Hujung minggu, gotong royong kemas rumah. Mop, sapu dan berus sana sini. Sental semuanya. Biar putih berkilat biarpun tak ada lah kilat mana pun. Janji spring cleaning konon-konon. Alah dengan habuk, mula lah bersin tak henti-henti. Itu pasal kalau bersih rumah jadi ninja itu harus. Kalau tak esok confirm demam selsema semua datang.
Bila hidung dah start gatal-gatal, tak nak berlarutan keluar rumah kejap hirup udara segar. Ditemani oleh angin yang agak kuat sikit dari sepoi-sepoi bahasa. Pandang tasik tepi blok rumah. Alahai sayangnya.
Kalau lah dibangunkan menjadi tempat reakreasi, ada jogging track bagai kan bagus. Paling-paling tidak pun usaha pemuliharaan daripada terbiar begitu je. Tapi tengok ramai aje yang memancing. Dengar-dengar sampai bermalam pun ada, aktiviti memancing punya pasal. Tapi itu lah, sayang pulak.
Itu nasib baik view rumah boleh nampak permandangan hijau begini. Tak adalah bangunan tinggi-tinggi mencakar langit. Tak pun konkrit semata. Tapi kan pemandangan hijau begini kalau dicemari dengan sampah sarap segala bagai pun menyakitkan mata juga. Persoalannya macam mana nak kekalkan kehijauan alam sekitar kalau masing-masing kurang kesedaran?
Nota untuk diri sendiri. Mungkin ini benda pertama yang boleh dipraktikkan?
Paling mudah, jangan buang sampah merata-rata. Buang di tempat yang disediakan. Tapi ramai yang berdegil. Entah apa puncanya. Contoh dalam kereta, sampah letak lah dalam kereta dulu. Nampak tong sampah baru kutip dan buang. Jangan simply campak ke luar tingkap. Kalau tidak pun sediakan lah tong sampah kecik dalam kereta. Atau paling-paling beg plastik pun lah. Mudah.
Itu baru sampah. Ada banyak lagi cara. Kalau membuang sampah ditempat yang betul itu sangat sukar, paling tidak boleh start dengan salah satu cara di bawah. Biar bumi dan alam sekitar terus hijau dan kekal sihat!
Kesian bumi tau. Macam manusia juga lah, makin lama makin tua. Mungkin usaha kita yang sebesar zarah cuma tu membawa impak yang besar di masa akan datang. Siapa tahu kan.
p/s : Dah kenapa rasa macam mode serius sedang diaktifkan?
5 comments
assalamualaikum hai, pestaim datang sini. entry menarik. yg paling suka dlm banyak2 kucing kat entry sebelum tuh hihi
dikawasan akak banyak bukit bukau yang dah rata..sebab pengambilan tanah merah secara berleluasa :-((
sekali sekala serius apa salahnya.. dapat juga mengingatkan sesama kita.. gitu..
rugi tak dibangunkan, such a beautiful place.. i bet kalau jadi tempat rekreasi you'll be the first person yg p jogging kat sana kan.. hehe..
membaca, sambil mode serius switch on.
masing2 punya peranan dan tngungjwb utk mjaga alm sktr kan..
tpkbnykannya hnya sblh pihak je yg mjaga,pihak yg lain tuu..hmm