29/07/2012

Menu Berbuka : Nasi Ayam Goreng


Seperti yang dijanjikan, hari ni nak kongsi satu resipi simple untuk berbuka puasa. Sebab family Chipmunk tak ramai, ada 5 orang je jadi senang la sikit kan? Dah tu kerja pun sikit je yang Chipmunk dan mak kena buat untuk prepare juadah berbuka tu. Dan resipi yang Chipmunk nak kongsi ni adalah Nasi Ayam Goreng. Kalau nak prepare something yang simple untuk berbuka tu boleh lah try resipi ni.

Bahan-bahan
1 kg beras    - dibersihkan
1 ekor ayam    - dibersihkan
1 biji timun
1 biji tomato
sedikit daun salad
2 liter air rebusan ayam
3 helai daun pandan
minyak masak dan garam

Bahan-bahan (A) - dikisar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sm halia
2 sm kunyit

Bahan-bahan (B)
4 sm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan (C)
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan kicap masin
2 sudu makan madu

Cara membuatnya :
1. Rebus ayam dalam air mendidih selama 20 minit. Toskan. Potong pada 4 bahagian.
2. Bahan A dibahagi tiga. SAtu bahagian dicampur dengan bahan C untuk dijadikan sos. Ketepikan
3. Bahagian kedua digaulkan pada ayam dan perapkan selama satu jam. Goreng hingga garing.
4. Panaskan 3 sudu makan minyak dalam periuk. Tumis bahan (B) dan lebihan bahan (A).
5. Masukkan air rebusan bawang, beras, daun pandan dan garam.
6. Masak hingga nasi kering. Kecilkan api dan tutup periuk.

Dah siap tu, hidang je la. Tapi jangan la masuk mulut terus pulak before masuk waktu berbuka lagi.


Selalu Chipmunk berbuka macam ni lah. Nasi sikit. Ada side dish sikit, macam rojak sikit, atau murtabak dua tiga potong ataupun kuih-muih yang lain. Air pulak ada la kot dalam 2 gelas. Hehe. Oh ya, untuk resipi ni Chipmunk tak letak tomato atau daun salad sebab tak akan ada yang nak makan, membazir je nanti.

sumber : Kompilasi Hidangan Nasi

p/s: untuk hari ni, Chipmunk dan mak try buat nasi bukhari. Sebab tengok dalam buku resipi macam simple je. Ingat nak makan dengan kari tapi lidah ni terasa nak makan dengan ayam masak kurma pulak. Nak resipi tak? =)

*Anda dan anda yang menawan lagi baik hati, boleh tak tolong Chipmunk klik INI, INI dan INI? Terima kasih ye. =)*

18 comments

7/29/2012 11:26:00 am

sedapnya. nak cuba la. tq share resepi. tp err nasi ayam goreng dengan nasi goreng ayam sama tak?

7/29/2012 01:03:00 pm

wah sedapnya..akak xreti masak nasi ayam... nak try la resepi ni nanti.hehe

Anonymous
7/29/2012 02:38:00 pm

Nyaman ^.^ hee

7/29/2012 03:31:00 pm

waahh . teya suka sangat nasi ayam !

nanty kalao rajin yg amat , teya cuba . terimakasih atas resepi . heheh :D

7/29/2012 08:11:00 pm

Nice info..salam ukhuwah.

7/29/2012 10:30:00 pm

nyum3...hihi

7/30/2012 12:15:00 am

sedapnye...tgok resepi macam snang.nk try la nnti:)

7/30/2012 01:23:00 am

nampak cam sedap tu..sis nak try la nanti :)

7/30/2012 10:19:00 pm

@Chic Na

nasi ayam goreng tu ayam yg digoreng.. nasi pulak bukan nasi goreng.. kalau nasi goreng ayam ni.. nasi tu nasi goreng.. ayam tu pulak depends la kt si tukang masak nk masak cmne.. hehe

7/30/2012 10:20:00 pm

@azizah :)

ayam tu goreng je kak.. hehe

7/30/2012 10:20:00 pm

@Sally Yatiey

nang punnnnn.. hehe

7/30/2012 10:22:00 pm

@putryteya

sila2.. hehe.. wc.. =)

7/30/2012 10:24:00 pm

@ICAH BANJARMASIN

=)

7/30/2012 10:26:00 pm

@tirahzairi

hehe.. =)

7/30/2012 10:27:00 pm

@Pecinta pink^^

sila2.. hehe

7/30/2012 10:28:00 pm

@puteri kasih

boleh2.. mmg sedap pun sis.. =)

8/03/2012 03:50:00 pm

sedapnya, nasi ayam goreng :)
nak cari lah untuk berbuka nanti :)

8/03/2012 09:57:00 pm

@ros_reeza

buat je la.. dah ade resipi.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...