08/07/2012

Jom Main Masak-masak : Kek Lapis Batik Sutera Part II


Seperti yang Chipmunk janjikan semalam (dalam entri INI), hari ni Chipmunk nak bagi resipi Kek Batik Lapis Sutera pulak. Malas nak bebel panjang-panjang, kita teruskan je la ye dengan resipinya. 

Kek Lapis Batik Sutera

Bahan-bahan
450 gram mentega
250 gram gula halus
10 biji telur
170 gram seri kaya
397 gram susu pekat manis
100 gram Horlicks
1 camca teh esen vanilla
200 gram tepung gandum

Cara menyediakan :-
1. Pukul mentega dengan gula hingga putih.
2. Sambil terus memukul, masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
3. Masukkan seri kaya, susu, Horlicks dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  • 1 bahagian dibahagi kepada 2, setiap satunya diwarnakan merah dan hijau. Masukkan dalam botol sos.
  • 1 bahagian dibahagi kepada 2, untuk lapisan bawah dan atas. Biarkan dalam warna asal.
6. Ambil adunan untuk lapisan bawah, tuang selapis nipis ke dalam acuan, ratakan. Bakar dengan api gril dalam ketuhar bersuhu 250 darjah celsius dalam masa 3 minit.
7. Teruskan melapis sebagaimana dalam Langkah 6 sehinagga menjadi 5 lapisan
8. Picit adunan merah dan hijau secara berselang-seli dan bakar. Teruskan proses melapis sehingga adunan habis.

Langkah 8

9. Buat lapisan atas, sebagaimana proses dalam Langkah 6.
10. Sekiranya kek kelihatan basah, bakar di dalm ketuhar bersuhu 150 darjah celsius selama 5 minit.

Klik SINI untuk Kek Lapis Batik Sutera Part I

sumber : Kek Lapis Sarawak (Jilid 1) oleh Rabiah Amit 
 

16 comments

7/08/2012 12:19:00 pm

Thx for Sharing...
Ada masa boleh buat...^^

7/08/2012 03:05:00 pm

hehe, ok dan saya akan buat. serius sekarang sedang menggila nak buat kek. :)

7/08/2012 06:06:00 pm

sedapnya... ada resepi.. ada masa leh try ni...

7/08/2012 07:42:00 pm

byknye step nak buat kek lapis ni. patutla sedap.

7/08/2012 10:28:00 pm

hepp manarik2...kena rajin bru bley try ni..hikhik;p

7/09/2012 01:03:00 am

membuat kek ni perlukan kesabaran kan..hehe

7/09/2012 01:31:00 pm

sedapnya kek lapis.. teringat lapis cheese :D

7/09/2012 11:08:00 pm

@LiLy @ MumMyQiStInA

hehe.. same2.. =)

7/09/2012 11:09:00 pm

@Asyiqin Haulisah

=D =D =D

7/09/2012 11:10:00 pm

@azizah :)

try jgn xtry kak.. hehe

7/09/2012 11:10:00 pm

@Chic Na

ade yg lg complicated dr yg ni.. lg susah.. huhu

7/09/2012 11:11:00 pm

@miss fluffy

bukan kena rajin je.. masa yg free jugak.. sbab buat kek lapis ni lame.. huhu

7/09/2012 11:13:00 pm

@puteri kasih

bukan tu je sis.. kena btol2 free jugak baru boleh buat.. huhu

7/09/2012 11:13:00 pm

@~~oOpEt~~

xberapa minat yg cheese ni.. hehe

8/12/2012 10:06:00 pm

yea..ade kongsi resepi..hehe..thanks.
nti yaya nk cube la.. lalalalala ^o^

8/13/2012 12:28:00 pm

@Cik Yaya

cube jgn tak cube.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...