21/10/2013

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Homemade sushi yang simple

Dalam entri INI, I kan buat homemade sushi dari lebihan nasi siangnya. Dan semalam, adik bongsu minta buatkan sushi lagi untuk dia. Boleh lah share kat uolls pulak macam mana nak buat. Kot-kot lah ada yang ikut cara cikgu tak bertauliah ni kan. 


Senang je nak buat sebenarnya. Jadi bagi yang takut-takut nak makan sushi sebab takut tak kena dengan tekak boleh try buat sendiri dalam kuantiti yang sikit. Bahan-bahannya pun ikut selera masing-masing lah. 

Bahan-bahan :
Nasi
Mayonis
Seaweed 
Crabstick
Telur
Tuna


Untuk Nasi


Sebenarnya ada beras untuk sushi tu sendiri. Tapi malas nak mencari dan lebih baik ambik lebihan nasi supaya tak lah membazir. Dan juga sebenarnya, untuk nasi ni kena campur dengan cuka beras. Tapi Iolls gaul nasi tu dengan mayonis je. Nak bagi sifat sticky kat nasi tu sebenarnya. Banyak mana mayonis yang perlu kita guna? Yang tu ikut sesedap rasa lah, jangan sikit sangat dan jangan pulak banyak sangat. 

Untuk Inti

Crabstick yang telah dibelah dua

Inti ni sebenarnya ikut selera masing-masing. Macam yang Iolls buat ni, ada crabstick, telur dadar (dipotong panjang-panjang) dan tuna. Kalau uolls nak letak timun, atau carrot pun boleh jugak. 


Lepas tu, susun macam kat atas ni. I tak ada bamboo mat untuk buat sushi jadi I guna plastik ni saja. Hasil daripada treasure hunt di dapur, plastik ni pun boleh jugak untuk diguna. Apa entah nama plastik ini, selalu orang guna kalau nak balut nasi lemak tu. Sebab tengok Kak Namee Roslan pun buat macam ni jugak. Belasah je lah. Janji bergulung lah sushi tu. 


Make sure uolls gunakan pisau yang sangat tajam. Baru cantik potongannya. So tak adalah jadi macam sushi yang I buat ni. Bersegi-segi dah rupanya.

p/s : Kalau uolls nak campur jugak cuka untuk buat nasi tu boleh follow cara-cara kat SINI. I pun follow yang tu jugak cuma modified here and there sikit. 

20/10/2013

Double F!

F bukan sembarangan F. Oh, sudah semestinya bukan F yang uolls fikir. I tak pandai mencarut sebegitu. Tapi, F ini maksudnya.....


F yang pertama.

Fur. Bulu kembang. Letak tapak tangan atas perut Cik TengTeng, jari-jari terus tenggelam, tak nampak dah.


F yang kedua.

Fat. Vet pernah pesan. Sekat makan. Nanti jadi lemak. Tapi macam mana nak control bagi dia makan kalau duduk depan mangkuk makanan sambil buat muka comel minta kesian? Grrr.

Hadiah sebab kejutkan kucing Paksu yang tengah sedap tido. 

Satu-satunya penyebab kenapa En. Barney fobia nak pegang kucing. Takut kena cakar. Well, itu perkara biasa. 

p/s : Cik TengTeng dan Abang E'el jenis yang tak pandai cakar orang. Baling lah dia macam bola pun, dia tetap buat muka comel. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...