20/04/2011

Macaron dan Karnival Pengantin

Sebenarnya cerita ni dah basi tapi disebabkan excited sangat nak cerita pasal Jo si musang jongang sampai terlupa pulak pasal cerita yang satu ni. 

Sabtu yang lepas (one day before balik Tangkak), ada Karnival Pengantin di PKNS Bangi ni. Kelab Tarian Sanggar Citra dapat undangan untuk buat persembahan. Even dah retired dari dunia menari-nari ni kan, datang jugak untuk support adik-adik Sanggar Citra. Plus jadi AJK Pengangkutan diorg (terima kasih En Barney sebab jadi personal driver si Chipmunk comel ni). Datang bawa diorg, tengok diorg perform dan bawa diorg balik kolej semula. Balik tu diorg sempat pulak photoshoot depan kolej eh. (Rindunya zaman dulu2, bersiap dan mekap-mekap before show, buat yang terbaik atas pentas dan habis tu, semua serang orang yang bawa kamera. Dah pakai cantik-cantik, haruslah ambik gambar banyak-banyak) 


Gambar dicuri dari kamera Paan, dan ditangkap oleh En. Barney


Eh, kejap!
Actually kan nak cerita benda lain, tercerita pulak sekali pasal Sanggar Citra. Sebenarnya kan, si Chipmunk comel yang perasan-je-lebih ni nak cerita pasal ni.......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 



Thanks to adik sayang Tengku Puteri Zety Zalaluddin yg memperkenalkan benda comel warna-warni ni. Kalau Zety tak story-story maka saya dengan ini masih tak tau yang benda ni wujud. Masa Karnival Pengantin hari tu, sementara nak tunggu show Sanggar Citra, jalan-jalan je tengok apa yang ada. Dan ternampak satu booth yang jual benda-benda comel macam cupcakes dan yang sewaktu dengannya. (Ni blog tuan punya booth tu, Che'pah Cute Cakes) Macaron ni kan, comel tapi manis. Nampak je keras, tapi sebenarnya lembut dan ada inti cream la kot, tak berapa nak sure. Ada macam-macam warna dan macam-macam perisa. Chipmunk dan En. Barney hari tu dapat perisa lemon dan keladi. Terlupa pulak nak ambik gambar, excited nak rasa macaron ni for the first time. Gambar ambik dari Pakcik Google je la.

19/04/2011

GaMe : DotA 2

Defense of the Ancient (DotA) adalah permainan yang memerlukan strategi dan team work yang sangat tinggi. Kalau korang jenis yang tak suke maen game yang perlukan team work nie, tak payah main. Senang citer. Hehe.. Game nie direka dan dibangunkan oleh syarikat Valve Corporation. Kalau sebut Valve, mesti ade yang tahu game lain macam Counter Strike kan?

Yang mengetuai permainan nie serta paling lama berkhidmat untuk game DotA nie dikenali sebagai "Icefrog". "Icefrog" nie jugak leader untuk development team kat Valve Corp. Sekarang nie, DotA 2 dah diumumkan akan keluar pada suke ke-4 tahun nie. Haha.. Macam dah lame jugak la nak tunggu game nie keluar. Poster game nie pun dah keluar dan dijual kat website Valve. Sape2 yang berminat, korang carilah kat website Valve tu.


iNfo DotA 2

Developer : Valve Corporation

Publisher : Valve Corporation

Distributor : Steam

Director : Erik Johnson

Designer : "Icefrog"

Engine : Source Engine

Platform(s) : Mac OS X, Windows

Release Date : Q4 2011

Genre : Action RTS

Mode(s) : Multiplayer






Poster Dota 2




Bloodseeker




Mophling




Traxex




Lina The Slayer


p/s : Haihh~~ Nak exam pon sempat lagi ber-blog kan? Huhu.. T_T

18/04/2011

Nama saya Johari, tapi boleh panggil saya Jongang

Baru balik exam dan terus taip entry yg tertangguh (sebenarnya semalam nak taip dah, tapi exam hari ni.. KIV dulu)

Semalam balik Tangkak sekejap, rumah family angkat masa Bakti Siswa tahun 2009 dulu. (2009 la kalau tak silap, lama dah) sebab ayah suruh balik makan durian. Mula-mula tak nak la, sebab hari ni ada exam. Dah la exam first, subjek major pulak. Tapi, bila fikir-fikir balik why not balik je. Tak dapat balik rumah family sendiri, atleast rumah family angkat pun jadi la.

Lebih kurang 2 jam je perjalanan dari Bangi ni, sampai-sampai rumah just sempat minum air. Ayah dah panggil makan durian. Oh ye, kitorang adik-beradik angkat ni ada la 7 orang tapi 2 orang lagi tak boleh ikut. En. Barney of course la ikut sekali (Dia tu nak tinggal??). Ayah buka durian memang banyak la. Tak kira pulak berapa biji. (Nak tau spesies-spesies durian, macam mana nak pilih durian, durian tanpa duri boleh la klik sini). Chipmunk yang tak makan durian ni terpaksa la makan jugak. Dah orang bagi, segan pulak nak tolak. Makan semalam tu pun dah kira banyak. Makan durian banyak-banyak, lepas tu rasa pening pulak. Dah memang jenis tak makan durian tapi dah ayah bagi, tak kan nak tolak. Nanti kecik pulak hati ayah kan?

Tapi yang penting, chipmunk jumpa kawan baru... Nama dia Johari @ Jongang, panggil Jo je.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mak tengah bagi Jo minum susu


chipmunk and friend, si musang


Nama saya Johari, panggil Jo


Jo ni baru 2 bulan.  Ayah cakap dulu dia jatuh dengan buah durian. Nasib baik tak mati. Comel kan. Nak tau siapa Jo ni sebenar, kat sini ada cerita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...