Sebenarnya dari tadi lagi nak menaip entri tapi apakan daya mood menaip itu lambat pulak tiba. Tangguh punya tangguh sebab mood ke laut. Alhamdulillah, semalam berakhir lah sudah satu acara tahunan Pusat Kebudayaan UKM, iaitu Inter-College Arts Festival. Dan berakhir la sudah penglibatan Chipmunk dalam aktiviti-aktiviti kebudayaan ni. Pasti akan menggamit rindu suatu hari nanti. Di sini jugak lah Chipmunk kenal dengan En. Barney. Ehem.
Semalam, pertandingan tarian dimulakan pada pukul 2.00 petang. Kelab Tarian Sanggar Citra dengan giliran ke tujuh membawakan tarian rampaian Cik Minah Sayang dan Joget.
Credit : Instagram Choreographer, Mr. Jai a.k.a Abang Jai
Tarian yang pertama ni, I is frust okay! Sangat-sangat frust! Tingtong sepanjang zaman! Keluar dari arena pertandingan terus berderai air mata. Ini silap, itu silap. Tak fokus, begitulah. Bak kata Abang Jai, "orang yang semua orang fikir dia takkan buat salah, tiba-tiba dia yang paling tingtong sekali". Down kuasa 10. T_T
Dah habis nangis puas-puas, kita snap-snap lagi! Weee
Untuk sesi malam pulak bermula pukul 8.30 malam. Kali ni Sanggar Citra dengan tarian Piring Lambung pulak. Gara-gara tarian ini lah I dapat hadiah parut 3 garis di pergelangan tangan ye. Boleh rujuk entri INI. Nasib baik luka terkena piring yang pecah tu tak cukup dalam. Itu lah, lain kali piring tu jangan dilambung. Gunanya untuk makan. Ngerti?
Credit : Blogger NouraQifays a.k.a Jijah
Tarian ini memang I suka! Walaupun perasaan takut menyelubungi diri. Takut piring pecah dilambung-lambung. Dan hasilnya ada satu piring pecah tapi bukan daripada I ye. Sayang, sayang seribu kali sayang. Tepukan yang paling gemuruh sekali tau. Agaknya ramai yang takut kot-kot ada yang terpijak piring kot. Alhamdulillah, tiada.
Credit : FB seorang Prasadarian.
Gambar di atas masa perbarisan. Boleh cam yang mana satu I tak? Hehe. Kekalahan satu mata dengan pemenang tempat ketiga sememangnya mengundang kekecewaan yang teramat. Tapi tak lah terkilan mana pun, sebab dah sedia maklum tentang tatacara penjurian untuk pertandingan ni. Susah nak cari yang telus, dari dulu lagi begini. Mestilah saling membantu sesama rakan bukan? Rasanya syarat hanya pelajar je yang boleh masuk bertanding juga perlu diketatkan lagi kot. Ini kalau dah skop kerja memang menari saja, gila tak menang? Kerja ye bukan belajar, harap maklum.
Apa-apapun, tahniah buat Kelab Teater Prasada kerana berjaya mendapat tempat ketiga dengan skrip Truth To Be Told. Serius meremang bulu roma, biarpun I duduk kat belakang je sebagai krew produksi. Tak lupa jugak buat En. Boyfie NouraQifays dan geng nya kerana mendapat tempat kedua untuk kategori Band.
Serius ICAF kali ni memang sangat enjoy biarpun double triple penat. Tapi suatu kepuasan. Tak lupa jugak buat blogger Iedya Abdullah, merangkap Majlis Eksekutif Pelajar Terbaik Kolej Tun Hussein Onn yang banyak membantu tambah-tambah lagi bila orang yang sepatutnya lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan. Oh ya, terima kasih juga buat Felo Kak Fadwa kerana sanggup turun padang untuk tengok sendiri hasil penat lelah kami semasa latihan mahupun hari kejadian. Kita di bawah naungan kebudayaan ni bukan lah siapa-siapa tapi kita adalah satu family! ^_^
p/s: Nantikan Gwiyomi versi wig yang diterbangkan khas dari Korea malam nanti.
p/s: Nantikan Gwiyomi versi wig yang diterbangkan khas dari Korea malam nanti.
16 comments
owh! mcm tu plak kisah cinta chipmunk & En. Barney bermulaa..wee >.<
sangat2 ohsem! sejuta pengalaman dan memori.. terima kasih buat Chipmunk&En. Barney..and thanks to semuanya..
go kebud KTHO! go kak dayah selamanya! hikkks
lawanya akak kat gambar pertama..tergoda..hehe..dapat third place pun okay la juga tu kak..hehe tahniah
wah,,..pandai menari rupanya aisya ni..:)
bestnyer tgk..menari² teruja la plak tgk pic..awesome dear!!:)
shanteq nyer dier yeee..
=D
Cantik...walaupun penat yg penting kepuasan dan enjoy...tahniah buat yg menang...
alahai kesian adik sis ni..sampai memangis. Takmo menangis lagi nanti tak comel dah...hehehe
alaa comelnya aisya ^_^
@Noura Qifays
terima kasih jugak jijah ye.. hehe
@Nana Liena
bahaya ni.. haha!
involve dua2 jd no 3 dan 4 lah.. tq.. =)
@Normi Nieza
takde la pndai pun. bese2 je.. =)
@Mime MF
nak join sekali lah tu.. =P
@Cik Yaya
*blushing*
ahaha!
@LiLy @ MaMaQiStInA
betul tu kak.. yg penting kita enjoy! hehe
@puteri kasih
padan muka kat diri sendiri sis. huhu
@Shida Radzuan
alamak.. malu kite.. hehe