Ini serius. Bukan main-main. Ramai yang tau game Candy Crush Saga kan? Di sini Chipmunk nak dedahkan bahaya Candy Crush Saga kepada seluruh umat manusia. Chipmunk dah terkena, En. Barney pun dah terkena. Kawan-kawan Chipmunk pun ramai juga yang dah terkena. Sebelum apa-apa jadi kat korang baik Chipmunk bagi warning dulu.
Sebenarnya tak lah serius mana pun. Kalau iman tak kuat sila jangan gedik nak main kat FB atau download dan main game ni kat phone. Nescaya anda akan diserang VIRUS ADDICTED main game Candy Crush Saga ni. Itu yang terjadi kepada Chipmunk dan En. Barney. Cuma Chipmunk tak lah kena teruk sangat. En. Barney leka main game ni sampai lupa nak pergi kerja. Nampak tak betapa bahayanya di situ?
Chipmunk stuck kat level ni. Susah gila "angry bird" kot. (Modify sikit sebab taknak mention benda bulat warna hijau tu).
Memang tak boleh dinafikan game ni memang comel pun. That's why lah Chipmunk tertarik. Asyik tengok newsfeed penuh dengan activity kawan-kawan "Angelina Jolie has earned 3 stars with a score of 100 000", "Johnny Depp gave Life in Candy Crush Saga", "Harry Potter mixed Color Bomb + Striped Candy on Candy Crush Saga". Jangan terkejut kawan-kawan I ni popular semuanya. Jangan jealous.
Kalau dah newsfeed penuh, siapa tak tertarik bukan. Dah tu buka Play Store, tengok Top Free Apps pun ada jugak. En. Barney pulak bila tak dapat kumpul ticket untuk proceed next level muka masam mencuka. Asalnya Chipmunk minta tolong En. Barney send ticket je sebenarnya. Bukan main lagi gelakkan orang sekali tengok dia kena lagi teruk. Bila tanya buat apa sekarang, jawabnya "Hehehe. Candy Crush Saga". I mampu geleng kepala je lah.
Dan bagi yang belum terjebak ataupun mula-mula berjinak, Chipmunk hanya mampu pesan jangan cari pasal. Melainkan iman anda betul-betul kuat. Haha.
Bestfriend Chipmunk, Cik Alyn dah sampai Level 200+. Dan dari beliau lah Chipmunk minta tips How to Play Candy Crush Saga.
p/s : Bahasa Sarawak mudah. Jadi tak perlu la Chipmunk nak translate kot. (^_^)
20 comments
lah egtkan bahaya betul2..haha ohh ni kes addicted kat game la ni...hadui2..bhya gak la cikit..heee;p
Ishhh ktk tok.. Ingatkan virus apa tdik! ;D haha. Terus rasa mok delete game tok masa mula2 baca tadik ;D Best nak game tok. Tapi kmk blm tahap minat glak kat game tok ^_^
haha... game kat fb ye...
dulu kak ruha terjebak ngan game farmville...
sampai kak tutup fb setaun... tahun lepas baru buka semula...
sekarang tak tertarik pun nak main game kat fb...
line tenet slow... so, tak tergoda pun nak main... ada aje rakan2 invite...
mmg dah terkena virus pun tp masih dibawah kawalan lg. hehe.. bagus jgk ada tips2 ni. boleh tingkatkan skill. hihihi..
alahai ckp bahasa sarawak habis lah ...shida..heheee
lom pernah try main game ni..hehe
Akak memang tak main game² macam ni..memang tak reti main.. :)
@Mime MF
haha.. bahaya2..
@Sally Yatiey
jangan2.. jangan delete. haha
@miz ruha
tak main kt fb.. main kt phone.. tu yg payah tu. haha
@Chic Na
hahaha.. habis lah cikna..
@Shida Radzuan
yg simple je tu.. =)
@puteri kasih
usah dicuba sis.. haha
@LiLy @ MaMaQiStInA
bagus la kak.. sy kurang sebenarnya main benda2 mcm ni.. tp entah.. terjebak jugak.. hehe
lame tak men game2x ni...hihihi..bhaya yer smpi blh lupa nk g keje...hahaha.. :D
cehh game kat fb rupanya.. kalau dah addict xleh buat apa lah..hee
haz pn ade prasan game ni. tp x terdtik pn nk install. nk dwnld la skrg. haha
@ayut
haaaa, nampak tak betapa bahayanya.. haha
@azizah :)
hahah.. tu la pasal kak jijah
@haz
hahaha.. pastu jgn salahkan sy pulak ye.. :P