Rasanya I tak pernah buat entri story-story tentang masa yang I spent untuk blogging kan. Kalau share di ruang komen blogger-blogger lain pernah lah. Tapi kali ni, I nak ambik masa untuk bercerita sekejap. Takut pulak ada yang berkecil hati I tak pernah balas kunjungan mereka yang singgah blog I.
Terima kasih saudara atas nasihat yang diberikan.
Soal blog tiada komen. Sebenarnya I tak pandang sangat pun jumlah komen tu. Itu hak masing-masing. Nak komen atau tak, terserah lah. Lagipun I ni bukan lah blogger famous amos macam Fatin Liyana mahupun Hanis Zalikha. Blog biasa-biasa cuma yang reader pun bukannya ramai. Objektif utama hanyalah untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan. Tak pandang populariti, tak kejar bilangan komen. Banyak komen itu satu bonus sebab tipulah kalau cakap tak kisah langsung ada orang nak komen atau tak kan? Alhamdulillah, setakat ni komen yang I dapat tu paling-paling pun sepuluh komen dalam satu entri. Terima kasih buat yang sudi meninggalkan komen dan sebagai penghargaan Top 25 pengomen tegar setiap bulan I khaskan satu bloglist buat mereka. Blogger-blogger tersebut yang akan menjadi keutamaan I semasa blogwalking. Dan lagi satu, comment moderation. Kalau uolls datang dan tengok ruangan komen masih kosong, itu bermaksud I tengah busy lah tu. I akan publish comments bila I free. Senang nak membalas komen dan membalas kunjungan si tukang komen terus. Kalau tangguh-tangguh, takut terlupa dan terlepas pandang pulak.
Baru je selesai semua komen tersebut baru-baru ni. Setelah ditinggalkan 2 minggu lebih awal Disember tahun lepas. Hampir sebulan tu baru settle semua. Terima kasih! Terharu sangat!
Tamat sudah soal tak ada komen. Sekarang ni kita beralih kepada soal masa pulak. I ni nak kata blogger separuh masa bukan jugak. Setelah ditambah tolak bahagi darab, lebih kurang blogger suku masa. Siang I cuma hadkan masa blogging untuk menjenguk blogger-blogger yang tersenarai di ruangan bloglist bila-bila I free. Selebihnya pulak, I akan lakukan di malam hari. Publish dan reply komen serta membalas kunjungan blogger yang meninggalkan jejak di ruang komen dan di shoutbox. Time tu jugak I akan taip entri untuk pagi esoknya. Taip terus sebab pagi-pagi malas nak buka blog. Settle benda lain dulu. Selalunya setiap hari memang begini lah. Senang cerita, orang panggil jadual waktu untuk blogging. So tak adalah menganggu perjalanan perkara-perkara lain pulak kan? Kadang-kadang kalau I ada masa free lebih tu I akan blogwalking jugak. Cuma biasalah blogger suku masa ni masanya sangat terhad. Banyak lagi perkara lain yang hendak dilakukan. Walau apapun, sedaya upaya juga untuk membalas jejak yang ditinggalkan. Kalau I tak pernah singgah blog uolls, I minta maaf sangat-sangat. Mungkin terlepas pandang. Paling tidak pun, I memang singgah cuma tidak tinggalkan jejak disebabkan tiada kotak jerit dan ditambahkan pulak dengan internet yang super slow.
Sekali lagi terima kasih buat Saudara Farid. Yup, blogwalking memang penting. Bukan saja untuk meningkatkan jumlah komen tetapi untuk menaikkan trafik blog juga.
Itu kisah I, uolls pulak macam mana uolls bahagikan masa untuk blog dan juga perkara lain? Kongsi-kongsikan lah jadual waktu blogging uolls pulak.
p/s : I nak promote blog uolls ni. Senang je, cuma perlu isikan tempat kosong dalam entri INI. Hiks
44 comments
lebih kurang mama je ni, mama kat awaiting moderation tak terpublish kekadang,... banyak wwooooo... aduh letih nak blogwalking satu-satu, ada masa lebih mama akan terjah.
Betul2.. Lainlah mun 24 jam layan blog jak.. hee
Kenapa mulut dia kuwaja hahahah.
Cara dia takde tapis langsung XD
Hihihihi betul kak aisya,
tak kejar mane2 pun hiihik.
And yes. Kak kan comment moderation.
Nnt2 je lah approve kan kan kan? Hihihi <3
qilah pun suku masa gak lah cemni hihihi
tak apa , slow2 . :)
sy kena berbagi masa dgn husband & anak..tu kdg xde entry bru..nk join segmen pun xsempt.
@Norhasniza Khalid
itu lah mama.. byk2 komen tak publish lagi mmg perlukan masa yg byk.. dah tu pulak boleh settle kan bila free je. huhu
@Sally Yatiey
24 jam layan blog kerja lain lalu sik jalannnnn. haha
@Akeyla Azmi
hahaha.. chill2..
tak kisah pun nk cakap mcm mana.. janji kita tau apa yg nak disampaikan.. relax sudehhhh.. hehe
nak approve tengok satu2 jugak. tu yg lambat sikit.. sambil reply komen sambil tu jugak blogwalking.. sambil menyelam minum air gitu. hehe
@Elvy Nellysha
dh memang gear 2 dah ni. jgn turun gear 1 sudah, nanti jadi blogger tenggelam timbul pulak, enjin asyik mati je, kereta pun tak jalan. haha. tapi nak masuk gear 4,5,6 tu tak mampu lah. hehehe
@Sya Nadia
join lah bila sempat. hehe. sy kalau dah busy tu, try jugak buat entri autopublish.. at least blog berupdate. hehe
huhu.. takkan nak mengadap blog je kan 24 jam. keja lain pun nak kena setelkan jugak.. lainla kalau blogger sepenuh masa..
akak,lps anak2 g sek pg trus buka blog,,akak guna tab je sebab x de lappy.Pc mls nk bukak.Time tu la bw sikit2 mana yg sempat.pastu lau ada idea update la entry.and off.tghari belek2 kejap..akak x guna moderation tu,tp setiap kali ada org komen mmg akak akan dpt email,cuma baca komen tu di email je tanpa buka blog,hihi..lps tu baru sambung malam sebelum tdo.tu je..nk kejar komen tu tak lah tp suka kalau ada org sudi tinggalkan komen kat entry..hihi walaupun hanya 2 or 3 komen jer.
@Chic Na
itu lah cabaran blogger suku masa.. haha!
banyak benda lain nak kena buat daripada hadap blog . hehe . sentap jugakk baca comment orang tu . tapi takpe la , mungkin pendapat dia . sabar jela sys :)
mai bila dh bkerja ni pn jarang bukak blog..curik2 masa je..
Samalah kita Aisya..akak pun blogger suku masa...kat rumah keja byk nak buat..lagi2 skrng ni qis dah school..nak antar..nak amik dia...komen2 pun bila dah abis BW baru publish..kadang2 ada gak yg tak sempat akak singgah...
aisya dun worry lepas ni akak rajin mai sini..tgh nk cr msa bz laa ni huwaa :(
kalau betul betul nak blogwalking, memang terpaksa berjam-jam ngadap laptop.
Sis pun samalah, sekadar sempat balas jejak dari komen yang ditinggalkan dan juga dari link bloglist. Jejak kat kotak shout pun kadang-kadang tak sempat nak balas.
Kalau asyik tumpukan pada blog nanti, terabailah semua kerja lain kan.
hehe... mmg kdg2 sibuk aisya, x sempat nk bw semua.. huhu..
Banyak giler pending comment
komen mmg bnda yg blogger tunggu...tp blogger kena jugak paham kenapa kita buat comment moderation...tu salah satu sebab supaya kita tak la lupa blogwalking...benda semua berkait :)
ada komen atau x, blogging tetap blogging. aku yg keje ni, lg sukar nak bagi masa utk blogging.
mmg la awaiting komen tak nmpk la bape ramai org yg komen.. cuba bila da publish komen.. haa punya bnyak..hehe
komen 300++...byknyer~~ *pengsan...hehe
@atien zuraidah
tipu lah kalau tak suka org komen entri kita kan kak.. hehe.. Biar suri rumah sekali pun tetap ada benda lain yg nak di settle kan. :)
@AmySyahiera Malik
tak sentap pun sebenarnya. cuma terkejut. hehe. memang lah tak nmpak komen sebab sy tak publish lg pun. hehe. jadi logic lah bila tak nmpak komen dr org lain.
alhamdulillah, ada juga yg prihatin nak tegur.. tu yg bagusnya.. :)
@Mysara Ab Rahman
student yg nmpak mcm byk masa free tu pun curi2 masa gak sebenarnya. hehe
@LiLy @ MaMaQiStInA
itu lah kak.. sy selagi sy tak rase sy sempat singgah selagi tu sy tak publish komen.. takut nnti terlepas pandang. yela, entri kita pun bukan satu dua nak check satu2.. huhu
@Shida Radzuan
takpe kak shida.. hehe.. takde hal lah tu.. lgpun tau kak shida mmg busy punye.. blog pun tak byk update mcm dulu. :)
@puteri kasih
tau takpe sis.. lenguh leher ni ha nak mengadap laptop. hehe
kan.. tak jalan kerja2 lain klau dh blogging je 24/7.
@fatin wawa
betul tu. blogwalking mana yg sempat. harap2 lah takde yg terasa kita tak singgah blog dia. huhu
@Isabel Diaz
masa kmk balit kampung hari ya.. 400+ semuanya.. dalam belas2 gya.. 2 minggu lebih jak kmk tinggalkan blog.. baru jak habis publish semua ya minggu lepas rasa kmk.
@Sally Samsaiman
betul tu Sally..
tipu lah kalau taknak org komen kannn. haha!
itu lah, takut nanti terlepas pandang.. kita tak jejak balik si tukang komen tu. huhu
@aswadz
kena curi2 masa yg ada lah kan. huhu.
komen tu satu bonus sebenarnya.. ramai yg komen, alhamdulillah.. ramai juga yg baca entri kita. :)
@azizah :)
betul tu kak jijah.. hehe
@Mime MF
termasuk komen2 dari awak lah tu.. hehe.. baru settle semua nya awal tahun ni.. sikit lagi nak pengsannn.. haha
akak pun aktifkan comment moderation dan publish sambil blogwalking supaya tak terlepas mebalas kunjungan dari rakan blogger, kadang kala mungkin juga ada yang akak terlepas pandang.. bagi akak soal sikit atau banyak komen tu tak penting.. apa yang penting ukhwah yang terjalin antara kita semua..
Yea.. Kmk pun slalu giya. Sik approve comments bcos sik mok terlepas pandang :) Heheh mlm jak bok dpt blogging. Lain2 waktu nang kerja jak..
tedah..kmk mun dpt komen kedak ya pun tacing juak..hihi
ya la..mun awaiting moderation komen ya...ada sesetgh org pikir xda org komen blog kita
mcm kmk..x molah awaiting komen ya..bukan apa..malas kmk mok tick2 mana komen yg perlu di lepas dolok
tp bagus juak sbb blh tapis komen..n blh blogwalking sapa yg komen blog kita
ritok line tenet dah bgs..mudah bagus sampe kelak2...nang rs sasau mun x beronline..byk mok di check kat email ya..hihi..alhamdulillah juak la..
kali nak..kmk rasa si farid ya nunggu jwpn dri kitak kali..ne tauk be4 tok nya ada nanyak soalan..hooo..kali juak oooo
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
sokong kak aiza. hehe. komen byk2 itu bonus lah. :)
@superVEE
siang nang rata2 kita molah benda lain bah.. malam jak lah yg sempat mok nangga blog sampe lebam. hehe
@Yumida Huda
nak kata tacing, sik juak eh. cuma kmk terkejut nya tnya gya.. hehe. mun on comment moderation nang sikda lah komen sampe kmk publish. hehe
sik juak eh. baruk kalak lah kmk nangga nya... hehe..
bagus lah mun internet dh bagus.. mesti rasa sikda mood jak nak? hehe.. mok blogging pun payah. hehe
ika pula jarang buat auto publish...ika akan update the time yang ika online...klu ad ika buat auto publish..mknany ika btul2 busy atau ika ada banyak masa free nk menaip entri auto publish ihiks....
kalau masa blogwalking tu...ika blogwalking pagi atau malam....selebihny msa ika mmg full dgn rutin lain....kadang2 dah busy sangat nak buka lappy pun tak sempat...terbiar laa blog 2-3hr etc hewhew
@Affy Afiqah
sy suka tengok bila masa tu mcm konsisten je.. haha. tu yg suka buat entri autopublish, biarpun masa tu selang seminit je pun. lgpun kalau siang2 sy malas nk habiskan masa byk sgt buka blog.. cukup lah sekadar jenguk bloglist je. tu yg buat entri autopublish siap2. hehe