10/06/2012

Shopping, Puasa dan Raya


Semalam, tengok entry Cik Sally yang INI, buat Chipmunk rasa tak sabar pulak nak shopping raya. Amboi, puasa pun tak lagi cik kak oi. Disebabkan Chipmunk pun tak lama lagi nak balik Miri dan En. Barney pun tengah final exam, mungkin minggu depan nak start memborong nak bawa balik Miri. Kena buat checklist ni apa yang nak dibeli. Nanti beli ikut nafsu, membazir pulak. Chipmunk ni bukan jenis yang kuat shopping pun sebenarnya. Beli bila perlu. Dan dah jadi kebiasaan Chipmunk buat checklist ni. Nanti tak la lupa nak beli benda penting.

Ini kami masa muda-muda dulu. Susah nak berkumpul macam ni dah sekarang.

Tak sabar pulak nak tunggu kedatangan ramadhan. Dah nak dekat dah pun kan? Ha, dah habis ganti puasa belum? Chipmunk hari tu lepas raya terus ganti. Nanti kalau tangguh-tangguh, bila nak dekat bulan puasa nanti mula lah kelam kabut nak mengganti puasa. Dah tu, tak ingat pulak nak kena ganti berapa hari. Tapi sekarang bila dah siap ganti semua, tak sabar pulak nak tunggu ramadhan yang seterusnya. Bagi siapa-siapa yang tak ganti lagi puasa tu, apa tunggu lagi? 

p/s: sebenarnya idea kering kontang. Ni apa lah yang Chipmunk merapu merepek ni.

09/06/2012

Kucing Spesies Apa Yang Warna-Warni Ni?


Ni kisah malam tadi, tengah syok membaca tweet-tweet di timeline yang makin malam makin laju tu Chipmunk terpandang tweet Cik Nisa Kay pasal something yang comel-comel. Bila sekadar baca je tweet beliau tu memang la Chipmunk tak paham apa yang beliau maksudkan. Jadi apa lagi, Chipmunk pun google la.

Pernah dengar pasal Nyan Cat? Chipmunk pun first time dengar pasal ni. Yang Chipmunk tau satu benda comel berbentuk kucing yang colourful.


Lagu tu pun memang dah comel sangat-sangat! Ada banyak lagi video-video Nyan Cat. Search je kat youtube, tak pun boleh tengok kat sini, nyan-cat.com. Selain video, games pun ada jugak. Chipmunk yang memang dah sedia kebosanan ni memang macam orang mengantuk disorongkan bantal la.

Snake Nyan Cat

Nyan Cat Sushi Fighter

Eat and Grow Nyan Cat Fever Game

Boleh pulak Chipmunk terleka dengan games Nyan Cat ni. Ha, kalau nak try main game kat atas tu boleh la ke website nyan-cat.com.

p/s: Terima kasih Cik Nisa Kay, sebab tweet anda saya kenal benda comel ni. Hehe

08/06/2012

Cap Jari Pun Boleh!


Bila kerja dah siap ni, cuma nak settle kan untuk yang INI memang kerja online je memanjangkan sementara menunggu episod baru Drama Korea yang INI keluar. Nak dijadikan cerita Chipmunk terjumpa lagi satu hasil seni menarik yang Chipmunk nak kongsikan dengan semua. 

Kalau dulu Chipmunk jumpa macam mana orang boleh hasilkan something melalui garam (klik SINI), ataupun bawang (klik SINI) mahupun bonsai (klik SINI) dan tak kurang juga yang melukis dengan menggunakan pasir pantai (klik SINI). Kali ini yang menghasilkan seni dengan menggunakan cap jari sahaja. CAP JARI YE! Gambar-gambar kat bawah ni buktinya.








Kenapa lah mereka-mereka ini tersangatlah kreatif ye? Nak jugak......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...