30/04/2012

Restoran Sultan Hadramawt


Dalam entry INI, ada satu entry tertangguh yang Chipmunk nak buat kan? Pasal makan-makan lah. Before tengok The Avengers hari jumaat lepas, En. Barney bawa Chipmunk g makan kat satu restoran ni. Tak pernah makan kat sini dan tak pernah tau pun restoran ni wujud. 

Chipmunk sebenarnya macam nak tak nak je buat review pasal restoran ni. Sebab tak tau nak komen macam mana. Apa-apapun nak tunjuk dulu kitorang makan kat restoran mana.


Restoran Sultan Hadramawt

Macam mana nak bagi direction eh? Agak terpencil sikit restoran ni. Area Sungai Ramal ni la. Kalau ikut traffic light belok ke kanan before simpang masuk McD dan jugak PKNS Bangi ni, belok kanan and then lurus je. Rasanya lah. Chipmunk pun tak pernah masuk lagi area tu. Tu first time. Restoran Sultan Hadramawt ni ada di sebelah kiri. 

Pening la tu nak makan apa.

Tak reti sebenarnya nak komen sebab terus terang bukan taste Chipmunk sebenarnya. Based on menu Chipmunk tengok specialty restoran ni menjurus kepada hidangan daging kambing. Chipmunk mana makan daging kambing ni. Tengok menu pun selak mukasurat demi mukasurat semua kebanyakan tulis lamb blablabla. Dah la menu dia macam tak mesra pelanggan je. En. Barney cakap dah macam buku teks/buku rujukan dah. 
 
 Yang ni En. Barney punya.
 
Last-last Chipmunk ambik Fish and Chips jugak kan. En. Barney pulak ambik Chicken Mandy. Tapi part air tu yang Chipmunk dan En. Barney suka. Honeydew dan Carrot. Macam pure buah je tak campur apa-apa tapi tak tau la kan. Tapi macam mahal la RM6 segelas. Kalau kat Austin Steak House pun gelas EXTRA LARGE baru around RM4. Nak komen pasal harga pun Chipmunk tak berapa nak pandai sangat lah. Bagi Chipmunk agak mahal jugak kot. Maybe sebab bukan taste Chipmunk kot yang macam ni. Tapi yang En. Barney ambik tu rasa agak sedap jugak. Fish and Chips yang Chipmunk ambik tu pun En. Barney habiskan. Tak berkenan la, ikan  macam tak berapa nak kering. Tolak tepi habiskan air je. 

Ada siapa-siapa pernah pergi restoran ni tak? Nak jugak tau pendapat orang lain. 

29/04/2012

...Love Rain...


Kalau rujuk entry INI dan INI, mesti tau yang Chipmunk ni layan jugak drama-drama Korea dan jugak reality show diorang ni. Lagu-lagu semua Chipmunk tak berapa. Tau pun selalu dari adik-adik Chipmunk yang berangan lahir jadi orang Korea tu.

Thanks to Felix Felixis sebab secara tidak langsung tolong menghasut fikiran yang suci lagi murni ni untuk mendownload satu lagi drama Korea terbaru.


Love story 1970s, Kim Yoon Hee (Yoona) dan Seo In Ha (Jang Geun Suk)

Sekarang Chipmunk baru download sampai episod 10 sebab memang baru sampai episod 10 pun sekarang dan Chipmunk dah tengok sampai episod 5.

Yang ni zaman sekarang, Jung Ha Na (Yoona) dan Seo Joon (Jang Geun Suk)

Kalau ada siapa-siapa nak download drama Love Rain ni boleh klik SINI. Sekarang ni adik Chipmunk cuba menghasut kakak beliau yang innocent ni untuk tengok  drama Fashion King pulak. Tau la ada Yuri kan.

p/s: buat entry ringkas je hari ni, sepatutnya nak review pasal makan-makan. Simpan dulu la jawabnya.


28/04/2012

Review : The Avengers

Semalam aku dan chipmunk menyambut anniversary yang ke-2. Alhamdulillah, moga berkekalan (weeeeeee!). Jadi rancangan kitorang adalah tengok movie The Avengers nie. Sebab cerita nie pun kitorang dah lama tunggu. Akhirnya hajat kesampaian juga. ^^

Kitorang pergi Alamanda dalam pukul 9 lebih camtu la. Mulanya tak ramai orang pun, bila dah dekat showtime punya la ramai. The Avengers nie GSC adakan 3 tayangan serentak, kalau tak silap. Meh tengok poster dia dulu (aku pun tak tahu mana yang official).

 

Filem nie mengisahkan Loki iaitu abang kepada Thor mahu memerintah bumi. Jadi disebabkan Loki ini adalah dikalangan dewa dan bukan manusia biasa yang mampu mengalahkannya, Nick Fury memanggil beberapa orang yang mempunyai kemampuan luar biasa untuk menentang Loki.

Tony Stark (Iron Man), Steve Rogers (Captain America), Bruce Banner (The Hulk), Natasha Ramanoff (Black Widow) dan Clint Barton (Hawk Eye) adalah orang yang dipanggil oleh Nick Fury. Mereka tahu sebab apa mereka dipanggil, tetapi Nick Fury nie ada rancangan yang lain. Apakah motif sebenar Nick Fury nie? Haaaa... kena lah pergi tengok sendiri (takleh nak cerita panjang2, nanti tak best!).



Review aku tentang filem nie adalah expectation aku, cerita ini akan menjadi suatu filem yang serius memanjang. Tetapi, dialog diorang sangat lah lawak. Tak kira lah masa tengah meeting ke, lawan ke. Memang satu panggung tergelak. Watak2 dalam cerita nie memang ada kelebihan masing2 dan boleh support team.

Watak yang paling versatile bagi aku adalah Hawk Eye. Kelebihan dia memanah sangat tepat dan teknologi panah dia tu bukan yang biasa2 nie. Kapal terbang pun boleh meletup tahu tak! Aku pun tak terfikir. Cara diorang semua nie berlawan pun ada kelainan dan konflik2 yang terjadi pun boleh dikatakan ada kelainan sikit lah. Secara keseluruhan cerita nie memang best dan aku rasa tak rugi pun tengok. Rating filem nie 8.5 tu memang patut pun. Peace! ^^

 
 Robert Downey Jr. - Tony Stark (Iron Man)

Scarlett Johanson -  Natasha Ramanoff (Black Widow)

 Jeremy Renner - Clint Barton (Hawk Eye)



Samuel L. Jackson - Nick Fury


Mark Ruffalo - Bruce Banner (The Hulk)

Chris Evans - Steve Rogers (Captain America)

Sumber : IMDb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...