Dalam entri INI I ada bagitau 'mata kedua' I tak boleh repair dah sebab skru tangkainya patah di dalam. Terpaksa buat cermin mata yang baru. So last weekend, pergi kedai optik yang memang biasa family I pergi. Hajatnya nak buat cermin mata baru lah. Suruh orang tu tengok-tengok kan boleh repair tak.
15 minit kemudian dengan upah hanya RM1. Alhamdulillah, tak payah buat cermin mata baru. Lagipun I memang sayang frame yang ini. Agak selesa dipakai. Tapiiiiii..
Amboi, perli nampak
Nak suruh I jaga cermin mata elok-elok, jangan letak merata so tak ada lah skru patah-mematah lagi. Sebab tu dia ganti skru yang gedabak besar punya. Tunjuk gambar ni kat En. Barney, dia tanya ini skru motosikal ke yang orang tu guna? Hampeh. Agak tak selesa jugak mula-mula. Tapi syukur lah jelas jugak penglihatan, boleh lah baca novel-novel yang menggunung di meja sisi katil tu kan.
p/s : Tak kisah lah skru motosikal ke apa janji ada cermin mata. Jangan orang tu bagi skru kereta kebal sudah lah. Terima kasih sangat-sangat!
39 comments
bole dikatakan besar gak la skru tuh.
tak kesah la kan.. janji nak baca tu nampak kan aisya..
aiyok besarnya skru tu...hehehe. Agaknya betullah kata en barney, tu skru motosikal :P
sis gurau je yer..jangan merajuk ngan sis plak...hehehe. Yang penting frame dapat dikekalkan dan masih selesa di pakai kan :)
amboih.besarnya skru.. hehehe
Kena ada spek spare kan.akak pun selalu spek wat hal...
hahaha..bleh tahan gak besar skru tu...siap ade bolt lagi..hehe..jadi next time kena laa jaga spek elok2 supaya ia tak patah..hehehe
Regards,
-Strider-
janji spek dah ok.. hehe.. tp skru tu mmg npk besar la.. hehe...
salam cik aisya..
hehe..mmg agk menonjol..ala tp ok je kan pakai...^,^ boleh la tu dari buat yg baru...
haha besar pown besar la. janji ada benefitnya :)
haha , mujur dah repair. kalau tak mesti tak update blog :P
hihi, macam suami mama jugak, pakai skru begitu.. hihi
aisya, mama cicir aisya punya blog, maafkan mama,,,... dulu ada, sejak tukar dot com tu yg berubah tu... mama dah letak aisya dalam awesome mama.. hihi
mak aiii memang besar tu mcm skru motor.. kikiki.. sabar je..
Kiut laa skru tu . hehe :D
@aswadz
itu la pasal! haha
@azizah :)
betul! hehe
@puteri kasih
tak kira, nak merajuk jugak! :P
@Liza Licha
kann. sabar je lah. haha
@noornazuha
itu lah kak. kalau ada spec lama boleh jugak pakai sementara tp tu pun hilang jugak. adoi.
@Azlan Strider
agaknya itu lah tujuannya.. nak suruh jaga spec tu betul2. hehe
@Hafiza AizZawa
itu lah.. takpelah, janji ada. hehe
@Cik Yaya
buat baru ratus2, ini rm1 je. hehe
@asha hana
janji boleh pakai. hehe
@syuk shusuke
update blog wajib. tak boleh tidak tidak. hehe
@Norhasniza Khalid
mula2 terganggu juga lah mama..
alah, perkara kecik je tu mama.. hehe. tak kisah sgt pun. hehe.
@Chic Na
hahaha.. takpela. boleh guna jugak.
@cik kiera
tapi besar! haha
memang besar skru tu aisya.. mak akak pun cermin matanya hilang skru, betulkan kat kedai cermin mata di sini, tapi percuma sahaja..
marajuk la..nanti sis minta tolong en barney pujukkan :P
Lepas ini kalau terkeluarpun skru pun tak susah lagi mencarinya...senang nampak!
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
wah, bagusnya percuma je. huhu
@puteri kasih
dia pun tak reti nak pujuk org sis.. haha..
@Mohd Shubhi
hahaha. kan, itu lah yg bagusnya. haha!
ada rasa mcm ada benda kat tepi pipi kita kan...hahaha
@Sally Samsaiman
kannnn.. mengganggu je.
tak mencederakan ke skru tu sebab terkeluar? takut tarik2 spect nti muka tercalar dek skru tu ke...
Rm1 je..jimat2..hihii
@Affy Afiqah
mmg besar tapi skru tu tak cukup panjang utk cederakan pipi.. cuma jari je lah mungkin akan scratch masa nak buka cermin mata. hehe
@atien zuraidah
drpd buat baru mmg cukup jimat. tp kak aiza ada bgtau, mak kak aiza buat percuma je. tu lagi jimat.. hehehe