13/10/2015

Wedding Story #6 : Kad Kahwin Part I

Hold dulu kisah majlis akad nikah yang tak habis habis lagi sampai sudah. Patah balik ke story wedding preparation pulak. Apa lagi, kad kahwin lah. Apa lah maknanya sesebuah majlis perkahwinan kalau tanpa sebarang kad jemputan. Biarpun sekarang masing-masing kata, "alah, invite facebook aje. Senang cerita" 

Kita muda muda ni senang lah cakap, yang lebih makan garam panjang pulak kisahnya nanti. Itu belum lagi kalau satu family yang nak satu kepala satu kad. Bagi kat mak, nanti anak pulak kata, "Mak lain, kami anak-anak ni lain," Er, korang satu family ni bermuram durja ke apa? Yang Terlalu Berbahagia katanya tak main lah verbal invitation. Tak gitu?


By the way. kenapa cerita kad kahwin pun sampai dua part? Oh itu sebabnya, gap majlis pihak perempuan dan pihak lelaki agak lama jugak lah. Kalau ikutkan Iolls, sekali harung buat satu kad untuk dua dua belah pihak je. Jimat banyak kos, jimat duit minyak, jimat tenaga, jimat masa dan jimat serba serbi lah. 

Tapi biasalah orang yang lebih makan garam ni, banyak sungguh pantang larang nya. "Jarak lama sangat tak elok buat sekalikan kad pihak lelaki dan perempuan." Makanya marilah kita membazir tenaga, wang ringgit dan masa untuk buat kad dua dua pihak. Yeay!


Weolls tempah kad kahwin ni di My One Card.. Tahu kedai ni pun melalui wedding exhibition yang weolls terjah akhir tahun 2014. Book harga siap-siap dengan bayar deposit RM50 then beberapa bulan sebelum majlis datang kedai untuk tempahan. Book harga ni maksudnya macam lock harga lah. Tak ada kenaikan harga dikenakan walaupun uolls nak tempah kad enam tujuh bulan dari tarikh booking. Biasalah semua benda kan makin naik harganya. Turun pun harapan palsu semata, lepas tu naik dua tiga kali ganda. Oh, ini hipotesis eh. Tapi boleh jadi kesimpulan melalui pemerhatian bebas. Eh. 

So penghujung bulan June, I dan En. Barney ke My One Card yang terletak di Pertama Complex. I pernah story dalam entri INI, cuma tak ada mention nama kedai lah. 

Tempah 500 kad, dapat satu bunting dan dua penunjuk arah. Cost adalah RM200. 

Ada cerita di sebalik adegan tempah menempah kad ni. Nak dijadikan cerita, kedai tersebut tutup selama dua minggu bersempena dengan hari raya Aidilfitri. So agak terkejar-kejar lah. Tambah pulak, En. Barney kena pergi outstation pulak hujung minggu. Lagi lah mengejar masa. 

Dah pilih design, warna dan bagi draft untuk reference pihak kedai, macam biasa tunggu pihak kedai email kan final draft untuk weolls checking. Dapat email, check draft. Tengok tengok banyak pulak oi pembetulan nak kena buat. 

Disebabkan weolls memang sangat kesuntukan masa time tu, ambik keputusan pergi ke kedai terus untuk inform beberapa kesilapan yang perlu diperbetulkan. Tapi bila datang kedai, senang je staff inform, "Oh, ini kena pergi branch Pudu. Sebab yang design ni kat branch Pudu."

Dengar je macam tu siapa tak menyirap oi! Memang lah kedai ada banyak cawangan, tapi macam tak proper pulak bila customer tempah kat kedai A, bila ada pembetulan kena pergi kedai B pulak. Dah la banyak pulak tu nak kena betulkan. Katanya ikut nasib, kalau nasib baik dapat lah designer dari branch yang kita pergi tu. Kurang bernasib baik macam weolls ni lah. 

Solution yang ada, komunikasi melalui email. Itu pun I dah explain satu satu dalam email apa yang nak ditukar. Rasa macam enam hingga tujuh point jugak kot. Tapi I sent satu email, yang dibetulkan cuma satu dua point aje. Yang lain sama jugak tak berubah. Terpaksa email balik dan inform lagi pembetulan buat kali kedua. Bila sent email seterusnya still tak ada perubahan lagi, start lah darah naik ke kepala. Rasa ringan je jari nak membebel dalam email. Tapi nasib baik time tu bulan puasa, kalau tak mahu kena ceramah jugak agaknya. Agaknya tengok I dah macam berapi dalam email, yang design card terus call En. Barney nak confirm kan pembetulan. Kalau dalam email orang dah cakap empat lima kali, buat aje lah cik kak oi! 

Nasib baik lepas call tu terus dapat final draft yang cantik dan memuaskan hati. Dengan senang hati lah nak bayar remaining balance tu kan. Kalau tak mahunya I mengamuk sakan agaknya. 

Alhamdulillah, lepas raya puasa. Kad, bunting dan penunjuk arah siap dengan jayanya. Satu benda yang paling I suka, kualiti kad tersebut. Tak dinafikan memang tiptop! Tebal pun tebal, printing pun cantik aje. Yang itu memang I is very the puas hati. 

Satu benda je yang tak best, bila customer tempah di satu cawangan terpaksa ke cawangan lain sekiranya ada pembetulan. Macam yang terjadi kat weolls ni lah. Tempah di Pertama Complex. Kalau nak buat pembetulan, perlu ke cawangan Pudu pulak. Faham lah jugak, pembahagian sebegitu sebenarnya nak meringankan beban tugas designer tapi tak convenient lah untuk customer. Ada sebab kenapa customer ke cawangan yang itu, tak terjah cawangan yang lagi satu. Lagi-lagi kalau dapat customer cerewet macam I ni ha. Banyak pembetulan so paling mudah untuk kedua-dua pihak adalah dengan cara bersemuka. Tapi bila diberitahu kena terjah cawangan lain pulak siapa tak bengang. Nak tempah kad kahwin je. Kalau kedai in walking distance tak apa lah jugak. Boleh exercise kan, kurus lah jugak before kahwin. Ini nak hadap jammed lagi? Panas weh! 

Customer is always right kan? I rasa tak proper lah cara kerja macam tu, so kad pihak lelaki kita tempah kat kedai lain pulak. Kan rugi dah kat situ. Padahal kualiti kad sangat bagus. Sayang tau. 

Tapi Iolls lagi sayang hati I. Tak mau lah sirap menyirap. Sirap limau ais tak apa. Sedap. 

p/s : Kad Kahwin Part II, lama lagi lah jawabnya. Hiks.

12/10/2015

KitKat Green Tea Ice Cream

Baru je beberapa hari lepas bercerita tentang Kit Kat Green Tea, kali ini I jumpa satu lagi penemuan baru. Dalam bentuk ice cream pulak. I tak tahu lah benda ni baru atau dah lama wujud di pasaran tapi baru bagi Iolls lah. 


Penemuan yang tak disengajakan. Dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, demam, selsema dan batuk dek kerana gigi bongsu nak tumbuh tetap jugak pujuk En. Barney untuk belikan Iolls Kit Kat Green Tea Ice Cream sebijik dua. Oh bertuah badan kalau dapat dua oi. 


I sebenarnya mengharapkan KitKat kat dalam tu perisa Green Tea jugak tapi hampeh. Yang di tengah masih lagi berwarna coklat. Bukan hijau. Tapi tak kisah lah. Janji I tetap suka sebab ice cream berperisa Green Tea ni kurang manis sedikit. Biasa lah orang yang manis-manis kan tak berapa suka makanan manis sebab diri dah memang manis. Eh eh eh!

Rasa lebih kurang KitKat Green Tea tu jugak. So siapa yang dah try KitKat Green Tea, apa kata try Ice Cream nya pulak. If uolls suka KitKat Green Tea, mesti uolls suka yang ini jugak. 

Siapa yang tak try lagi, berani berani kan lah diri untuk mencuba. Jangan risau, makanan sesuatu yang hijau begini takkan menyebabkan uoll berubah menjadi The Hulk. Shrek pun tidak. KitKat je pun. And Ice Cream je pun. 

p/s ; En. Barney, nak ice cream ni lagi please. 

11/10/2015

Wedding Story #5 : Baju Nikah

Entri lepas cerita tentang veil murah tapi very the gorgeous dulu. Kali ini I story mory tentang sepersalinan lengkap lah pulak. Tapi tak ada lah lengkap mana pun sebab nak cerita pasal baju nikah je pun.  

Kain baju nikah ni sebenarnya I dan En. Barney beli sebelum tunang lagi. Iye lah nak dijadikan hantaran pertunangan. Nasib iman kuat tau sepanjang sebelum nak nikah. Kenapa I cakap macam tu? Sebab sepanjang perjalanan nak menuju ke hari pernikahan, banyak pulak baju cecantik dan kain cecantik yang boleh dijadikan baju nikah. 

Awal bulan August 2015, selamat jugak lah kain tu dihantar ke tukang jahit. So tak ada lah dilema si tuan punya baju fikir empat lima kali sama ada nak beli lain sebab nampak yang lain lagi cantik. Nafsu je semua tu hoi! 


Mintak tukang jahit buatkan baju kurung moden sebab I memang nak baju nikah yang simple aje. Cuma kain tu buat la macam skirt payung sikit kan. Baru nampak lain. Kononnya lah. 


Baju cik abang pulak haruslah baju melayu kan. Tak kan pakai baju koboi pulak. Cuma request tukang jahit untuk tambahkan sulam so that matching dengan lace baju nikah si perempuan. 


Cari punya cari tak ada pulak gambar berdiri berdua nak tunjuk baju nikah. Nak gambar dalam phone sendiri memang nan hado lah ye. Sebab pegang phone pun tidak. Harapkan phone bridesmaid Iolls je. 

So nak congak congak balik kos untuk baju nikah for him and for her. Itupun mana yang Iolls ingat lah. 

Kain Baju Nikah (L & P) = RM200+
Upah Jahit (L) = RM90
Jahit Sulam (L) = RM100
Upah Jahit (P) = RM130
Veil (P) = RM60
Total Cost = RM580+

Alamak lupa pulak nak include kain samping lelaki. Disebabkan kesuntukan masa tinggal berapa hari je lagi nak nikah, so ambik je lah yang RM50+, so total cost RM630+ jugak lah. 

I dan En. Barney dari awal memang tak pening cari tukang jahit sebab hantar kat makcik yang memang selalu buatkan baju raya untuk family En. Barney je. Even baju tunang Iolls dulu pun mintak makcik ni jahitkan. Baju raya Iolls yang lepas pun hantar kat sini jugak. 

Dimana? Di sini lah..


Kadang-kadang rasa macam a bit pricey lah tapi puas hati dengan jahitannya. Kemas pun kemas. Tak kisah bayar lebih asalkan hasilnya memuaskan hati. Daripada bayar kurang tapi hasilnya mengecewakan. Kan kan kan?

p/s : Okay next nak cerita apa lagi eh. Ni baru entri nikah, belum entri sanding and outdoor lagi. Hiks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...