. Terima kasih. 

p/s : Kalau nak tau lebih banyak tentang produk-produk kecantikan atau yang sewaktu dengannya ni boleh lah tanya Blogger Momoy. Boleh baca macam-macam review produk kecantikan kat blog Sis Momoy tu. Hiks.

19/09/2013

Spontaneous Thursday : Mimpi dan Realiti


Bercakap tentang mimpi dan realiti. 

Teringat kisah ahad lepas.

Dalam masa dua minggu lebih ni memang tidur tak menentu. Paling awal pada pukul 4 pagi. Itu pun tidur-tidur ayam. Sekejap-sekejap terjaga. Nak kata banyak sangat fikir, macam tak jugak. Paling teruk, tak tidur langsung lah. Setakat ni, rekod tanpa tidur adalah selama 3 hari. Itupun, tiga tahun lepas. Kadang-kadang risau juga, sebab memang ada masa penyakit tak boleh tidur ni datang.

Okay, berbalik cerita asal. Ahad lepas.

Pagi-pagi si best friend whatsapp. Tak lah pagi pun sebab dalam pukul 10 pagi. Tapi masih golek-golek atas katil melayan mata yang sekejap tidur, sekejap terjaga. Dia tanya, "Ada di rumah tak?". Rumah kami dekat. Jalan kaki mungkin tak sampai 10 minit.

Bila disoal dengan mata yang pejam tanyalah "Kenapa?".

Okay, phone bunyi lagi. Notification. Whatsapp dari orang yang sama. Katanya nak datang rumah, nak pinjam sesuatu.

Mata masih lagi pejam. Macam nak tidur tapi taknak tidur. Okay, biarlah si dia tunggu kejap. Lepas tu dengar mak ketuk pintu bilik. Ada kereta alza putih depan rumah. "Eh, dia dah sampai ke?". Selongkar almari, capai sesuatu dan terus keluar rumah hulur sesuatu itu pada si dia. Dia cakap, "Esok before aku bertolak ke Bintulu, aku singgah rumah kau dulu bagi balik benda ni". Angguk dan terus masuk rumah. Kepala pening, mata berat, sambung balik tidur. Tapi kata-kata tu macam dekat sangat di telinga. Tak apa, petanda ayat tu sentiasa Chipmunk ingat. Tak lupa.

Esoknya.

Fikir-fikir balik. Chipmunk bagi pinjam tak barang tu kat best friend Chipmunk? Macam tak. Tapi kenapa dia cakap nak singgah rumah dulu? Check balik conversation whatsapp. Lepas dia reply dia nak pinjam sesuatu Chipmunk tak reply dah. Fikir lagi. Lepas tu rasanya Chipmunk tertidur dalam sejam. Okay, memang sah Chipmunk tak reply. 

Dan rupa-rupanya, Chipmunk reply dalam mimpi. Dia datang rumah pun itu semua mimpi. Mimpi semata-mata. Kasihan dia.


posted from Bloggeroid

Spontaneous Thursday : Older


Syukur alhamdulillah masih lagi diberikan peluang oleh-Nya hingga ke saat ini.
Jangan pernah berhenti belajar.
Belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.
Orang kata, a year older, a year wiser.
InsyaAllah.

Dan terima kasih semua, kerana membanjirkan ruangan komen dengan birthday wishes yang sweet, yang comel, yang cantik dan segala macam yang lagi. Tak lupa, a very BIG thanks untuk Kakak Cantik kesayangan hamba, siap buat special entry lagi (SINI). Terharu sangat! Dah macam ucapan retis baru menang award je.

p/s : Umur itu hanya angka, sebab tu sampai sekarang lagi masih ada yang perli kita budak sekolah rendah baru habis UPSR. Take it as pujian, saya tau saya awet muda and forever young. Alhamdulillah. Sebab tu maintain comel. Itu memang fakta pun. Terima kasih. *perasan*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...