Ini bukannya cakap-cakap tentang cas positif atau cas negatif yang kita belajar kat sekolah. Tapi lebih kepada diri sendiri sebenarnya. Terlebih dahulu, menghulur sepuluh jari memohon ampun sekiranya ada yang terkecil hati dengan apa yang telah ditaip oleh jejari gemuk dalam ruangan entri kali ini. Ini sebenarnya peringatan untuk diri sendiri juga. Refleksi diri.
Kalau dilihat komen-komen yang ditinggalkan. Tak kisah lah dimana-mana sekalipun. Komen-komen negatif pasti tidak ketinggalan. Maksudnya di sini, bagaimana anda mentafsir sesuatu kejadian tersebut.
Paling senang, I bagi contoh. Entri mengenai
Ippo the Zonkey yang I buat tempoh hari. Ada yang meninggalkan komen yang membawa maksud "
ini sebenarnya hasil daripada kerja-kerja dalam makmal" tanpa membaca terlebih dahulu kisah yang sebenarnya.
Cuba rujuk kembali sumber yang disertakan. Kejadian
Ippo ini boleh dikatakan sebagai suatu
fenomena semulajadi tanpa melibatkan sebarang mikroskop, mikropipet dan apa-apa peralatan makmal yang lain. Hendak menghasilkan species haiwan hybrid seperti ini tidak semudah yang difikirkan. Suntik sana, suntik sini dan satu species haiwan hybrid telah berjaya dihasilkan. Bukan. Proses yang sangat complicated dan memerlukan bertahun-tahun penyelidikan. Itu pun belum tentu outputnya memberangsangkan.

Sebab itu orang selalu pesan. Jangan terus membuat kesimpulan sebelum diselidik terlebih dahulu puncanya. Bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku dan apa sebabnya. Sama macam
First Impression yang
Blogger Sally sentuh tempoh hari. Kat sini lah perlunya bersangka baik. Positifkan diri anda. Jangan hanya memandang sesuatu itu dari sudut yang negatif sahaja dan jangan hanya menilai sesuatu hanya berdasarkan apa yang dilihat semata-mata.
Itu baru satu contoh.
Dalam entri
Ikan Misteri pagi tadi. Tak perlu rasanya kita kaitkan penemuan sebegini dengan bencana atau musibah yang bakal datang. Siapa kita untuk meramal apa yang akan berlaku? Yang perlu kita lakukan adalah bersiap sedia dan melengkapkan diri untuk menempuhi apa jua yang akan terjadi di masa akan datang. Be a better Muslim.

Berbalik semula kepada topik asal. Positifkan diri, bersangka baik dan selidik terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tafsiran dan penilaian. Tahu tak sesungguhnya bumi Malaysia khususnya Kepulauan Borneo sangat kaya dengan biodiversiti? Masih banyak lagi species yang belum ditemui dan ini menarik minat dan perhatian expert dari luar negara. Penemuan species-species yang kita anggap ganjil seperti ini mungkin ada kaitannya dengan ketidakseimbangan ekologi yang memaksa haiwan seperti ini keluar dari tempat persembunyiannya. Mencari habitat lain bagi memastikan kemandirian species. Mana kita tahu kan? Hanya yang expert sahaja yang boleh menjawab soalan-soalan begini.
Jangan biarkan aura negatif membelenggu diri. Aura negatif hanya akan menjatuhkan. Sebaliknya cuba untuk lebih berfikiran positif supaya diri akan lebih maju ke hadapan. Diri yang positif automatik lebih mudah untuk bersangka baik lebih-lebih lagi sesama manusia. Seterusnya menjadikan kita sebagai insan yang lebih baik. InsyaAllah.
Ehsan Pakcik Google
Tak pasal-pasal nanti tak ada pulak yang nak tinggalkan komen kat blog I kan. Kurang senang sikit 'negative thoughts' ni. Sebab taknak diri sendiri pun terpengaruh sekali. Apa-apapun, positifkan diri, gembirakan hati. Hiks
p/s : Pernah bagitau Blogger Lana dalam entri dia yang INI. I prefer share something yang happy-happy (positif). Sebab nak uolls tumpang happy sekali. Tapi I taknak share something yang sedih-sedih (negatif) sebab I taknak uolls pun tumpang sedih sekali.