Petang semalam. Keluar lepak dengan BFFs I sekejap. Hasrat hati nak pergi pantai, lepas tu plan pergi makan burger tunok. Burger tunok tu dalam Bahasa Malaysia bermaksud burger bakar. Lepas ambik Cik Alyn kat tempat kerja terus pecut ke pantai. Dah lama jugak tak jenguk pantai ni. Malas nak drive jauh-jauh ke Luak Esplanade, singgah je lah Tanjung Lobang. I pun dah lama jugak tak ke sini. Last I pergi dalam tahun 2012 (entri INI).
Sampai-sampai je terkejut sebab dah tak nampak sangat dah pasir pantai. Faktor pemanasan global yang menyebabkan ais-ais di kutub semakin mencair seterusnya meningkatkan lagi paras air laut. Mungkinkah ini penyebabnya? Mungkin air nak pasang jugak kot. Time tu angin kuat dan gelombang pun besar. Ada sorang mamat ni best je surfing. Kononnya macam Lee Min Ho dalam drama The Heirs lah tu.
Tapi dulu macam tak ada je batu-batu yang dijadikan benteng tu.
Kawan 18 tahun dan hopefully untuk tahun-tahun yang akan datang.
Bersembang sambil ditemani oleh angin pantai dan bunyi ombak sambil menunggu untuk ke destinasi seterusnya. Tempat lepak wajib, Kinky Fat Chef Kitchen (KFCK).
Kalau uolls datang ke Miri, sila pastikan uolls pergi sini before uolls balik. KFCK memang terkenal sebagai The Hidden Restaurant. I nak cari tempat ni mula-mula pun sesat jugak. So, kalau nak ke KFCK boleh panggil I jadi tour guide uolls dengan upah burger sebiji. Cuma dengan syarat time tu I ada di Miri dan tak terbang ke mana-mana lah. Hiks
Pernah tidur sebantal, makan sepinggan. Masa matrikulasi dulu, haih. Memang zaman kegemilangan betul. Siap ada codename sendiri. Kalau orang lain dengar, mesti tergelak. Nama Jambu dari warna favourite merah jambu, nama Jagung dari namanya, nama Kuda dari tawanya dan Pisang hanya kerana sepasang baju kurung kuning. Kureng punya kawan. Sejahat-jahat kawan pun yang ini jugak lah selalu teman I buka puasa petang-petang masa kat matrikulasi dulu.
p/s : beza itu dan ini bukan alasan untuk bersahabat. Yang penting jaga hati dan jaga diri.
26 comments
bestnya lepak2 dgn bff.. :)
hi aisya..nice view pantai tanjung lobang tu..tunok satu perkataan baru yg akak bljar dr blog aisya :)
KFCK ada persamaan dgn KFC ke aisya ? yup... persahabatan yg iklas tak mengenal perbezaan :)
hihihi bestnyaa burger alaaa nak gak dah lama tak makan ni hihihi.
<333
@Chic Na
seronok. bukan selalu pun dpt jumpa kan cikna. huhu
@Roha
bhs srwk tu kak. hehe
sudah semestinya tak sama.. kfc jual ayam goreng, kfck jual burger bakar. hehe
betul tu kak.. :)
@Akeyla Azmi
meh datang sini :P
Kmk diam Miri tok pun sik pernah gik ke KFCK ya -.- hee
kelak mek g sia juak lak.boleh?
ehehehehe~mbak ktk.
bestnya bege tu...melimpah2...hheee
@Sally Yatiey
nang wajib pegi aie. hehe. cuma masuk piasau sia susah sikit mok cari lah. huhu
@nanalee caramelo
on ajak kmk. asal kenak cia sigek burger. hahaha.
@msredcheesecake
mmg sgt puas hati kak. yummy
Kedak nyaman jak kamek nangga burger ya. ^^
wah, bestnya.. Sha suka pantai =)
zam suka ke pantai.. tenang..
Wah, nyaman eh. Dahlah kamek lapar towk. Huhu.
menarik nama KFCK tu, ada burger lagi.. semoga persahabatan akan terus berkekalan.. :D
Salam.
Tunok.. i thought.. TENUK..
Dah kenapa mata lana ni,hhehehehe
Kenapa tak amik no telefon mamat surfing tu..eh,hahahahh
Cheese melimpah ruah ke ladang pinggan! Sedapnya,hahaha
First time dgr ni burger tunok.hihii
lepak lama2 dgn BFF mmg best! wuhuuu lama tak lepak gn BFF sy..
Oh didn't know you can surf in the beach at Malaysia as well :P
Lee Min Ho in the heirs.. haha yeah exactly
Mcm menarik je burger tu....best yela..mkn2x kepak2x sama....
dalam persahabatan kena pandai give and take kan..baru persahabatan tu boleh kekal :)
fuhh meleleh cheese tuuu ^,^
sedapp kan burger! nyummm
burger tu mengundang kelaparan betul laa haiii Y_Y