Diet.
Lain orang, haruslah lain caranya kan. Macam Chipmunk, Chipmunk kurangkan pengambilan nasi. Mesti pernah dengar "tak nak makan nasi sebab nak kurus". Jadi, Chipmunk hadkan pengambilan nasi seminggu sekali. Berkuatkuasa seminggu lepas raya hari tu. Nasib baik time raya tak melantak gara-gara kesakitan gigi bongsu tumbuh. Nak cut pengambilan nasi terus pun boleh jugak sebenarnya tapi nasi tu dah jadi makanan ruji bagi kita, jadi boleh ke tinggal macam tu je?
Tapi,
Chipmunk gantikan nasi dengan roti. Salah satu sumber karbohidrat juga. Tapi dengan kuantiti yang sikit lah. Katakan lah sepinggan nasi putih tu anggaran dalam 250-300 kcal, roti tu pulak 140 kcal untuk 2 slice. Jadi dah kurangkan pengambilan kalori kat situ kan? Dulu pernah kena kira pengambilan kalori untuk seminggu, assignment untuk satu subjek elektif ni. Sekarang ni kira secara kasar je.
Berkesan atau tak?
So far berkesan. Orang cakap I ni badan kecik je, tapi sendiri rasa diri ni chubby. Bukan chubby yang montel tapi chubby yang comel. Perasan! Sekarang ni rasa macam pipi dah tak sebulat dulu, peha pun rasa makin mengecik dan girlfriends I pun perasan bahagian lengan Iolls pun dah makin kecik. Last timbang hari tu kurang dalam sekilo lebih. Berat selalunya dalam 46-47 kg. Target dalam 44 kg. Sekarang ni rasa macam dah okay, cuma perlu untuk maintain lah.
Terima kasih lah adik, snap gambar candid kakakmu tengah kerut dahi
Exercise?
Main kejar-kejar dengan kucing nakal dua ekor setiap hari penat tahu? Itu belum lagi tambah dengan perangai Abang E'el yang suka jatuhkan barang dari almari, kabinet tv ataupun meja. Harus jadi goalkeeper yang hebat untuk tangkap bebola kuning itu sebelum dia melompat naik. Kat rumah kami memang tak boleh letak perhiasan kaca, semalam pun tak mampu bertahan.
Mak masak sedap-sedap hari ni. Ada jamuan di sekolah katanya. Irresistible sungguh.
Untuk elakkan diri dari makan banyak-banyak. Ambik pinggan yang sekecik-kecik pinggan yang ada di rumah. Jadi bila nak tambah nasi lagi, automatik rasa bersalah pada diri sendiri sebab makan banyak-banyak.
Bagi Chipmunk, bila dah jarang-jarang makan nasi ni kita ambik lah sikit mana pun nasi tetap rasa tak berselera. Macam nasi dalam pinggan kat atas tu bukan habis pun. Makan 5-6 suap dah rasa kenyang. Lagi satu sebab Chipmunk biasakan diri untuk minum teh hijau. Bagi orang yang nak berdiet, pilih lah teh hijau. Chipmunk ada explain dalam entri INI. Selain tu, elakkan minum minuman yang manis, bergas atau berais. Amalkan minum air suam.
Diet tak makan nasi ni sebenarnya bergantung kat orang jugak. Ada yang berkesan, ada yang tak. Macam ada sorang member dulu, tak makan nasi selama 6-7 bulan, dapat kurangkan berat badan dalam 7-8 kg kalau tak silap. Tapi bila dah raya, usaha berbulan-bulan tu sia-sia je. Kalau taknak tinggal nasi pun, ikut saranan Kevin Zahri, amalkan pengambilan nasi lebih kurang segenggam jadi kalau nak kurangkan berat badan makan lah nasi kurang daripada segenggam tu. Tapi kalau kurang nasi tapi makan makanan lain macam singa lapar pun tak jadi jugak.
*update*
Nak diet macam mana sekalipun terpulang kepada individu tapi kena make sure pengambilan nutrien yang cukup dan seimbang mengikut keperluan tubuh masing-masing ye.
41 comments
haihh tak leh tak makan nasi sehari..huu
Wah, ajaib ni sebab Chipmunk makan nasi... Chipmunk Melayu ni, hehehe
alahai, diet, diet gak kesihatan jangan diabaikan tau
hmm,,, nice idea tu, just makan roti, pastu makan nasi seminggu sekali, kira cheat day la tu,, nak buat la,,haha... gambar tu, mmg mcm nmpk dh turun skit jisim tu,,hehe (^___^)
tak boleh kalau xmkn nasik
nnti pening ..
nk nsik jga :)
kne exercise byk ..
nsi kne control
cayok2 semoga berjaya diet..tp diet secara sihat tau.jangan sampai memudaratkan diri :)
hihi . menarik betul exercise dia . kejar2 dengan kucing . hihi . comeii :)
wah22... semoga dapat capai target berat tu.. :D
ade member makan sayur je hari2 mmg kurus dah dia. huhu. goodluck aisha! :)
uihh 46 47 tu pun dah kira ringan. Kalau BMI ok so tak perlu diet pun takpe. Amalkan diet yang sihat ya :)
semoga berjaya^^
salam..
jom jaga badan saya nak kuruskan lagi..jadi lidi pun tak boleh tapi rasa pakai baju sedap ok juga
jemputlah ke blog saya
akak pernah amalkan diet atkins.. turun 9kg dalam masa sebulan.. diet ni tak boleh makan makanan karbohidrat, tapi gantikan dengan makanan protein tinggi.. di samping tu kena minum banyak air kosong dan buat senaman ringan seperti jalan kaki atau menari.. baru-baru ni akak dengar diet protein tinggi ni tak elok juga diamalkan secara berterusan kerana ia boleh merosakkan fungsi sistem badan.. yang penting makan secara seimbang dan nikmati semua makanan yang disukai..
@azizah :)
ramai yg mcm tu kak.. tu kena control kuantiti nasi yg kita consume.. hehe.. klau sy tak kesah kalau tak dapat nasi.. hehe
@Tedi
haha.. mcm tedi lah.. nanti ajarkan Teddy sy blogging jugak eh.. hehe
@Ayie Abas
yg lain sy makan mcm biasa je.. hehe.. cuma nasi tu je yg sy control.. tp mmg sy jenis yg tak mkn byk pun.. so kesannya besar jugak lah.. kena make sure makanan yg diambil mengandungi nutrien yg seimbang dan mencukupi..
@Kin Naz
persepsi org tentang diet ni selalunya tersilap.. diet bukan suatu yg menyeksakan dan memudaratkan kesihatan sekiranya anda berdiet dgn bijak... no worries okay? :)
@trah zain
lebih kurg mcm tu.. tapi tengok org jugak. ada yg berkesan ada yg tak.. sendiri kena faham tubuh badan sendiri so tau diet mcm mana yg kita perlu supaya berkesan atau tak.. :)
@MG schmidt
diet mcm nak rak kalau tak exercise tak guna jugak.. hehe
@Aya Zuki
hehe.. tq.. amalkan diet yg bijak.. utk kesihatan diri.. tak makan nasi tp substitute dengan roti.. dua2 sama sebab dua2 nya sumber karbohidrat.. cuma lebih rendah kandungan kalori.. tu je..
@Super Girl
haha.. penat gila! mcm lari 400m satu round berkejaran. tu belum lagi petang 2 kali, malam 2 kali, pg banyak kali.. haha
@Aefa Aerisya
hampir ke situ. hehe
@sha (chirp chirp)
makan sayur je? Err, tubuh dia dapat nutrien yg mencukupi ke mcm tu? fiber je lebih ni?
@Affy Afiqah
bg org yg pendek that is not okay. hahaha.. no worries ye.. tak guna kalau masuk uni belajar benda tu tapi tak amalkan.. nak diet perlu bijak jugak.. hehe
@Nadya Dyana
:)
@suri
kena kira bmi jugak. kalau bmi dah okay, tak perlu lah terus melidikan diri.. :)
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
dahsyat lah akak.. sy dulu ada belajar yg bdn kita convert carbs utk hasilkan tenaga.. bila kandungan karbohidrat tak mencukupi, protein dlm badan pulak yg akan ditukarkan menjadi energy.. itu seingat sy lah.. mmg tak elok pun kalau tubuh tak dapat nutrien yg mencukupi dan tak seimbang ni.. ikut piramid makanan cuma kena kawal kuantiti mengikut yg kita perlukan.. huhu
akak cuba nak diet tapi tak boleh kalau tak makan nasi dalam sehari..huhu...
hana akalau xmakan nasi boleh.. tapi kalau makan nasi sedikit tak boleh sebab nanti mesti nak tambah. xpuas makan sikit2.. hehe
hana seminggu 2 kali minum greentea+jasmine yang booh punya.. lepas ni nak try lipton plak. hehe
kalau hana rasa nak minum air ais hana beli yang greentea yang kotak tu.. bleh x mcm tu... hehe
Diet tahap gaban dah kitak towk sis. Hahaha. Mana2 sis. Asal jangan minum teh kuruskan badan. Mun sik, percoma2 melepak dalam jamban berjam2.
sis setiap hari kena ada nasi, kalau tak memang kelaparan...hahaha
Salam.
Chipmunk..ringannya badan dia..hehehe
So, aisya mam seminggu skali je ya..awal2 tu, mesti tough juga nak buat kan.. kita pernah cuba cara aisya..tpi tak sesuai dgn kita. Sebab badan kita menggigil bila tak makan nasi, pastu lambat makan skit, katakan lambat sejam pun, dah boleh menggigil,huhu
Tapi,lana buat step makan roti tu. Kalau hari bekerja, tngri lana mmg tak mam nasi sebab takut ngantuk sebelah ptg, so makan roti n minum air bnyk2. Balik keja, mmg lana makan nasi banyak skit.
Senaman..lana suka kemas rumah..situ pun dah bnyk berpeluh. Kdg2 je joging..hehehe
bgusnya =) bukan semua orang boleh bt cmni..hrap tercapai la nk trun smpai 44..tp 44 tu mcm ringan sgt je =.=" bmi normal x nnti??
@LiLy @ MaMaQiStInA
hehe... kalau mcm tu akak kena kurgkan kuantiti yg akak ambik lah.. :)
@hana hadi
haha.. try lah green tea brand OSK.. sedap pun sedap.. mmg pure green tea.. minuman sejuk dan berais ni buat perut buncit lah hana.. hehe
@Isabel Diaz
sik juak eh.. benda lain kmk makan cam biasa jak.. sumber carbs jak kmk ganti.. mun suak ayam kfc ke muka pun kmk bedal juak. haha!
@puteri kasih
hehe.. en. barney mcm tu lah.. nak sruh dia diet kurgkan kuantiti nasi tu kurg nya sebutir 2 je.. *sigh*
@Tinta Lana
kalau makan seminggu sekali mati la sy.. haha... makan nasi seminggu sekali je lah.. tak jugak kot, sebab sy ni mmg jenis yg tak kuat makan. makan sikit2 utk kenyangkan perut.. sy jenis takleh makan sampai kenyang, jap lg terkeluar balik apa yg dah ditelan. huhu
@S.K.A
sebab sy kurg ketinggian.. haha.. jadi kalau 44 mmg bmi ideal.. hehe
hehe..ikut jaga diet jg ye ^_^
yaya pon jarang makan nasi..jgn kate smggu sekali..sbuln sekali pon blum tntu lg..ni pon lupa bile last makan nasi..rase nyer last mkn nasi (yg btul2 makan punye)mase yaya kurang sihat buln lepas..mam nasi ayam..heee =D
tapi roti mmg selalu makn..hoho
p/s: berat cik aisya xsmpai 50kg pon kire ok la tu.. ^,^ yaya nye berat ideal 47kg.tp brt skrng 44kg..hehe
@Cik Yaya
takleh jugak mcm tu.. sampai bila nk diet mcm tu kan.. hehe.. tu yg kurgkan makan nasi seminggu sekali tu.. biasalah org asia ni nasi mana boleh tinggal..
cik yaya tu bukan kena kurg makan tu.. kena byk makan sikit tu.. huhu..