Dalam entri yang lepas-lepas, I ada bagitau yang En. Barney outstation ke Kuala Terengganu berapa hari. Nak pergi tengok mesin baru kat hospital baru katanya. Pergi hari rabu, balik hari jumaat dan sabtu keluar dating dengan I sebab nak bagi buah tangan dari Terengganu. Mula-mula acah je cakap kat dia nak ole-ole. Sekali tengok betul-betul dia bawa. Rezeki jangan ditolak, dah orang nak bagi kecik tapak tangan, kawah yang I tadahkan.
Keropok ikan siap dengan sos sekali. Actually tak goreng pun lagi. Lagipun I sorang je, tak syok pulak makan sorang-sorang.
Khamis lepas En. Barney ke Kelantan pulak. Agak-agak ada tak buah tangan untuk I ye? Ehem. Kejap lagi nak jumpa En. Barney. Nak tengok ada tak something untuk I. Amboi, perempuan ni kan.
