09/08/2014

C1NT4 TOP SECRET - Laila Kamilia

Dah lama tak story-story pasal novel kan? Especially novel melayu. Sekarang bahan bacaan lebih kepada English novel. Sebab rasa macam novel melayu sekarang ni agak kurang menyengat. Balik-balik cerita lebih kurang. Kurang variasi. Bosan lah. Novel C1NT4 TOP SECRET ni sebenarnya I beli masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada Mei lepas sebab baca sinopsisnya macam menarik. Tapi simpan lama-lama siap cantik berbalut plastik lagi, before raya tempoh hari baru start baca. 


C1NT4 TOP SECRET
Laila Kamilia

Sinopsis : C1NT4 TOP SECRET

Pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. Misi mereka mahu menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak. 

Tugas mereka melindungi keselamatan gadis kampung yang bernama Maryam Eisya, anak Mr. X. Namun antara misi dan perasaan, hati mereka tewas dek keayuan dan kelembutan gadis itu. Perasaan mereka tergugah walaupun mereka cuba bersikap profesional.

Jade dan Zed bersaing mahu menawan hati Eisya. Masing-masing tidak mahu beralah. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan semakin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan mencari cinta sejati dan pada masa yang sama mahu menyelesaikan misi mereka. 

Eisya dalam dilema untuk menerima 'tawaran cinta' kedua-dua jejaka itu. Padanya, mereka sama-sama hebat! Tapi hanya seorang yang harus dipilih. Siapa dan kategori apa? 

Pada mulanya I grab novel ni disebabkan oleh penulisnya. Jatuh hati dengan penulisan novelis Laila Kamilia lepas baca novel beliau yang berjudul Cinta Bunga Tulip. Then, bila I baca sinopsis C1NT4 TOP SECRET ni apa lagi memang confirm lah Iolls beli. Masuk dalam bakul dan bersedia ke kaunter bayaran. 

Bagi I novel ni sangat best! Sampai terbawa-bawa dalam mimpi kot. Misi mencari mikrofilem di bumi Korea Selatan. Dah jadi macam habit pulak, novel best je mesti sampai termimpi-mimpi. Anyway, I suka priority yang diketengahkan dalam novel ni. Iaitu misi mencari mikrofilem top secret dan juga memastikan keselamatan Eisya terjamin. Bab cintan-cintun jadi side dish je dalam novel ni. Itu yang best. Sebab Iolls ni kureng sikit novel jiwang-jiwang. Memang akan skip pages je tak nak baca part jiwang. 

Novel ni agak lain dari yang lain. Rasa macam dalam cerita James Bond pulak ada perisik bagai ni kan. Tapi itu yang menariknya. Novel lain mana ada spy, novel C1NT4 TOP SECRET je. Dah nama pun top secret kan? Jadi kalau uolls yang macam I ni, kurang sikit baca novel jiwang karat dan prefer novel yang tak menitikberatkan love story semata-mata boleh lah try baca C1NT4 TOP SECRET karya Laila Kamilia. Tapi kalau uolls mengharapkan novel ni novel tangkap leleh yang boleh nangis-nangis baca memang tak lah. Bagi I, novel ni novel santai yang uolls boleh baca untuk menghabiskan weekend uolls. 

p/s : Punya lah best sampaikan I baca dalam masa semalam je novel ni. 

08/08/2014

Kisah Raya 2014 yang belum basi

Sebelum cerita raya aidilfitri ini basi, ada baiknya Iolls cepat-cepat taip dan publish. Orang lain raya pertama lagi dah publish entri raya, Iolls tunggu berminggu baru nak story-story. Maaf lah guna sampan dayung sendiri je, tak mampu nak beli speed boat nak lumba siapa publish entri raya paling cepat. Eh eh, dah mula merepek nampak gayanya. 

Tak tau kenapa raya tahun ini rasa lebih hambar dari raya tahun lepas. Feel raya tu rasa macam kureng sikit. Mungkin sebab tak sempat nak tolong mak buat biskut kek raya agaknya? Shopping raya pun kurang. Bak kata housemate Iolls, mungkin ini lah petanda yang nyata bahawa umur anda itu semakin meningkat. Logik jugak kan? Raya tahun lepas rasa meriah sikit tapi hampeh Iolls pulak sakit gigi. Hanya mampu tengok orang lain melantak dengan jayanya. Hanya mampu snap gambar untuk tatapan mata sendiri. Hanya mampu memuaskan hati dengan aroma-aroma masakan yang menusuk di kalbu. 

Punya lah tak ada feel raya tahun ini sampaikan ini adalah raya paling malas nak snap gambar. Iolls ni dah lah bukan jenis yang sakan berselfie. Tak terkejut kalau tak ada gambar sendiri. Tapi kalau ada geng yang rajin snap-snap tu, I join sekaki je. Gambar-gambar raya tahun ini semuanya ehsan daripada adik I. Kat phone sendiri, gambar raya seketul dua cuma. 

Tahun ini dengan warna temanya adalah Ungu


Kalau perempuan mesti ada terselit gambar kasut satu dua. Kenapa mesti kasut eh?

Raya je tiga beradik ni elok perangai nak bergambar sama-sama.

Takkan anak saja ye, mak bapak pun nak snap-snap jugak lah. 

Merpati dua sejoli sayang pulak tak sedondon merah putih tu datuk dan nenek Iolls. Leka bersembang kisah 30-40 tahun lepas. 

Serius tak ingat ini raya ke berapa entah. Raya ketiga kot. 

Teaser katanya.

Hari raya keenam pulak, weolls satu family pergi ke kebun nenek untuk menyelesaikan satu misi yang sukar. Terpaksa berperang dengan makhluk-makhluk hitam yang berterbangan bebas. Ha, yang ini Iolls story-story kemudian. Agak-agaknya lah misi apa lah tu ye? Siapa boleh teka?

p/s :Jumaat sudah lah. Dan esok weekend. Salam Jumaat semua!

07/08/2014

MyLipStuff Lip Balm : Healing

Berjam-jam duduk dalam office yang aircond nya sejuk sampai tahap rasa macam duduk dalam igloo menyebabkan bibir rasa cepat kering. Lagi-lagi untuk manusia yang kurang minum air masak macam Iolls ni. Perempuan ni kalau bibir kering pun kadang-kadang jadi masalah besar. Betul tak? Sebab tu lah dalam hand bag wajib ada beg make up yang comel-comel muat untuk Compact Powder, Lipstick dan apa lagi yang sewaktu dengannya. Kadang-kadang hand bag itu lah beg make up sebab semua padat dalam satu beg besar. Mudah! Lepas tu jenuh bila nak cari barang kecik-kecik. Hand bag dah jadi macam poket doraemon pulak.

Dan untuk mengatasi masalah bibir kering ni, lip balm adalah satu kemestian. Kalau macam I, biarpun ada lipstick tetap akan apply lip balm dulu before sapu lipstick. Untuk menambahkan lagi elemen moisturizing gitu. Kalau apply lipstick terus nanti sapuan lipstick nampak tak cantik dan tak rata pulak. Kalau bibir pecah lagi nampak ketara. Sapu lip gloss pulak warna lipstick tu dah tak ori. Warna dah ada tokok tambah dengan warna lip gloss biarpun tak adalah signifikan mana pun warnanya kan.

So bila cakap pasal lip balm, I memang pengguna lip balm MyLipStuff. Kenapa suka guna lip balm MyLipStuff? First, lip balm ini adalah homemade dan alcohol-free. Yang kedua pulak kerana ianya 100% Vegan. Senang cerita macam vegetarian jugak lah tapi dalam konteks ini ia tidak mengandungi bahan-bahan yang berasaskan haiwan. Lip balm MyLipStuff jugak tidak mengandungi bahan pengawet mahupun pewarna tiruan. 


Lip Balm dari MyLipStuff ni ada terlampau banyak sangat perisa. Kadang-kadang boleh rambang mata nak pilih flavour apa. Iolls pernah story-story tentang flavour Mint Chip Cheesecake (rujuk entri INI) dan juga Zombie Brains (rujuk entri INI). Kali ini pula, I nak try perisa lain. Dan perisa yang I pilih adalah Healing. 


Kalau baca dari blog MyLipStuff Malaysia berkenaaan dengan perisa ini adalah seperti berikut;

Description : Just like our aromatherapy bath salts; Lime, Eucalyptus adn Tea Tree to help cleanse and purify the body. (Sumber : INI)
Kalau tanya Iolls tentang flavour ini actually I pun tak pandai nak jawab secara tepatnya, tapi jawapan paling senang dan ringkas Iolls bagi ialah rasa lip balm ni sebiji macam Ice Cream Tropicana. Kalau apply lip balm Healing ni kat bibir, kesegaran yang dirasai tu seolah-olah macam makan ice cream tropicana masa tengah-tengah panas terik je. Bau pun wangi dan menyegarkan. Kalau time puasa pakai lip balm ni memang bahaya sikit. Rasa macam nak jilat-jilat bibir sambil imagine ice cream tropicana.

Sumber : Google

Actually I beli dua lip balm MyLipStuff tempoh hari. Disebabkan shelf life lip balm ni tak berapa nak panjang sangat (yela, no preservatives pulak kan), Iolls guna satu je dulu. Yang satu lagi simpan elok-elok, dah habis satu baru try yang satu lagi. So kalau uolls pun nak juga try guna lip balm ni boleh lah ke Facebook MyLipStuff Malaysia ataupun blog MyLipStuff Malaysia. 

Kalau uolls berangan nak cari lip balm ini di Watsons mahupun Guardian, hentikan lah angan-angan itu. Memang tak jumpa. Satu-satunya tempat uolls boleh beli lip balm MyLipStuff hanya menerusi MyLipStuff Malaysia seperti yang tertera di atas. Kalau tak silap, diorang baru je restock so mungkin tak banyak flavours yang dah sold out. Still banyak choice lagi. Memang banyak sangat choice. Rambang mata pilih flavour semata-mata. 

p/s : Kalau ada lagi yang tanya soalan merepek dah sedia tertaip dalam entri tu maksudnya memang mengundang betul lah. Hiks. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...