Tergerak nak buat entri ni disebabkan oleh komen Blogger Syuk Shusuke dalam entri INI. Siapa nak baca entri yang menggeletek perut boleh terjah blog Syuk ye. Dalam entri tersebut kan ada ditanya apa beza katak dan kodok? I ni sebenarnya bukan jenis yang penggeli. Bagi lah cicak, katak atau kumbang. Nak bagi ular pun boleh, ular sawa sekor ya. Boleh I bela. Terima kasih. Hiks.
FYI, Iolls memang suka dengan katak. Orang lain mungkin geli, tapi I rasa katak itu sangat comel! Sebab itu lah dulu menangis-nangis minta En. Barney teman pergi tengok Pameran Katak Dan Kodok.
Kalau ikutkan taksonomi, jawapan tersebut adalah salah ye murid-murid. Iolls malas nak terang apa itu pengkelasan taksonomi sebab benda ni ada diajar dalam matapelajaran Sains. Katak dan kodok ada di antaranya daripada Family yang berbeza. Family berbeza Species haruslah berbeza. Persamaannya sehingga peringkat Order sahaja yang kemudian dikelaskan mengikut Family masing-masing sehinggalah pengkelasan yang paling spesifik sekali, iaitu Species.
Iolls dah puas bergelumang dengan benda alah ni time degree dulu. Masa praktikal tiap-tiap hari mengadap software nak buat phylogenetic tree untuk cendawan semata-mata. Muntah.
Berbalik semula ke cerita asal. Tak puas hati dengan perbezaan katak dan kodok maka I pun buat lah research sikit. Sekadar baca-baca je, kalau ada yang salah tu tolong betulkan ye.
Katak Beracun Biru
Senang cerita semuanya yang dibawah Order Anura adalah katak manakala member bagi Family Bufonidae adalah kodok. Actually term katak ni lebih merujuk kepada species akuatik atau separa akuatik yang mempunyai kulit yang licin dan lembap. Kodok pulak species daratan dengan kulit kering dan menggerutu. Tapi bukan lah semua, contoh macam Kodok Perut Berapi (Boleh tengok gambar dalam entri INI), merupakan ahli di bawah Family Bombinatoridae yang mempunyai kulit yang menggerutu manakala Atelopus zeteki dari Family Bufonidae yang berkulit licin.
Bufo marinus
Senang cerita, kodok adalah katak tapi katak tak semestinya kodok. Terlampau banyak species katak yang ada, dan ada lagi species baru yang masih lagi belum ditemui. Tak payah jauh-jauh, di Kepulauan Borneo sahaja ada banyak lagi species katak yang belum dikenalpasti. Lepas ni Iolls nak tilik-tilik lah katak, kot-kot jumpa species baru. Boleh lah letak nama Iolls pulak pada species katak tu. Berangan.
p/s : Agak lama jugak masa yang diperlukan untuk taip entri ni. Takut jugak kalau susah untuk difahami.
24 comments
cerita katak & kodok..:)
akak memang geli dengan katak ni.. ada juga katak beracun kan aisya?
baru tau katak & kodok bukan satu famili. Apa2 pon.. yg kulit licin camnih yg sy x brapa minat. Paling takut.... ular. Adoi.. jgn la terserempak. Mak citer dulu, abg sy acah je dgn ular getah. Tu pon bleh buat sy demam.
ooo..jadi maknanya, kodok merupakan ahli keluarga katak..Katak adalah ibunya
tak kiralah katak ke, kodok ke..semuanya sis geli...hahaha
katak pun jadi entry..hihi :)
siap penerangan panjang lebar ni aa.. hihi
Semestinya x sama sebab kodok enak dicicah sos cili manakala katak tak pernah lak cicah dengan sos.
salam..
suke benau cik aisya kite ni ngn katak ye..
kalau teman ler...eiii.. >,<
ohh geli gan katak
hahaha , sekali dia teliti habis .
@Normi Nieza
haha. yg pasti bukan cerita fairy tale.. hehe
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
ada.. especially katak yg warnanya striking ni.. huhu
@Seri Selaseh
ular sawa okay lagi.. kalau ular yg berbisa sy pun lari.. hehe
@Faizal Mohamad Twon Tawi
kalau bahasa pasar boleh lah mcm tu.. hehe
@puteri kasih
hahaha!
@Sally Samsaiman
nanti kalau buat entri Yong Hwa Sally merajuk pulak. :P
@Norhasniza Khalid
utk tambah pengetahuan.. takut ada yg salah paham.. hehe
@Tedi
er. Tedi try lah ye.
@Cik Yaya
haha.. pasni hadiah kan katak sekor masa bday.. haha
@azizah :)
hahaha.. musuh ketat kak jijah ye ?
:P
@syuk shusuke
teliti itu perlu.. lagipun menyampaikan apa yg telah dipelajari. hehe
owhhh 1 fakta yg menarik =) bru thu..tp bntuk mereka sma je, xsgka plak bukan 1family..yg badan mggerutu tu sllu je tgok..
@Fais-SKA
tak boleh nak kelaskan tengok bentuk semata2.. hehe.. tengok jugak ciri2 lain.. :)